AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Ada klon dalam PAS sape punya angkara, Anwar kah?

    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Ada klon dalam PAS sape punya angkara, Anwar kah? Empty Ada klon dalam PAS sape punya angkara, Anwar kah?

    Post  detective conan Thu Jan 22, 2009 10:08 pm

    Biarlah di sini saya melukis serba sedikit kedukaan atau apa sebenarnya yang berlaku pada pilihan raya itu yang tercuit pada akal saya. Di sebalik kemenangan itu ada kepelikan yang berlaku kepada Pas, di kalangan pemimpin Pas sendiri.

    Bagi Abdul Wahid, sebaik namanya disebut dan parti menaruhkan amanah perjuangan kepadanya, Abdul Wahid dikatakan mengalirkan air mata mengenangkan apa yang ada kepada dirinya. Beliau tidak bersedia dan tidak ada niat pun untuk menjadi calon. Beliau juga dikatakan menolaknya, namun kerana dipaksa oleh parti beliau tidak ada pilih lain untuk melainkan kena memikulnya. Begitulah seorang ahli yang berwala' dan tahu menghormati keputusan ketua rela menanggung dan memikul apa saja. Terima kasih Abdul Wahid.

    Menjadi calon bukan senang. Tidak semua orang tergila untuk menjadi calon. Bagi mereka yang tahu mengukur baju di badan sendiri berfikir panjang untuk menerima tanggungjawab ini. Calon dalam konteks Pas adalah amanah parti untuk menjadi khalifah menjaga agama, bangsa dan negara dan bukan bermain dengan kuasa apabila sudah menang atau setelah memilik jawatan tinggi

    Megenang dan menghayati bicara dan suasan itu dapat dibayangkan betapa perit dan susahnya Abdul Wahid dan Pas Terengganu menghadapi pilihan raya berkenaan. Namun cerita ini tidak diketahui sesiapa kecuali di kalangan pemimpin Pas Terengganu saja, Presiden Abdul Hadi Awang serta timbalannya Nasharudin Mat Isa yang bertindak selaku Pengarah Induk pilihan raya kecil berkenaan.

    Sepatutnya keadaan itu tidak wujud. Pas sebagai parti Islam seharusnya semua pemimpinnya bersatu dalam saat berhadapan dengan musuh. Tidak ada wang sama-sama cari wang. Lagipun maruah perlawanan itu adalah maruah Pas juga. Sebaliknya di Kuala Tertengganu lain jadinya. Abdul Wahid dan Pas Terengganu macam anak yatim menghadapi pilihan raya berkenaan tanpa kepedulian tinggi oleh segelintir pemimpinnya yang bangga dengan status profesionalisme.

    Misalnya ada pemimpin yang terkenal sebagai pintar dan tahu mencari wang dan berada dalam lubuk wang dengan jawatannya dan dianggap sebagai banker dikatakan tidak menghulurkan bantuan satu sen pun kepada Pas Terengganu. Datang ke Terengganu hanya hanya melabuh senyum ambil gambar dan singgah seperti kereta yang menggunakan kad touch and go saja kemudian lesap. Pemimpin ini juga telah mengunci rapat peti besinya untuk Pas Terengganu menghadapi pilihan raya berkenaan.

    Semangatnya juga kontras dengan apa yang ditunjukkan pada dua pilihan raya yang melibatkan calon PKR sebelum ini, di Ijok Selangor dan di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Bukan main lagi pemimpin ini membantu dan menyokong demi kemenangan calon PKR. Bukan saja tenaga tetapi wang dihulur dalam beg besar berwarna hitam membantu pilihan raya berkenaan. Nombor Rexston yang membawa beg itu masih dalam ingatan saya.

    Yang menghairankan kenapa untuk pilihan raya kecil melibat PKR boleh dibantu tetapi tidak dengan Pas? Mungkin pemimpin ini bebas menggunakan wangnya. Namun beliau kena ingat beliau berada di kerusinya sekarang ini bukan kerana orang PKR yang menyokong tetapi kerana orang Pas menyokongnya. Wang 'komisyen' yang dipunggut dari berbagai sumber itu tidak akan hadir kalau bukan kerana kedudukan itu.

    Sepanjang kempen pemimpin ini dan golongannya tidak turun berkempen sesungguh hati seperti berlaku di Permatang Pauh. Mereka hanya datang sekadar menunjukkan muka saja tanpa mencemarkan tangan. Berlainan dengan Permatang Pauh semasa Anwar Ibrahim bertanding. Mereka bertumas dan menunggu Permatang Pauh berhari-hari macam menunggu isteri atau ibu nak bersalin. Seorang pemimpin betina Pas (pinjam istilah orang) sanggup masuk ke dalam pasar dan naik pejabat berkempen meraih undi untuk Anwar. Tetapi sebetina ini tidak kelihatan di Kuala Terengganu!

    Di malam pengumuman kemenangan Abdul Wahid juga kumpulan ini tidak datang? Boleh dikatakan kemenangan Abdul Wahid itu disambut oleh pemimpin Terengganu saja bersama Presiden dan Timbalan Presiden. Seolah kemenangan Wahid tidak diikhtiraf oleh golongan ini. Hanya seorang sahaja Naib Presiden hadir manakala yang dua lagi entah menghilangkan diri ke mana. Kenapa jadi begini?

    Suka diingatkan kepada golongan ini mereka jangan jadi sombong. Mereka kena ingat giliran mereka suatu hari nanti tetap akan ada. Bagaimana kalau kena giliran mereka, mereka diperlakukan hal yang sama? Saat itu baru mereka menyedari betapa perlunya khidmat seorang bernama kawan atau sahabat.

    Tidak tahu apakah pendekatan dan ilmu politik yang digunakan oleh orang-orang ini. Cuma perbuatan dan aksi kumpulan ini mengesahkan tafsiran saya bahawa mereka hanya klon Pas sahaja. Sebagai klon mereka tidak ada semangat dan daya tahan perjuangan tinggi menurut sunnah Pas.

    Kerana sebagai klon mereka tidak merasai bagaimana semangat ukhwah dan rasa tanggungjawab sebagai ahli Pas kepada perjuangannya yang berteraskan Islam. Barang kali adalah elok kalau para muktamir Pas tahun ini memberi ingatan kepada golongan ini supaya mereka sedar diri dan tidak begitu sombong dengan angan-angan mereka. Atau barangkali kalau mereka sudah tidak cocok dengan Pas berhijrah sajalah kepada parti satu lagi, rasanya itu lebih senang dan tidak menyerabutkan.

    baca selanjutya dihttp://msomelayu.blogspot.com/2009/01/terkenang-kuala-2.html
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Ada klon dalam PAS sape punya angkara, Anwar kah? Empty Re: Ada klon dalam PAS sape punya angkara, Anwar kah?

    Post  detective conan Thu Jan 22, 2009 10:56 pm

    conan rasa klon itu ialah geng erdorgan fraksi ANWAR dalam PAS, seperti yang diketahui sesudah puak komunis dan sosialis (parti rakyat Malaysia) telah berjaya digengammnya. Anwar ingin mengengam pula puak PAS. Supaya agenda yang diimpikan olehnya tercapai tanpa halangan...dengan meletakkan puak PAS dalam tangan kanan dan puak sosialis dalam tangan kiri Anwar boleh bercakap pada dunia luar khususnya US bahawa beliaulah tokoh paling hebat di Malaysia. Dengan itu DANA akan mencurah masuk pada ANWAR.

    Seharusnya PAS harus berterima kasih kepada Mustapha ALi kerana menyedari permainan Anwar, sekiranya jika tidak kerana Mustapha ALi orang PAS khususnya puak Erdorgan mungkin sampai sekarang masih lagi menyanyikan lagu 16 September bersama sifunya Anwar Ibrahim.
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Ada klon dalam PAS sape punya angkara, Anwar kah? Empty Re: Ada klon dalam PAS sape punya angkara, Anwar kah?

    Post  detective conan Thu Jan 22, 2009 10:56 pm

    Ada klon dalam PAS sape punya angkara, Anwar kah? Husamkt2hr6.th

    Sponsored content


    Ada klon dalam PAS sape punya angkara, Anwar kah? Empty Re: Ada klon dalam PAS sape punya angkara, Anwar kah?

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 2:52 am