AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Anwar Ibrahim,PAS dan Ikhwan Muslimin

    Share

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Anwar Ibrahim,PAS dan Ikhwan Muslimin

    Post  kumbang_aidc on Mon Jun 08, 2009 1:27 am



    Analisis kumbang..

    Analisis Kumbang pada kali ini berkisar tentang kaitan Anwar Ibrahim, PAS dan Ikhwan Muslimin. Di dalam video di atas timbul persoalan terhadap Anwar Ibrahim yang seakan-akan menolak model Ikhwan Muslimin. Anwar Ibrahim juga turut dikatakan menentang beberapa individu yang menjadi pengikut Hassan Al Bana pengasas Ikhwan Muslimin dan perjuangan Ikhwan Muslimin pada beliau harus diubah terutamanya soal penubuhan negara Islam. Klik sini.

    Apa yang menariknya adalah pertubuhan Ikhwan Muslimin ini yang Kumbang tahu dan ramai orang tahu amat rapat hubungannya dengan PAS. PAS adalah parti Islam kedua selepas Ikhwan Muslimin di Yaman yang berjaya menubuhkan kerajaan di Terengganu dan Kelantan hasil kemenangan dalam pilihanraya tahun 1959.

    Hubungan rapat ini dibuktikan lagi dengan kunjungan Setiausaha Agung PAS, Dato Kamarudin Jaafar dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ke pejabat Ikhwan Muslimin di London pada 20 Mei 2008.Atas sebab-sebab ini dan beberapa sebab lain yang boleh anda layari di blog MSI boleh dikatakan hubungan PAS dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin amat rapat dan ada sesetengah pihak yang berpendapat PAS adalah kembar dan cerminan Ikhwan Muslimin di Malaysia. PAS juga adalah salah satu parti gerakan Islam yang amat sinonim dengan perjuangan Ikhwan Muslimin.

    Di atas semua ini timbul persoalan yang cukup mudah.

    Pertama, adakah Anwar menolak model Ikhwan Muslimin yang perjuangannya sinonim dengan PAS?
    Kedua, jika benar persoalan pertama tadi. Adakah ini membenarkan pernyataan bahawa Anwar Ibrahim sendiri menolak apa yang diperjuangkan oleh PAS?

    Persoalan-persoalan ini ditujukan kepada Anwar ada asasnya kerana ramai yang menyedari PAS kini sudah semakin lari daripada asas perjuangan PAS itu sendiri. Terutamanya soal negara Islam dan Hukum Hudud.Klik sini

    Konklusinya, timbul 2 lagi persoalan..
    Adakah kerjasama PAS dan Anwar hanya kerjasama politik untuk menang pilihanraya sahaja dan bukan kerjasama perjuangan?
    Adakah Anwar mahu mengubah asas perjuangan PAS kepada perjuangan dan kehendak diri beliau sendiri?

    Kesemua ini boleh kita fikir-fikirkan bersama. Kalau ada yang salah sila betulkan.

    ALLAHU ALAM

    Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

    Sumber :
    1. Hubungan PAS & Ikhwan Muslimin Siri 1
    2. PAS, Ikhwanul Muslimin dan Imam Hassan Al Banna analisa orang besar JIM
    3. Konflik Dalaman Gerakan Islam

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: Anwar Ibrahim,PAS dan Ikhwan Muslimin

    Post  detective conan on Wed Jun 17, 2009 8:15 am

    kumbang katanya sekarang, Ustaz hadi berada di UK untuk bertemu wakil Ihwanul muslimin, apa la agaknya yang dipercingakan disana...pasal anwar lagi ke

      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 3:06 pm