AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


4 posters

    BN bentuk kerajaan baru di Perak

    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    BN bentuk kerajaan baru di Perak Empty BN bentuk kerajaan baru di Perak

    Post  detective conan Wed Feb 04, 2009 6:32 am

    BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.

    Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.

    Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.

    Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.

    Nasaruddin menafikan beliau "diculik" seperti dakwaan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.


    4:25pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu akan menyertai Umno.

    Kedua-duanya kini berada di pejabat timbalan perdana menteri.

    Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun dan ahli parlimen BN sebelum mengadakan sidang akhbar khasnya jam 4 petang ini.

    Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - juga kelihatan di pejabat timbalan presiden Umno itu.

    Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong kelihatan di Putrajaya.


    3.52pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

    Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak.


    kemaskini 3:25pm Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dalam sidang medianya tadi memaklumkan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim "diculik". test

    malaysia kini
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    BN bentuk kerajaan baru di Perak Empty Re: BN bentuk kerajaan baru di Perak

    Post  detective conan Wed Feb 04, 2009 6:37 am

    BN bentuk kerajaan baru di Perak
    04/02/2009 5:19pm

    PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

    Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

    Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

    Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

    Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

    Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    BN bentuk kerajaan baru di Perak Empty Re: BN bentuk kerajaan baru di Perak

    Post  detective conan Wed Feb 04, 2009 6:40 am

    PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

    BN kini mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.

    "Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan merekatelah keluar dari parti masing-masing.

    "Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

    Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

    Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    BN bentuk kerajaan baru di Perak Empty Re: BN bentuk kerajaan baru di Perak

    Post  bunga Wed Feb 04, 2009 10:46 am

    Not that I'm not delighted for the current scenario in Perak but boleh percayake MPs yg melompat2 camnih, apalagi yg bekas PKR tuh ada kes rasuah seksual?Dan ex-BN's MP yg masuk PKR in just 10days,lompat semula ke BN?? Kalau mereka bole lompat melompat sebegini,jgn fikir mereka tak bole melompat keluar semula.DEsperate sgt kah BN sampai sanggup terima ex-PKR yg bermasaalah menunggu kes dibicarakan?

    I don't believe this!! Politics - always DIRRRRRRTY!!! Evil or Very Mad Evil or Very Mad
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    BN bentuk kerajaan baru di Perak Empty Re: BN bentuk kerajaan baru di Perak

    Post  kumbang_aidc Wed Feb 04, 2009 10:51 am

    Yap. Tapi kalau buat pilihan raya lagi banyak bazir duit..
    Better kekal seperti ini kan bounce bounce
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    BN bentuk kerajaan baru di Perak Empty Re: BN bentuk kerajaan baru di Perak

    Post  bunga Wed Feb 04, 2009 11:32 am

    kumbang_aidc wrote:Yap. Tapi kalau buat pilihan raya lagi banyak bazir duit..
    Better kekal seperti ini kan bounce bounce

    You have the point here...tapi MP's yang sebegini tak punyai pendirian dan prinsip sebagai pemimpin!!Apa gunanya majority jika majority itu hanya bermaksud "a bunch of moron and desperados!!" Very Happy Very Happy
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    BN bentuk kerajaan baru di Perak Empty Re :BN bentuk kerajaan baru di Perak

    Post  kumbang_aidc Wed Feb 04, 2009 1:31 pm

    shamsadis
    shamsadis


    Posts : 28
    Join date : 2009-01-26

    BN bentuk kerajaan baru di Perak Empty Re: BN bentuk kerajaan baru di Perak

    Post  shamsadis Wed Feb 04, 2009 11:58 pm

    Dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk :

    LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;

    KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.

    Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

    "Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.

    "Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini.Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.

    Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Nik Abdul Aziz dan Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah.

    Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali.

    Seterusnya:

    NIK AZIZ SAMAKAN PENIPUAN ANWAR DENGAN SUNAH NABI !

    SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.

    “Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,” katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini.

    Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu.

    “Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.

    “Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah,” katanya.

    Sponsored content


    BN bentuk kerajaan baru di Perak Empty Re: BN bentuk kerajaan baru di Perak

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Sun Nov 17, 2024 10:40 pm