AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Anifah Aman: Anwar cerita lain kepada Amerika situasi Malaysia

    Share

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Anifah Aman: Anwar cerita lain kepada Amerika situasi Malaysia

    Post  detective conan on Sat May 16, 2009 3:06 am

    Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan kepadanya.

    WASHINGTON: Menteri Luar Datuk Anifah Aman membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    "Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

    "Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apaapa," katanya ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di sini,semalam.

    Sebelum ini, Anwar telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 Sept lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.

    "Dia cuba memujuk ahliahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) timbalan perdana menteri.

    "Ini semua tidak diketahui oleh dunia umum sehingga sekarang," katanya.

    Anifah berkata kerajaan Malaysia amat bimbang dengan tindakan Anwar merosakkan imej negara ketika berada di luar negara.

    "Dia memberi gambaran salah secara berterusan dan menuduh semua pegawai kerajaan sebagai rasuah," katanya. BERNAMA

    ultraman

    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Re: Anifah Aman: Anwar cerita lain kepada Amerika situasi Malaysia

    Post  ultraman on Sat May 16, 2009 4:05 am

    anwar biaslah anifah aman pergi sana nanti 25 haribulan dia pergi cakap auta balik segala apa yang anifah cakap. he he he...

    ultraman

    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Re: Anifah Aman: Anwar cerita lain kepada Amerika situasi Malaysia

    Post  ultraman on Sat May 16, 2009 4:07 am

    Terdapat beberapa maklumat yang saya terima mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama bermula.

    Jika benar maklumat tersebut, saya harap beliau dapat pulang dan hadir pada hari perbicaraan utama kelak. Janganlah ''lari'' mohon perlindungan disana pula. Jika maklumat ini tidak benar, baguslah kalau begitu.

    Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajar untuk beliau kali ini mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.

    Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;

    1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
    2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
    3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
    4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini

    Selain itu, beliau sendiri baru-baru ini semasa Mahkamah Tinggi memberi kemenangan kepada YB Nizar mengakui dan menyeru rakyat supaya menghormati Mahkamah yang sememangnya telus dan bersama mendaulatkan Undang-Undang.

    Jadi, pesanan saya buat DSAI, ''peganglah kata-kata anda itu untuk kes anda kelak''.

    Akhir kata, pada 1hb Julai 2009 nanti genaplah 1 tahun saya berada dalam penantian bagi menuntut keadilan. Banyak dugaan dan rintangan yang telah dan akan saya, tunang dan keluarga hadapi lagi dalam menanti hari tersebut untuk tiba. Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.



    Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!



    SAIFUL BUKHARI

    sumber - mohdsaifulbukhari

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: Anifah Aman: Anwar cerita lain kepada Amerika situasi Malaysia

    Post  bunga on Tue May 19, 2009 8:38 am

    Anwar memang seorang munafiq ~ demi his political survival, akan kelentong selagi bole dan itu dah jadi sebahagian dari sifat beliau~~minta Allah bukakan pintu hatinya, maklumlah usia pun sudah semakin lanjut,hidup lawannya mati...article menarik dari blog x-pkr.com:



    Gambar ini di emel oleh seorang sahabat lama yang telah ke Munich menziarahi AnWAR menjalani rawatan di sana. Selama ini kita dimomokkan dengan gambar AnWAR berkerusi roda, dipapah, muka berkerut kesakitan ketika menjalani rawatan di sana.

    Sahabat ini menyatakan perasaan terkejutnya apabila AnWAR boleh berjalan tanpa dipegang atau dipapah oleh teman-teman lain. W/pun beliau agak sihat setelah menjalani pembedahan, AnWAR akan menapak perlahan-lahan dan kerut mukanya membayangkan kesakitan.

    Gambar ini menceritakan sebaliknya! Menurut sahabat saya itu, beliau rapat dengan doktor peribadi AnWAR yang mengirinya ke Munich. Doktor pakar tersebut telah meninggalkan perjuangan AnWAR sejurus beliau pulang dari Munich.

    Gambar ini pernah disiarkan di laman x-pkr.com. Terima kasih buat sahabat saya yang sudi berkongsi bahan koleksi beliau. [Beliau tiada dalam gambar ini]

    Salam Hormat.

    Menipu dan berdrama adalah Anwar's best assest! Evil or Very Mad Evil or Very Mad
    Credit:x-PKR.com

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: Anifah Aman: Anwar cerita lain kepada Amerika situasi Malaysia

    Post  bunga on Tue May 19, 2009 8:43 am

    BTw~~kita akan saksikan drama ini tak lama lagi apabila JULY semakin tiba... bounce bounce

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    RE : Anifah Aman: Anwar cerita lain kepada Amerika situasi Malaysia

    Post  kumbang_aidc on Sat May 23, 2009 8:49 pm

    Analisis Kumbang tentang perkara ini..

    Kenapa Anwar takut dan nak saman Anifah Aman?

    Pertamanya, Amerika kini berada di dalam pentadbiran baru iaitu pentadbiran Parti Demokrat. Di mana pentadbiran pentadbiran Parti Demokrat ini dikatakan lebih mementingkan dan menyokong prinsip demokrasi seperti moral, akauntabiliti dan integriti. Pentadbiran Parti Republikan dahulu di bawah Presiden Bush walau pun turut menyokong demokrasi tetapi lebih kepada 'matlamat menghalalkan cara' ini dibuktikan dengan serangan ke atas Iraq.

    Justeru itu pentadbiran yang baru ini (Parti Demokrat) lebih mengutamakan nilai-nilai positif, walaupun apa yang mereka akan lakukan adalah tidak patut ataupun mencemarkan demokrasi mereka akan melakukannya dengan cara tersusun dan tertib selaras dengan prinsip demokrasi,tidak seperti pentadbiran Bush (Parti Republikan) yang melancarkan terus perang tanpa persetujuan Majlis Keselamatan PBB, ini membuktikan asalkan diakhirnya matlamat tercapai, mereka(Parti Republikan) akan melakukan apa sahaja.

    Justeru itu pentadbiran yang baru ini dibawah Presiden Obama tidak dapat menerima pemimpin yang mencemarkan amalan demokrasi.
    Kenyataan Anifah Aman yang mengatakan Anwar menawarkan jawatan timbalan Perdana Menteri pada beliau atas tujuan untuk merealisasikan cita-cita 16 september dan beberapa kenyataan lain berkaitan Anwar yang berlawanan dengan amalan demokrasi akan menyebabkan Amerika tidak lagi mempercayai Anwar.
    Inilah sebenarnya yang ditakuti Anwar kerana pentadbiran Amerika yang baru ini mungkin akan lari daripada menyokong beliau dan menyokong kerajaan sedia ada di bawah pentadbiran Najib.

    Apa yang Anwar lakukan seterusnya?

    Atas dasar mengembalikan kepercayaan Amerika. Satu saman akan dikeluarkan Anwar melalui peguam SM Nair jika Anifah Aman tidak memohon maaf kepada Anwar.

    Anwar mungkin berpendapat saman ini adalah terbaik untuk mengembalikan sokongan Amerika kepadanya. Menurut artikel di blog Saiful Bukhari,Saiful Bukhari telah menyatakan Anwar akan ke Amerika pada hujung bulan Jun sebelum perbicaraan dimulakan .Walau apa pun sebabnya kunjungan Anwar ke Amerika ini, ia dilihat ramai pemerhati politik sebagai cubaan Anwar ingin meraih semula sokongan Amerika.

    Kini Anwar dan Pakatan Rakyat sedang menunjukkan pada seluruh dunia bahawa kerajaan Barisan Nasional telah merampas negeri Perak daripada Pakatan Pembangkang dan kononnya membelakangkan demokrasi.

    Malangnya, apabila kenyataan Anifah Aman ini keluar, ia telah menyebabkan Amerika telah mula berfikir 2 kali. Tentang, apakah sebenarnya yang sedang berlaku di Perak?
    Adakah ia salah Najib atau salah Anwar?

    Anwar telah mengutuk keras apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional di Perak,tapi apa yang Anwar lakukan untuk merealisasikan cita-cita 16 september beliau?
    Amerika mungkin mempersoalkan sebegitu.

    Amerika mahu menyokong Anwar ataupun kerajaan Najib?

    Pada Kumbang selaku kononnya ikon demokrasi, Amerika boleh melihat siapa yang lebih berintegriti dan siapa yang mengamalkan politik menghalalkan cara dan membelakangkan demokrasi. Jika pentadbiran baru Amerika ini menyokong amalan dan prinsip demokrasi, adakah mereka punya alasan untuk menyokong Anwar?
    Kumbang rasa tiada alasan untuk Amerika menyokong Anwar.

    Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

    Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

    Sponsored content

    Re: Anifah Aman: Anwar cerita lain kepada Amerika situasi Malaysia

    Post  Sponsored content Today at 9:14 am


      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 9:14 am