AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Gempar kerajaan perak runtuh

    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Gempar  kerajaan perak  runtuh Empty Gempar kerajaan perak runtuh

    Post  detective conan Wed Feb 04, 2009 4:38 am

    Semua Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen BN Perak telah diarahkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.

    Timbalan perdana menteri pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di negeri itu.

    Dalam sidang media tergempar di pejabatnya sebentar tadi, Menteri Besar Perak menyatakan Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim yang menyertai PKR bulan lalu "telah diculik".

    Pihak yang didakwa berbuat demikian tidak dinyatakan.

    Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menambah, beliau bersama 28 lagi Adun Pakatan Rakyat berharap Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Beliau dijangka menghadap Sultan Azlan Shah di istananya sebentar lagi.

    Sementara itu, dua lagi Adun daripada DAP dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

    Jika mereka benar-benar berbuat demikian, lima orang Adun Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan tiga dari DAP - keluar parti dan membolehkan BN menguasai kerajaan negeri dengan lebih stabil.

    Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas.

    Sebelum ini dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) - telah keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

    Dan hari ini, Adun DAP dari Jelapang - Hee Yit Foong - mengesahkan turut keluar parti dan menjadi Adun bebas.
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Gempar  kerajaan perak  runtuh Empty Tiga Adun PKR masuk BN

    Post  detective conan Wed Feb 04, 2009 4:56 am

    PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan kembali menyertai Barisan Nasional (BN).


    Manakala dua lagi, iaitu ADUN bagi kawasan Behrang dan Changkat Jering, Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu turut mengambil keputusan menyertai BN.


    "Saya dalam perjalanan ke Putrajaya, tunggu pengumuman dalam masa terdekat," kata Jamaluddin.


    Dalam pada itu, selepas kira-kira tiga jam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menangguhkan sidang media di pejabatnya tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media petang ini.


    Pada sidang media berkenaan, Najib dipercayai akan membuat kenyataan berhubung keadaan politik di Perak.


    Sementara itu Nizar yang dijadual mengadakan sidang media pada pukul 1 tengah hari, telah ditangguhkan kerana dipercayai akan mengumumkan perkenan Sultan Perak bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan.


    Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Sulit Menteri Besar, Wan Ahmad Junaidi kepada wartawan yang menunggu di pejabat Menteri Besar selama sejam.
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Gempar  kerajaan perak  runtuh Empty Re: Gempar kerajaan perak runtuh

    Post  detective conan Wed Feb 04, 2009 5:00 am

    3:52pm

    IPOH 4 Feb. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil tindakan drastik dan luar biasa apabila mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.

    Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini untuk mendapatkan perkenan baginda. - Bernama
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Gempar  kerajaan perak  runtuh Empty MB mengadap sultan

    Post  detective conan Wed Feb 04, 2009 5:05 am

    kemaskini 3.52pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

    Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan itu selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

    Sementara beberapa lagi Adun kerajaan campuran itu didesas-desuskan akan meninggalkannya.

    Mohd Nizar kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak.

    Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini menjelang tengah hari tadi enggan memberi sebarang ulasan buat masa sekarang.

    Difahamkan tiga Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.

    Dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu - menimbulkan krisis mendebarkan di negeri itu.

    Dengan tindakan tiga Adun itu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN.

    Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi.

    Di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini, dipercayai ada kaitan dengan pergolakan politik di Perak.

    Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak dijangka mengadakan satu sidang akhbar jam 4 petang ini
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Gempar  kerajaan perak  runtuh Empty Re: Gempar kerajaan perak runtuh

    Post  detective conan Wed Feb 04, 2009 5:43 am

    POLITIK benr-benar sudah menjadi tempoyak. Hancur lumat. Perkembangan terbaru Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dikatakan berada di istana menunggu perkenan Sultan Perak menerima menghadap untuk meminta perkenaan Baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan satu pilihan raya negeri Perak diadakan.

    Keputusan untuk membubarkan DUN Perak dikatakan dicapai dalam mesyuarat tergempar parti-parti Pakatan malam tadi. Piliah raya DUN Perak perlu diadakan memandangkan keadaan hari ini tidak menentu.

    Kerajaan Pakatan yang berkuasa hari ini terhoyong hayang apabila dua ahli PKR bertindak keluar daripada gabungan berkenaan. Keadaan semakin parah apabila Timbalan Speaker, daripada DAP juga dikatakan sudah meninggalkan pakatan tersebut.

    Dalam pada itu ada pandangan dalaman Umno Kuala Lumpur menjelaskan usaha Nizar Jamaluddin untuk meminta perkenan Sultan Perak itu tidak akan kesampaian. Katanya beliau yakin Sultan Perak tidak akan bersedia membubarkan DUN Perak kerana baginda akan memangil parti yang mempunyai majoriti (Umno) untuk membentuk kerajaan.

    Hakikat itu katanya sepatutnya diterima oleh Pakatan Rakyat yang sudah tidak dipercayai rakyat.

    Sponsored content


    Gempar  kerajaan perak  runtuh Empty Re: Gempar kerajaan perak runtuh

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Sun Nov 17, 2024 9:42 pm