AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


3 posters

    pertandingan mendaki bukit sape menang?

    pochong
    pochong


    Posts : 25
    Join date : 2009-01-21

    pertandingan mendaki bukit sape menang? Empty pertandingan mendaki bukit sape menang?

    Post  pochong Fri Feb 13, 2009 1:25 pm

    PARTI Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya mengalami cabaran yang lebih besar jika dibandingkan dengan dua rakannya dalam gagasan tidak rasmi Pakatan Rakyat pada akhir-akhir ini.

    Dua Ahli Dewan Undangannya di Perak – Jamaluddin Mohd Razdi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) – keluar parti dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.

    Turut keluar parti ialah Hee Yit Foong, Adun DAP bagi kawasan Jelapang. Akibat tindakan mereka itu tumbanglah kerajaan PR Perak.

    Jamaluddin dan Mohd Osman kedua-duanya sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

    Hendak jadi cerita, tak sampai 10 hari kemudian, Adunnya bagi kerusi Bukit Selambau, Kedah, V Arumugam pula meletakkan jawatan sebagai Ahli Exco kerajaan PR Kedah dan serentak itu melepaskan kerusinya.

    Kemudian, pada ketika parti-parti PR sedang hangat mempertikaikan pembentukan kerajaan BN di Perak, Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Bukit Gantang, Roslam Shahrum, meninggal dunia.

    Ada orang mengumpamakan kejadian-kejadian ini sebagai sudah jatuh ditimpa tangga dan ada pula yang mengatakan pucuk dicita ulam mendatang.

    Apa pun andaian umum, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau yang akan diadakan pada 7 April ini menjanjikan pertandingan sengit serta penuh erti bagi BN dan PR.

    Bagi PR, dua pilihan raya kecil ini boleh dijadikan medan untuk menguji ketepatan dakwaan dan andaian bahawa rakyat jelata, khasnya di Perak, mahu DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

    Kalau pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau berpendirian yang sama, mereka tentulah akan menyokong calon-calon yang mewakili parti-parti PR apatah lagi dua kerusi ini adalah kerusi PR.

    Yang menarik untuk diperhatikan adalah pendirian parti-parti PR sendiri selepas kejatuhan kerajaan PR Perak. Khasnya mengenai kerjasama dan perpaduan di kalangan mereka.

    Portal berita bebas Malaysiakini melaporkan yang ketiga-tiga parti komponen PR – PKR, DAP dan Pas – berminat bertanding kerusi Bukit Selambau.

    Ini tidak memeranjatkan kerana kerusi ini mempunyai komposisi kaum yang agak seimbang – Melayu 50.2%, Cina 19.3%, India 29.5% dan kaum-kaum lain 1%.

    Sebenarnya ketiga-tiga parti itu berhak meletakkan calon di situ kerana Bukit Selambau tidak ditandingi oleh mana-mana parti PR pada PRU lalu.

    V Arumugam bertanding sebagai calon bebas dan selepas menang baru menyertai PKR. Dia mengalahkan calon Barisan Nasional, S Krishnan dengan kelebihan 2,362 undi. Dia memperoleh 13,225 undi dan Krishnan 10,863 undi.

    Parti-parti BN juga pasti melakukan lobi terbuka dan belakang tabir bagi meletakkan calon masing-masing di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

    Pemimpin tempatan Umno telah pun menyatakan harapan agar parti itu diberi peluang mewakili BN.

    Pilihan raya kecil Bukit Selambau juga menghidupkan semula persoalan mengenai kaitan antara PKR dan pertubuhan haram Hindraf.

    Tiga aktivis pertubuhan itu yang sedang dalam tahanan, iaitu M Manoharan, R Kengadharan and V Ganabatirau telah mencadangkan rakan setahanan mereka, P Vasanthakumar sebagai calon PKR bagi Bukit Selambau.

    http://kadirjasin.blogspot.com/2009/02/pertandingan-mendaki-dua-bukit.html
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    pertandingan mendaki bukit sape menang? Empty Re: pertandingan mendaki bukit sape menang?

    Post  pokok Sun Feb 15, 2009 1:34 pm

    semuanya bergantung kepada siapa yang dapat memenangi hati pengundi, mana2 parti politik akan cuba meletakkan calon terbaik. siapa yang pandai merebut isu, parti tersebut akan menang..pilihanraya skang sudah tidak sama dengan pilihanraya diwaktu dulu...pelbagai faktor juga harus di ambil kira...
    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    pertandingan mendaki bukit sape menang? Empty Re: pertandingan mendaki bukit sape menang?

    Post  ultraman Tue Feb 17, 2009 9:51 am

    skang nu bukan lagi dua bukit dah tiga bukit kalau bukit lanjan nak letak jawatan sama, hu hu..bukit lain tak nak adakan pilihanraya ke....

    Sponsored content


    pertandingan mendaki bukit sape menang? Empty Re: pertandingan mendaki bukit sape menang?

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 2:03 am