AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sokong idealogi Komunis?

    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sokong idealogi Komunis? Empty Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sokong idealogi Komunis?

    Post  kumbang_aidc Thu May 14, 2009 8:34 pm

    Analisis Kumbang..

    Kemelut politik Perak mengundang persoalan, adakah negara Malaysia semakin hampir untuk menjadi sebuah negara republik di bawah Pakatan Rakyat jika memerintah nanti?

    Kumbang telah ulas perkara ini 2 kali di blog Kumbang sebelum ini. Klik sini. dan juga sini.

    Slogan fahaman sosialis yang hampir dengan fahaman komunis berlegar di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat antaranya 'negara berkebajikan', 'kerajaan rakyat' dan 'ketuanan rakyat'.
    Slogan ini digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sentimen kuasa rakyat yang akan menentukan segalanya. Usaha ini kita dapat lihat dengan kuasa Sultan dinafikan dalam melantik menteri besar baru di Perak baru-baru ini dengan Nizar menyembah derhaka terhadap Sultan. Mereka juga dengan angkuh mengatakan bahawa Sultan kini sudah pandai berpolitik dan ingin rakyat menentukan kerajaan Perak yang baru melalui pilihanraya.

    Adakah mereka terlupa, jika mereka menang di dalam pilihanraya. Siapakah yang akan melantik Menteri Besar baru kalau bukan Sultan?
    Kalau Sultan tidak mengizinkan dan tidak melantik mereka, apa yang mereka akan lakukan?
    Menjatuhkan Sultan?
    Jika benar, perkara ini berlaku, ia tidak ubah seperti keadaan di negara Cina suatu ketika dahulu yang menjatuhkan Maharaja dan menaikkan kerajaan Komunis.
    Adakah perkara ini akan berlaku di Perak?

    Adakah golongan ini adalah golongan desperado yang mabuk kuasa sehingga melupakan maruah dan lambang bangsa?
    Amat menyedihkan lagi Sultan yang bertindak sebagai ketua agama dikecam hebat.
    Mufti yang Perak yang dulu pada satu ketika disanjung mereka kerana seakan-akan menyokong Pakatan Rakyat kini dikecam oleh mereka semula kerana menegur sikap mereka yang derhaka pada sultan.
    Kini mereka merasakan mereka semua betul dan orang lain semua salah.

    Persoalannya, berpandukan kesemua perkara di atas adakah Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi komunis?

    Pada pilihanraya umum yang lalu Parti Sosialis Malaysia yang memperjuangkan fahaman sosialis iaitu fahaman yang paling hampir dengan komunis telah dibenarkan bertanding di bawah lambang PKR. Hasilnya 2 kerusi dimenangi oleh Parti Sosialis Malaysia iaitu Parlimen Sungai Siput dan Kota Damansara.

    Begitu juga dengan Hishammuddin Rais penulis blog Tukar Tiub (blog pengkritik kerajaan) dan penyokong kuat Anwar juga adalah ahli Parti Sosialis Malaysia.
    Kini tulisan beliau kita boleh saksikan di laman web Malaysiakini, beliau banyak membuat ulasan mengenai peranan-peranan raja melayu di situ . Di dalam Mastika juga (jikalau Kumbang tidak silap) Hishammuddin Rais turut menyatakan beliau adalah anti feudal bermakna beliau adalah seorang yang anti atau menentang kepada kerajaan monarki atau dalam konteks Malaysia adalah raja-raja melayu.
    Adakah idealogi anti-feudal ini menjadi idealogi Pakatan Rakyat?
    Jika benar, adakah ini bukti Parti Sosialis dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi Komunis?

    Dalam pada itu, Anwar Ibrahim juga turut dikaitkan dengan komunis pada tahun 1970-an tetapi beliau menafikan tuduhan ini dengan menyatakan bahawa beliau bukan menyokong gerakan itu tetapi cuma hanya menyokong orang yang dituduh terlibat dengan gerakan itu iaitu A. Samad Ismail.(betulkan Kumbang kalau silap)

    PAS juga turut dikatakan menyokong komunis apabila buku 'The Spear and The Kerambit' tulisan A. Navaratnam turut mengulas mengenai sokongan PAS terhadap komunis ini.
    Adakah pernyataan ini benar?
    Kalau pernyataan ini benar, sejarah telah membuktikan PAS pernah menyokong idealogi komunis yang banyak melakukan kekejaman di tanah melayu ini.

    Nilai sokongan PKR terhadap komunis juga dipaparkan melalui satu artikel yang bertajuk 'PKM – Parti Komunis Malaya Muncul Kembali' tulisan Amin Iskandar@Black seorang pemimpin PKR. Dalam artikelnya itu beliau menyatakan anggota tentera Parti Komunis Malaya juga perlu diberi penghormatan kerana memperjuangkan kemerdekaan.
    Adakah Amin Iskandar sudah terlupa dengan Tragedi Bukit Kepong yang memperlihatkan kekejaman komunis dan meragut nyawa ramai anggota polis dalam tragedi itu?

    Selain itu beliau turut menggambarkan idealogi komunis ini sebagai bersifat humanis antarabangsa, menyanjung keadilan sosial, perpaduan kaum dan demokrasi kerana ia disertai jua oleh semua kaum, termasuk Melayu, India dan lain-lain.
    Gambaran yang diberikan beliau ini hampir seiras dengan idealogi perjuangan Pakatan Rakyat pada masa kini.
    Adakah ini jelas membuktikan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi Komunis?

    Sama-sama kita fikirkan.
    Nasihat Kumbang yang kecil ini. "Janganlah hanya menang sorak, tetapi kampung yang kita pertahankan tergadai".

    Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

    Sumber : http://analisisringan.blogspot.com/2009/05/anwar-ibrahim-dan-pakatan-rakyat-sokong.htmlhttp://analisisringan.blogspot.com/2009/05/anwar-ibrahim-dan-pakatan-rakyat-sokong.html

      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 6:51 pm