AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Konspirasi Anwar Ibrahim dengan Fauzi Muda

    Share

    rakyat2biasa

    Posts : 12
    Join date : 2009-02-02

    Konspirasi Anwar Ibrahim dengan Fauzi Muda

    Post  rakyat2biasa on Thu Feb 12, 2009 1:25 pm

    Siapa Dia Fauzi Muda?

    Anwar Ibrahim pakar divert isu telah menyatakan di Blognya, beza antara 16 Sept dengan 5 Februari Perak ialah, 31 Ahli Parlimen “lompat tanpa habuan” tetapi yang berlaku di Perak ialah “dibeli” oleh Datuk Seri Najib…

    Untuk menguatkan alasan Anwar yang mahu menyalahkan pihak lain maka beliau pun mengarahkan seorang baruanya bernama Fauzi Muda untuk mebuat Akuan Bersumpah kunuunnya beliau pernah ditawarkan RM50 juta oleh Najib untuk membawa lompat beberapa Yb kerajaan Perosak Rakyat agar nanti Perak jatuh kepada BN. Yang peliknya pulak, bila Akuan Bersumpah Fauzi dijawab oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, diam menyepi semua tak mahu komen dan ulas.

    Tak mengapalah, disini kita nak huraikan siapa sebenarnya Fauzi Muda ini.
    Jenis apa manusia seperti si Fauzi Muda ini…

    Fauzi adalah Ketua Bahagian Ipoh Barat. Beliau ini tak pernah lekang dari masalah kewangan. Ramai sudah rakan-rakannya kena kencing, maka tak heranlah kalau Fauzi adalah seorang yang boleh “dibeli” dan “dibayar” untuk buat kerja.

    PKR Bahagian Ipoh Barat adalah diantara Bahagian yang bermasalah. Pada tahun 2007, PKR Ipoh Barat telah digantung! Sebabnya Fauzi Muda dan Ajknya teah mencalonkan Hj Abd Rahman Osman sebagai calon Presiden untuk pemilihan parti PKR yang akan berkongres di Seremban. Ipoh Barat diantara beberapa Bahagian yang mula menunjukkan protes terhadap PKR. Ketika itu hampir kesemua Bahagian mencalonkan Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah….

    Kini terbukti apa yang dibuat oleh Fauzi adalah semata-mata mahu “mengurat” hati Anwar Ibrahim, mahu membasuh dosanya kunuun.. Ada yang mengatakan, Fauzi terpedaya bila melihat Nasaruddin melompat dan percaya klentong Anwar bahawa ada lima lagi Yb UMNO akan turut lompat kep PKR. Disini, Fauzi mula melihat ruang bahawa kerajaan Perak boleh dikuasai oleh PKR sebab bilangan Yb akan bertambah, Fauzi pun mahu tumpang semangkok untuk menjadi kaya dan membayar semua hutang piutangnya…..

    Sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh, Fauzi Muda telah menerima bayaran agak lumayan membawa bersama-samanya Angkatan Muda dan Ajk PKR Ipoh Barat untuk menyertai majlis Selamat Tinggal PKR yang berlangsung di Kelab Cinta Sayang Sungei Petani. Dalam majlis tersebut, beratus ratus ahli PKR tinggalkan parti, termasuk yang turut dibawa oleh Fauzi. Malah Fauzi pun berada disana cuma beliau tak berani tunjuk muka sewaktu majlis berlangsung, Fauzi hanya duduk diam dalam biliknya di tingkat atas, memang dasar pengecut….

    Fauzi Muda memang suka cari makan cara begini, dan selain daripada tindakannya membuat Akuan Bersumpah ini jika kita lihat sebagai mahu membasuh dosanya dengan Anwar, timbul juga persoalan adakah Anwar “memberikan upah” kepada Fauzi..?

    www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: Konspirasi Anwar Ibrahim dengan Fauzi Muda

    Post  detective conan on Thu Feb 12, 2009 2:03 pm

    conan rasa fauzi ni sebenarnya bukan taste anwar he he he....tapi orang cam fauzi ni sanggup buat apa saje, asalkan dia dapat benda yang dia nak, biasalah...paham2 sendiri. bab upah mengupah ni, conan rasa sudah terang lagi bersuluh, coz orang tak kenal pun sape fauzi ni sebelum ni, duk pikir gak nape dia begitu konpiden buat sidang media, dengan begitu hebat, tentu ada benda dia dapat, kalau tak dia takkan buat,

    pokok

    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Re: Konspirasi Anwar Ibrahim dengan Fauzi Muda

    Post  pokok on Sun Feb 15, 2009 1:29 pm

    pikirlah sendiri

    Sponsored content

    Re: Konspirasi Anwar Ibrahim dengan Fauzi Muda

    Post  Sponsored content Today at 5:17 pm


      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 5:17 pm