AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Jangan marah kat Yeop Man dan Yeob Din

    pochong
    pochong


    Posts : 25
    Join date : 2009-01-21

    Jangan marah kat Yeop Man dan Yeob Din Empty Jangan marah kat Yeop Man dan Yeob Din

    Post  pochong Tue Feb 03, 2009 12:36 pm

    SESIAPA yang waras pemikiran, sihat tubuh badan dan tidak ada apa-apa masalah tidak mahu berada dalam keadaan yang didiami dan dialami Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Othman Jailu kini. Dunia mereka sehari dua ini lebih kurang macam di Gaza dua tiga minggu lepas saja. Nak keluar tidak boleh.. jadi terperap saja di mana-mana kubu perlindungan seemntara kerana dah jadi buruan para media massa.

    Murai yakin kalau mereka tidak ada masalah berat mereka tidak memilih keadaan yang berlaku hari ini. Mereka bukan calang-calang orang, mereka ialah ahli Exco kerajaan negeri Perak. Jadi jangan marahkan kepada Yeop berdua itu.

    Jawatan yang mereka pegang itu bukan mudah dan bukan remeh, tetapi ada klas kata orang. Ada orang menang sudah dua tiga penggal pun tidak boleh jadi Exco, usahkan Exco kanan Exco kiri pun tidak boleh. Tetapi mereka sekali menang saja terus dilantik menjadi Exco. Bertuah badan mereka pada mulenya!

    Kedudukan sebagai Exco dalam sesebuah kerajaan negeri bolehlah tahan. Elaunnya agak lumayan juga, kalah guru besar ataupun pengurus pos. Ada kereta dan ada driver lagi. Murai percaya kedua mereka juga mendapat peruntukan untuk mendapat kereta Camry baru yang dibeli kerajaan Perak baru-baru ini. Masakan mereka dikesampingkan daripada mendapat kereta baru itu? Manakala kalau pandai ambil kesempatan dengan jawatan Exco tu bolehlah juga cari makan untik anak bini dan kawan-kawan!

    Kerana itu kedudukan mereka sudah baik. Mereka sendiri Murai fikir tidak pernah mimpikan untuk menjadi Exco, duduk sekali MB dan sesekali pergi ke istana ataupun diundang menghadiri majlis rasmi kerajaan. Bukan main yeop kamu, cemburu Murai!

    Jadi kalau mereka tidak ada masalah mustahil mereka mahu berada dalam keadaan hari ini yang memungkinkan mereka hilang jawatan berkenaan. Diburu dan dicemuh orang macam-macam. Jadi Murai harap kita janganlah marakah yeop berdua ini.

    Cuma kalau mereka ada problem, apakah probelem mereka? Kata orang mereka nak masuk Umno, (sebenarnya diajak masuk Umno). Untuk apa? Kalau masuk Umno ditawarkan jadi MB dikira boleh tahan juga. Tetapi kalau setakat kekal dengan Exco apalah bezanya Exco BN dengan Exco Pakatan Rakyat? Bukankah Exco BN setakat diberikan Proton Perdana yang selalu rosak cermin saja tu?

    Lainlah kalau orang Umno janjikan mereka jadi MB? Rasanya idaklah... kata orang Perak. BN atau Umno sendiri masih ada tokoh-tokoh yang mengidam untuk jadi MB, Zambry Abdul Kader, Raja Ahmad Zainuddin malah Tajol Rosli sendiri diam tak diam pergi ke istana, diam tak diam pergi ke istana. Pantang bunyi Raja bersin beliau tercongak depan pintu istana terperasaan Raja panggilnya untuk angkat sumpah jadi MB. Gila sangkak sungguh!


    Jadi Murai fikir janganlah marah kepada yeop berdua itu. Sama-samalah kita faham kenapa mereka terbelenggu dan berada dalam kubu tak keluar-keluar


    waa petik sini http://msomelayu.blogspot.com/2009/02/celoteh-murai-31.html
    pochong
    pochong


    Posts : 25
    Join date : 2009-01-21

    Jangan marah kat Yeop Man dan Yeob Din Empty Re: Jangan marah kat Yeop Man dan Yeob Din

    Post  pochong Tue Feb 03, 2009 12:43 pm

    waa pun sapai sekarang masih pening kenapa dua yeob ni bertindak sedemikian, adakah mereka tidak bersyukur dengan apa yang ada. Misteri sungguh rasanya permainan Yeob kedua orang ini. Adakah mungkin mereka kedua ini sudah hilang kepercayaan kepada Anwar? Jika Adun Bota Datuk Nasa mengatakan dia kecewa denagn UMNO, adakah perihal sama yang berlaku kepada dua exco PKR ini? waa percaya walapun kedua-duanya tidak punya akademik tinggi, tapi mereka amat paham dalam sepak terajang politik, sebab mereka pun lahir dari politik, mereka pun tau kalau masuk UMNO kedudukan yang dimiliki rasanya tidaklah sehebat apa yang mereka miliki sekarang, kerana dalam UMNO lebih ramai org2 besarnya, mereka bukanlah bodoh sangat...

    WAA cukup pelik bila org mengatakan pelbagai dekat dua yeob ni, waa percaya yeob-yeob ni pun tak mau alami benda semcam ini.Pada waa anwar sahaja tau mengapa dua orang Yeob ni bersikap demikian.

      Current date/time is Sun Nov 17, 2024 11:22 pm