AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


5 posters

    Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ?

    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ? Empty Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ?

    Post  kumbang_aidc Sun Mar 08, 2009 2:50 am

    Analisis Kumbang..

    Analisis ini dihasilkan susulan komentar "saje menyibuk" pada artikel Kumbang sebelum ini iaitu "Ketakutan Sedang Melanda Pakatan Rakyat ?". Komen beliau seperti di bawah :-

    "Saya tak setuju dengan penulis ini kerana meletakkan cita-cita Anwar menjadikan 'Republik of Malaysia"..tak pasti ia satu tuduhan atau fitnah atau ada sebab-sebab yang munasabah,(harap dijelaskan)..sedangkan ada juga keraguan atas tindakan parti Najib yang semakin lama kelamaan pun akan menjadikan Malaysia satu Republik, jgn...lupa Tun M yang ubah perlembagaan terhadap kekuasaan raja sehingga karpal sanggup bertindak..so, I'm just cutious, tahat's it, harp penulis boleh tulis tentang cita-cita Anwar ini (seperti yang tuan tulis tu laa),..pada anggapan saya mereka berdua 'ahli politik'..dalam kehidupan seharian pun kita berhadapan dengan perilaku politik dimana-mana tempat kerja, keluarga, ipar dunia..takdelah mengherankan.."

    Daripada komentar di atas beliau menggesa Kumbang untuk menjelaskan perihal cita-cita Anwar Ibrahim untuk bergelar Presiden Republik Malaysia. Atas sebab itu Kumbang sedia untuk menganalis apakah sebenarnya dimaksudkan dengan frasa itu tadi dengan memberikan definisi republik dan seterusnya meninjau pendapat 4 blogger mengenai perkara ini. Harap informasi ini berguna untuk anda semua dan kita sama-sama dapat berfikir tentang kemungkinan-kemungkinan di bawah.

    Apa itu Republik ?

    Republik merujuk kepada sejenis kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih rakyat seperti Presiden dan bukannya beraja atau monarki. Perkataan ini berasal dari bahasa Latin res publica, atau "urusan awam", dan ia bermaksud kerajaan dimilik serta dikawal oleh rakyat. Namun demikian republik tidak boleh disama ertikan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes dimana negara republik diperintah secara kukubesi atau totalitarian. Misalnya, Afrika Selatan telah menjadi republik sejak 1961, tetapi disebabkan dasar apartheid lebihkurang 80% penduduk kulit hitamnya dilarang mengundi. Namun demikian, terdapat juga negara republik yang mengamalkan perwakilan secara demokrasi.
    -Wikipedia Bahasa Melayu

    Pak Habib

    Kumbang mengulas perkara ini di dalam artikel "Ketakutan Sedang Melanda Pakatan Rakyat ?" merujuk kepada Pak Habib atau penulis S.H.Alattas yang mengemukakan persoalan tentang kemungkinan Anwar bergelar Presiden Republik Malaysia di dalam bukunya "Dunia Belum Kiamat 1".

    Beliau memberikan persoalan kepada pembaca berbunyi begini "Apakah tak mustahil Anwar akan jadi Presiden Republik Malaysia yang pertama bila kita melihat timbul masalah antara Karpal Singh DAP dan MB Perak dengan Istana ? "

    Persoalan ini ditimbulkan Pak Habib disebabkan permasalahan yang timbul mengenai perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar dan ketika itu DAP bertindak ingin memboikot majlis angkat sumpah tetapi tidak berbuat demikian, mungkin disebabkan Perjanjian Pangkor 2.
    Hal ini sinonim pada hari ini apabila Sultan Perak mula dicemuh dan dipersoalkan keputusannya oleh DAP tetapi kali ini disertai oleh 2 parti lain dalam Pakatan Rakyat. Kumbang kira pada hari ini, Pakatan Rakyat lebih senang mengenepikan Sultan dalam sebarang tindakan, contohnya "sidang bawah pokok" pada 3 Mac lalu. Selain itu, Karpal Singh juga berani untuk menyaman Sultan disebabkan keputusan Sultan melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar.

    Adakah ini menandakan Pakatan Rakyat tidak lagi mementingkan pemerintahan Raja Berpelembagaan dan menuju ke arah pemerintahan Republik ?

    KulupSakah

    KulupSakah juga turut mengulas buku "Dunia Belum Kiamat 1" tulisan pak Habib dengan menulis begini di blognya :-
    "16 September bakal menjadi sejarah terbentuknya kerajaan baru Pakatan Rakyat.. Anwar akan jadi PM yang ke 6! Dengan cabaran baru yang terlalu kuat, hak ketuanan Melayu, Institusi Raja-raja, isu bumiputera, Malaysian Malaysia dan ketuanan Rakyat..juga tuntutan pelaksanaan hukum Islam memaksa Anwar menjadi Presiden Pertama- REPUBLIC OF MALAYSIA!
    betulke? Setujukah kalau ianya mendatangkan kebaikan kepada rakyat? atau ada yang "tergadai" ?....................atau Syed Hussein Al attas @ Pak Habib yang obses sendiri?"

    Artikel ini antara lain mengulas mengenai persoalan...
    Adakah isu-isu yang menjadi pertikaian pelbagai pihak dewasa ini akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara republik dan Anwar sebagai presiden pertamanya ?
    Dengan kata lain, jika Pakatan Rakyat memerintah.
    Adakah jalan keluar kepada isu-isu ini tadi adalah dengan menjadi Malaysia sebuah negara republik ?

    Jentayuabaka

    Jentayuabaka di dalam blognya pula mengulas mengenai kaitan Anwar dengan yahudi Amerika dan seterusnya penubuhan Republik Malaysia. Ulasannya berbunyi begini :-

    "Di Malaysia,P. Wolfowitz dan teman2 Anwar semasa di John Hopkins University dan Georgetown University yang memainkan peranan sebagai Think-Thank YahudiAmerika di White House, kini cuba merosakkan perpaduan berbilang kaum di Malaysia, mengecilkan kekuatan umat Islam , dan menghancurkan Ketuanan Melayu (Raja-Raja )melalui dasar2 DAP+PKR+Husam/Kamarudin MN(PAS). Mereka berusaha menukar negara ini kepada Republik Malaysia sebagaimana Republik of America, Republik Indonesia dan Republik Filipina. Itulah cita2 Anwar ( menjadi Presiden Republik of Malaysia )."

    Masterdedah

    Masterdedah pula mempersoalkan mengenai sambutan William Cohen(Setiausaha Pertahanan Amerika) ke atas Anwar pada tahun 1998 . Anwar disambut dengan 21 das tembakan yang biasanya diberi kepada Ketua Negara. Seperti Presiden dan bagi Malaysia adalah Yang Dipertuan Agong.

    Adakah Amerika sudah memberikan isyarat Anwar bakal Presiden Republik Malaysia dengan sambutan 21 das tembakan ini yang selalunya diberikan kepada Ketua Negara ?
    Itu persoalan Masterdedah kepada pembaca blognya.

    Rumusan

    Daripada semua ulasan daripada 4 blogger di atas. Kita dapat lihat frasa "Anwar Ibrahim Presiden Repulik Malaysia" merujuk kepada :-

    Pertama, isu-isu yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat dan parti dalam kerajaan sendiri yang mempersoalkan mengenai hak ketuanan Melayu, institusi raja-raja, isu bumiputera, Malaysian Malaysia dan ketuanan rakyat serta pelaksanaan hukum Islam.
    Isu-isu ini cuma dapat diselesaikan menerusi penubuhan 1 negara republik seperti di Singapura di mana tiada lagi pertikaian kesamarataan dan isu agama.
    Pakatan Rakyat antara yang paling lantang mengutarakan isu-isu ini dan menyebabkan 4 blogger di atas meramalkan Malaysia akan menjadi Republik di bawah pemerintahan mereka serta semestinya Anwar sebagai presiden.

    Kedua, kaitan Anwar dengan Amerika yang selalu disebut di dalam laman web AnwarIbrahimDotCom memperkuatkan alasan negara Malaysia akan dijadikan republik oleh Anwar. Kaitan Anwar dengan beberapa pertubuhan Amerika (NED, NDI, IRI dan USAID. dan RAND Corporation) juga menyokong hal ini bahawa Anwar ditaja oleh pertubuhan-pertubuhan itu untuk menjalankan misi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik.
    Untuk maklumat lanjut sila layari AnwarIbrahimDotCom.
    Banyak informasi tentang kaitan Anwar dengan Amerika dan Yahudi di sana.

    Persoalan

    Persoalannya...
    Adakah dengan 2 sebab di atas, Anwar akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik ?
    Adakah Malaysia bersedia untuk menjadi sebuah negara republik ?
    Apa yang akan terjadi pada Malaysia nanti ?
    Apakah nasib bumiputera dan rakyat Malaysia ?

    Sama-sama kita berfikir dan nantikan..

    Penuh tanda tanya...

    Kata orang "tak ada angin, pokok tak bergoyang"

    Pendapat anda bagaimana tentang isu ini ?

    http://analisisringan.blogspot.com/2009/03/anwar-ibrahim-bakal-presiden-republik.html
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ? Empty Re: Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ?

    Post  detective conan Sun Mar 08, 2009 8:54 am

    ini baru barack obama malaysia...presiden anwar ibrahim
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ? Empty Re : Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ?

    Post  kumbang_aidc Sun Mar 08, 2009 9:58 am

    Berak Obama Malaysia..boleh hehe
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ? Empty Re: Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ?

    Post  bunga Sun Mar 08, 2009 10:19 am

    kumbang_aidc wrote:Berak Obama Malaysia..boleh hehe

    tehehhehehe Very Happy Smile Very Happy

    BTW,pokok juga bole bergoyang tanpa angin kalau ada beruk yang goncang.. lol! lol!
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ? Empty Re: Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ?

    Post  teruna desa Mon Mar 09, 2009 2:49 am

    bunga wrote:
    kumbang_aidc wrote:Berak Obama Malaysia..boleh hehe

    tehehhehehe Very Happy Smile Very Happy

    BTW,pokok juga bole bergoyang tanpa angin kalau ada beruk yang goncang.. lol! lol!


    pokok boleh bergoyang kalau pokok tersebut kena tebang, kui kui kui Very Happy
    ManJonG
    ManJonG


    Posts : 58
    Join date : 2009-02-06

    Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ? Empty Re: Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ?

    Post  ManJonG Thu Mar 12, 2009 10:42 am

    jgn ingat malaysia mcam indonesia la...
    nak presiden pegi balik indonesia...
    demokrasi demokrasi...

    tau sebut je puak2 taksub nie tp xpham apa sbnar demokrasi..
    noob~~
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ? Empty Re: Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ?

    Post  teruna desa Thu Mar 12, 2009 2:39 pm

    ManJonG wrote:jgn ingat malaysia mcam indonesia la...
    nak presiden pegi balik indonesia...
    demokrasi demokrasi...

    tau sebut je puak2 taksub nie tp xpham apa sbnar demokrasi..
    noob~~

    manjung dah itu je yang us ajar, sebab tu asyik duk sebut benda tu, takde idealis cat

    Sponsored content


    Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ? Empty Re: Anwar Ibrahim bakal Presiden Republik Malaysia ?

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 5:54 am