AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    sape fairuz ni, jambu anwar gak ke?

    Share

    teruna desa

    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    sape fairuz ni, jambu anwar gak ke?

    Post  teruna desa on Sat Mar 21, 2009 1:23 pm

    ini sedikit kisah hidup dia sehingga jadi orang kuat di Penang ...MOHAMMAD Fairus Khairudin, 33, yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang hari ini, dilantik ke jawatan itu setelah Pakatan Rakyat - parti pembangkang DAP, PKR dan PAS telah membentuk kerajaan Pulau Pinang ekoran kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 2008.


    Dalam tugas barisan exco kerajaan Pulau Pinang, Fairus bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.


    Beliau berasal dari Guar Perahu, Kubang Semang dan cucu bekas Penghulu Guar Perahu Abdullah Din (Tok Wan Lah ).


    Beliau memiliki Ijazah Sarjana Strategik dan Pertahanan, Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan (MBA), Ijazah Sarjana Muda Sains Politik - Hubungan Antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya.


    Beliau merupakan Penasihat Biro Pembangunan Integrasi Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Naib Ketua Angkatan Muda PKR Bahagian Selayang dan Ketua Penerangan PKR Bahagian Selayang.


    Fairus memulakan kerjaya awal dengan menyertai beberapa organisasi korporat gergasi tempatan dan antarabangsa, antaranya Hong Leong Assurance, Franklin Covey Malaysia, Ford Motor Company Malaysia, Uni Asia Life Assurance Bhd kemudian menjadi perunding bebas.


    Pada 8 Mac 2008, beliau telah menang kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang dengan 7,346 undi mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dari Barisan Nasional.


    Kronologi:


    13 Mac 2008: Fairus mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang.


    16 Julai 2008: Fairus menafikan khabar angin kononnya beliau telah meletak jawatan berikutan timbul masalah dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Fairus menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ketua Menteri dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain di negeri ini.


    31 Ogos 2008: Anwar menasihatkan Fairus supaya lebih kerap turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat. Beliau berkata, walaupun ADUN Penanti itu sibuk menguruskan pentadbiran negeri, beliau perlu meluangkan masa untuk menemui penduduk di kawasannya.


    Ini berikutan maklumbalas penduduk menunjukkan pemimpin muda PKR itu jarang kelihatan di kawasannya sejak memenangi pilihanraya umum Mac lalu. Fairus yang ditemui pemberita kemudian berkata beliau menerima teguran itu secara positif.


    1 Mac 2009: Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, yang sebelum ini dipegang oleh Fairus diserahkan kepada Abdul Malik Abul Kassim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri. Dengan rombakan itu, Fairus hanya memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.


    18 Mac 2009: SMS disebar luas mendakwa Fairus telah diarah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I, Exco dan ADUN Penanti.


    18 Mac 2009: Fairus dihubungi mStar Online menganggap SMS itu "tidak tepat dan tidak betul."


    20 Mac 2009: Dinafikan oleh Lim Guang Eng dan Anwar sendiri.


    21 Mac 2009: Sah Fairus meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri

    qasehnuryz

    Posts : 61
    Join date : 2009-01-19

    Re: sape fairuz ni, jambu anwar gak ke?

    Post  qasehnuryz on Sat Mar 21, 2009 2:26 pm

    alasan nk sambung blaja plak dah.
    jambu ke? x ensem lgsung. Laughing


    _________________
    ~ Doa Ibu Sepanjang Jalan

    ManJonG

    Posts : 58
    Join date : 2009-02-06

    Re: sape fairuz ni, jambu anwar gak ke?

    Post  ManJonG on Sun Mar 22, 2009 8:08 pm

    kalo anwar classified kan si fairus nie jambu..
    dah xtau den nak cakap dah nie haa...
    si fairus tu bukan setakat jambu.. betik pon xlayak kut.. ahaks~~~ affraid

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: sape fairuz ni, jambu anwar gak ke?

    Post  detective conan on Tue Mar 24, 2009 1:34 am

    conan rasa spesis buah katak puru kui kui kui..

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: sape fairuz ni, jambu anwar gak ke?

    Post  bunga on Wed Mar 25, 2009 7:42 pm

    detective conan wrote:conan rasa spesis buah katak puru kui kui kui..

    ~~~aip, tak baik mengata orang, wajah seseorang tu kan kurniaan Allah!!

    Namun~ siFairuz ni bukanlah tergolong dalam gulongan yang kacak maupun berwajah jambu, tehehhehe Very Happy Very Happy

    Sponsored content

    Re: sape fairuz ni, jambu anwar gak ke?

    Post  Sponsored content Today at 3:08 pm


      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 3:08 pm