AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


+2
nangkasedap
pokok
6 posters

    E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  pokok Sat Aug 29, 2009 7:58 pm

    PAGI itu Qaseh betul-betul kelam-kabut. Jam locengnya tidak berbunyi.
    Mujur Mak Jah yang mengejutkannya. Jika tidak, tengah hari nanti barulah dia sampai ke pejabat yang terletak dengan pelabuhan paling penting di Malaysia.
    Dia bergegas ke bilik mandi lalu mencapai baju kebaya yang digosoknnya semalam.
    Sebaik menyapu bedak yang nipis dan menyembur minyak wangi Love Spell, dia berlari keluar sambil mencapai kunci keretanya. Malangnya, nasib tidak menyebelahinya hari ini.
    Baru sahaja dia keluar dari pekarangan rumah, jalan sudah sesak. 'Aduhai! Nasib nasib!' bisik hati kecil Qaseh.
    Tepat jam 9 pagi barulah dia terlepas daripada 'kebingitan' jalan raya yang seolah ingin menunjukkan kemarahannya kepada pengguna jalan raya.
    Namun, Qaseh diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Mana tidaknya?
    Tiba-tiba apabila melepasi kesesakkan lalulintas, Tayar kanan keretanya pancit. Terpaksalah dia berhenti di simpang jalan. Mahu saja dia menjerit sekuat hati dan menjentik tayar keretanya. Baru sahaja dia hendak keluar dari perut kereta,telefon bimbitnya menjerit meminta diangkat.
    'Qaseh! Kau di mana ni? Kau tahu tak pukul berapa sekarang? Takkan kau lupa hari ni ada mesyuarat penting dengan Global Shiping International? Nasib baiklah kau pekerja kesayangan Encik Ridhwan. Kalau tidak... habis kau disemburnya nanti!'
    Soalan demi soalan bertalu di telinga Qaseh. Laila memang kuat mengomel. Akan tetapi, mengomel demi kebaikan.
    Laila adalah rakan ketawa dan menangisnya. Jika bergaduh pun, tidak sampai satu jam, mereka akan berbaik-baik semula.
    'Amboi! Banyaknya soalan. Mana satu aku nak jawab dulu ni? Okaylah, aku kat Tauranga New Zealang skang ni, tayar kapal terbang aku pancit. Aku tak lupa, aku tahu. Puas mak cik? ... bye!' bye..
    Giliran Qaseh pula menghembus Laila. Belum sempat Laila menyatakan bye, Qaseh sudah matikan telefon kerana tidak mahu membuang masa. Sebaik sahaja dia menamatkan talian dengan Laila...
    'Tayar pancit ke?' tegur seorang jejaka yang suaranya tidak dikenali. Siapa dia, Qaseh tidak pasti, tetapi apa yang pasti dia amat terkejut dengan teguran itu.
    'You ni nak buat I pengsan kat sini ke mati on the spot?' Qaseh memarahi jejaka yang menyapa secara tiba-tiba itu.
    'Dua-dua I tak nak. Janganlah pengsan dulu, belum sempat I nak minta nombor, nak berkenalan you dah nak pengsan? Tak patut betul!'
    Jejaka itu cuba berjenaka tetapi Qaseh tidak mengganggap perkara itu lucu. Malah sedikit pun Qaseh tidak melayan jejaka tersebut.
    Marahnya hanya reda 2 peratus sahaja. Perbualan mereka terhenti apabila deringan telefon kedengaran. Serta-merta Qaseh dan jejaka itu meraba saku untuk mengeluarkan telefon bimbit masing-masing. Sangat kebetulan deringan telefon bimbit mereka.
    'errrr Qaseh, I punyalah. Kejap ya!' Dia memberitahu Qaseh apabila melihat Qaseh yang sedang mencari telefon bimbitnya.
    Kemudian dia menyambung perbualannya, 'Hello Puteri Diraja Gopal! Dah bangun rupanya! Ingatkan tunggu Krismas baru nak bangun.'
    Setelah suasana menyepi untuk seminit dua, dia menyambung semula.
    'I'm sorry darling, I said no and it means you have to either take a cab or the public transport. Jangan nak mengada-ngada eh.'
    Dia mengakhiri perbualannya dengan amaran yang tegas. Dengan siapa Qaseh tidak pasti. Mungkin kekasihnya atau mungkin tunangnya.
    Tidak hairanlah jika dia dikelilingi wanita-wanita yang cantik kerana kulitnya yang maskulin dan badannya yang tegap, mampu membuat mana-mana wanita jatuh hati.
    Namun Qaseh yang sedari tadi menjadi pemerhati hairan bagaimana dia tahu namanya.
    Tanpa membuang masa, Qaseh menelefon Ah Chap dan menyuruhnya datang membawa keretanya ke bengkel kerana dia sudah terlambat.
    Dia juga kurang mahir cara-cara menukar tayar. Selalunya abangnya atau ayahnya akan menolong.
    Dia pun langsung berjalan menuju ke jalan raya untuk menahan teksi. Malangnya tiada satu teksi pun kelihatan. Jika ada pun, sudah ada penumpang di dalam.
    Apabila dia pusing, dia melihat jejaka itu membetulkan tayarnya.
    'Errr...' belum habis ayat Qaseh, jejaka itu mencelah: 'Nama I bukan Err... Nama I Qushairi,' jawab jejaka itu tanpa dipinta. Macam tahu-tahu saja. Terasa lucu pula dengan kata-kata jejaka bernama Qushairi itu.
    'One more thing, telefon you punya Ah Chap, cakap tak payah datang. Qushairi Chap dah datang.'
    Perut Qaseh kecut mendengar ketegasan yang dipamerkan oleh Qushairi. Namun terselit bait-bait lucu dalam ketegasannya dan Qaseh, yang seperti lembu dicucuk hidung, hanya menurut kata-kata jejaka itu.
    Setelah setengah jam membetulkan tayar kereta Qaseh, Qushairi mengebas-ngebaskan bajunya yang kotor. Terfikir juga dia: 'Macam mana aku nak ke kerja dengan baju kotor ni?'
    'Terima kasih Encik Qushairi. Ni kad saya, terhutang budi pula I dengan you. Nanti I belikan baju baru untuk you,' ujar Qaseh dengan ikhlas apabila terpandang baju jejaka itu yang kotor.


    Qaseh tiba di pejabat tepat jam 10 pagi. Seperti biasa, Lailalah yang orang pertama yang menegurnya. 'Apasal kau lambat? Nasib baik mesyuarat ditunda sebab wakil Global Shiping International pun terkandas dalam trafik. Oh ya Encik Ridhwan nak jumpa kau.'
    Sebaik sahaja mendengar ucapan Laila, Qaseh berjalan ke bilik Encik Ridhwan.
    'Good morning Encik Ridhwan yang baik hati serta mulia. Mudah-mudahan pada hari yang baik ini, Encik Ridhwan diberkati rahmat dan rezeki yang melimpah ruah,' gurau Qaseh sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik majikannya. Gurauan Qaseh juga dibalas dengan senyuman.
    'Nak ambil hati sayalah tu? Hah, saya nak awak kendalikan projek ini dan jika awak berjaya, awak akan pergi holiday,' kata majikannya yang begitu senang dengan Qaseh yang bukan sahaja cantik, malah sangat profesional dan idealistik orangnya. Itu yang membuat Encik Ridhwan sayang akan pekerja yang satu ini.
    Qaseh kemudian disuruh menelefon pihak Global Shiping International untuk membuat janji temu tetapi wakil daripada pihak mereka belum tiba di pejabat.
    Deringan telefon di atas meja membuat Qaseh tersentak.
    'Isy! Orang-orang ni nak buat aku kena serangan jantung ke, aku jumpa siap kena jentik buah pinggan mereka ni?' getus Qaseh sendirian.
    'Assalamualaikum ibu,' jawab Qaseh sambil mengurut-urut dadanya dek terperanjat. Salamnya dijawab oleh Puan Aini yang kemudiannya berkata, 'Haah Qaseh, hari ini balik awal ya! Auntie Zubaidah nak datang makan malam.'
    Sememangnya Puan Aini lebih rapat dengan Qaseh berbanding Iskandar, abang Qaseh. Bukan memilih kasih tetapi naluri wanita.
    Baginya dia menyayangi Qaseh seperti mana dia menyayangi Iskandar. Bagaikan minyak yang ditatang penuh.
    Qaseh hanya menuruti permintaan ibunya. Diam tak diam jam sudah menunjukkan 6 petang. 'Laila kau tak nak balik eh? Bye!'
    Laila yang belum memberi kata putus ditinggalkan begitu saja.
    'Kurang asam kau Qaseh,' ngomel Laila sendirian. Gadis yang bertudung ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Malahan, dia sudah pun bertunang.
    Cuma Qaseh saja belum berpunya. Bukan memilih tetapi berhati-hati selepas beberapa kali hatinya dipermainkan oleh insane bernama lelaki. Qaseh berjalan menuju ke keretanya. Tiba-tiba dia terpandang rantai kekunci yang mempunyai namanya.
    'Patutlah dia tahu nama aku!' desis hati kecil Qaseh. Tiba saja dia di pekarangan rumahnya dia terpandang sebuah kereta di sana. Dia mengambil keputusan untuk masuk melalui pintu belakang.
    'Mak Jahhhhhh!' sergah Qaseh
    'Oh mak kau, eh Qaseh, eh belon, eh kain aku terkoyak, eh timun! Ya Allah Qaseh! Bertuah punya budak!'
    Mak Jah yang tidak henti-henti melatah memukul bahu Qaseh.
    Walaupun Qaseh bukan anak kandungnya, gadis ini amat menghormatinya dan tidak menganggap dirinya seperti orang gaji. Qaseh yang terkekeh-kekeh ketawa terhenti apabila terpandang sekujur badan di pintu dapur.
    Malunya menebal tiga inci. Dia menuju ke ruang tamu untuk bersalaman dengan tetamu yang ada di situ dan juga ibu dan ayahnya.
    'Airy! Mari sini berkenalan dengan anak Auntie Aini ni'. Laungan Puan Zubaidah tepat di telinga Qaseh.
    Tiba-tiba dia terfikir. Airy? Qushairi? 'Patutlah aku macam kenal dia'. Qaseh bercakap sendirian sambil bertukar senyuman dengan Qushairi.
    Dia kini di pinggir kolam ikan kegemaran ayahnya. Biarlah ibu dan ayah saja melayan tetamu mereka.
    'You cakap dengan siapa Qaseh?' Sergah Qushairi membuat Qaseh tersentak lalu buku yang dipegangnya jatuh. Kebetulan pula, air hujan yang turun belum kering. Qaseh tidak dapat mengimbangi diri lalu terjatuh.
    Qushairi yang berada di situ dengan cepat menangkap tubuhnya.

    “Qaseh, bos panggil” serkah Laila lepada Qaseh yang dari tadi asyik mengelamun sambil merenung langit, itulah hobinya…
    “Maafkan aku Laila, aku tak sedar kau cakap dengan aku, Bos nak jumpa , kat mana?” Tanya Qaseh.
    Sambil memuncungkan mulutnya kea arah bilik En. Ridzwan laila, laila menyuruh Qaseh segera mendapatkan Encik Ridzwan.
    Selepas berjumpa dengan Encik Ridzwan , Encik Ridzwan ingin bertanyakan Qaseh mengenai perbincangan dengan pihak Global Shiping Internasional. Qaseh memaklumkan dia belum menerima panggilan dari wakil syarikat tersebut.
    Encik Ridzwan menasihati Qaseh agar beruhasa menghubungi wakil syarikat tersebut kerana bimbang peluang bekerjasama dengan syarikat tersebut terlepas. Sambil memberikan no telefon wakil syarikat Global Shiping Internasional disekeping kertas.
    ‘ N I ZAM , 03-53xxxxx ‘ sebut Qaseh sambil beredar dari bilik Encik Ridzwan bos yang begitu memahami dirinya. Sepanjang Qaseh bekerja dengan Encik Ridzwan tak pernah dia dimarahi oleh bosnya itu, malah lelaki yang berumur 40 tahun itu selalu memberikan tugas penting kepada Qaseh seolah pekerja kepercayaannya.

    BERSAMBUNG...


    Last edited by pokok on Tue Sep 01, 2009 6:44 am; edited 2 times in total
    nangkasedap
    nangkasedap


    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  nangkasedap Sun Aug 30, 2009 4:12 am

    bila nak sambung lagi nie...
    udinthegreat01
    udinthegreat01


    Posts : 31
    Join date : 2009-03-18

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  udinthegreat01 Sun Aug 30, 2009 9:14 pm

    nangkasedap wrote:bila nak sambung lagi nie...

    SEMPAT KE CERITA NI HABIS MENJELANG AIDIL FITRI?? lol! lol!
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  pokok Mon Aug 31, 2009 1:46 pm

    gua nak watak tambahan ni siapa mau ha ha ha...cepat sebelum ofer ditutup ha ha ha....watak orang ketiga antara qaseh dan qushairi mua ha ha... Evil or Very Mad
    udinthegreat01
    udinthegreat01


    Posts : 31
    Join date : 2009-03-18

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  udinthegreat01 Tue Sep 01, 2009 12:16 am

    pokok wrote:gua nak watak tambahan ni siapa mau ha ha ha...cepat sebelum ofer ditutup ha ha ha....watak orang ketiga antara qaseh dan qushairi mua ha ha... Evil or Very Mad

    bagi kat aBANGLA bole?? nama dia Qayuum...whuaaaahahaha...
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  pokok Tue Sep 01, 2009 6:43 am

    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty e-cerita sambungan- jangan nangis laila

    Post  pokok Thu Sep 03, 2009 2:35 pm

    Hari ini 1 Ramadhan, seperti biasa Qaseh apabila tiba bulan puasa dialah insan yang paling teruja menyambut bulan penuh mulia itu dirumahnya.
    Sepanjang Ramadhan sekiranya dia berada dirumah dirinya akan memasak semua hidangan dan tidak membenarkan Mak Jah atau ibunya Puan Aini memasak.
    Bagi Qaseh di bulan inilah dia akan dapat berkumpul bersama keluarga dan dapat bersua muka dengan abangnya si Iskandar dan adiknya Isma.
    “Mak Jah boleh tolong Qaseh tak? “ kata Qaseh pada pembantu rumahnya di suatu petang di hari minggu.
    “tolong telefon Pakcik Upeng minta dia tolong hantar gas, nanti tak sempat nak siapkan juadah berbuka petang ini” arah Qaseh kepada Mak Jah apabila menyedari gas memasak habis.
    Puan Aini merupakan pelangan tetap kepada kedai Upeng, apa sahaja barang yang diperlukan Upeng akan datang menghantarnya walau waktu malam, kalau dia tak datang diarahnya perkerja yang menghantarnya.
    Dan dalam diam Upeng sekiranya datang ke rumah Puan Aini beliau akan selalu mengusik Mak Jah hingga tersipu malu wanita tua tersebut.
    Sebab itulah Qaseh sengaja menyuruh Mak Jah menelefon Upeng dengan niat ingin memasangkan Upeng dengan Mak Jah. Usik Qaseh bagai pinang dibelah dua pasangan tersebut. Dalam hatinya dia sayu melihat Mak Jah keseorangan tiada teman hidup dan keluarga, sebab itu dia mengangap wanita itu seperti saudara-maranya.
    Selepas selesai berbuka Qaseh akan berkunjung ke Masjid Sultan Sulaiman Klang, sewaktu dalam perjalanan pulang tiba-tiba satu mesej masuk.
    “Assalamualaikum Qaseh, selamat berpuasa…”
    Tersenyum Qaseh membaca mesej demikian, dia sungguh tidak menyangka lelaki yang menolongnya sewaktu tayar keretanya pancit suatu ketika dahulu adalah anak kepada rakan baik ibunya untie Zubaidah.
    Jari jemarinya terus beberapa patah perkataan membalas mesej tersebut, “ Pstt Airy, Happy Ramadhan, selamat berpuasa, Maaf Zahir Batin, jangan ponteng puasa yer…” itulah cara Qaseh sejak remaja hingga ke anak dara perwatakan riangnya langsung tidak berubah. Malam itu sudah tentu beliau akan tidur dengan lena sekali tanpa merenung kearah bulan.
    Keesokannya sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja deringa telefon berbunyi.
    “Hello, Qaseh! Kau kat mana ni, tau tak En. Ridzuan cari kau dari pagi lagi ler, cam ada hal penting jer”
    “Laila aku kat KLIA ni baru sampai dari London, kejap lagi 10 minit aku sampai” sahut Qaseh pada Laila. Sedikit pun dia tidak risaukan kata-kata Laila tadi, kerana dia masuk lambat pada hari tersebut pun kerana encik ridzuan yang luluskan sebagai ganti tugasan luar yang beliau lakukan sehari sebelum itu.
    Di pejabat selepas meletakan beg di atas kerusi miliknya, Qaseh terus meluru ke bilik Encik Ridzuan. Laila dari tadi hanya memerhatikan sahaja tingkahlaku Qaseh yang yakin seolah tiada kesilapan.
    “err Qaseh, you serius ke mohon pertukaran tempat kerja? Tanya Ridzuan”
    “lebih kurang begitulah encik Ridzuan, kalau boleh pihak syarikat pertimbangkan, bukan disini tidak bagus tetapi saya mahukan cabaran baru” Kata Qaseh seolah merasa bersalah dengan pertanyaan encik Ridzuan tersebut.
    “emm begini, saya kalau boleh tidak ingin You keluar dari pejabat ini, tetapi memandangkan You sendiri mahukan cabaran lain, I boleh sokong permohonan You dengan position yang lebih baik lagi di ibu pejabat. Tetapi You kena janji dengan i satu perkara, i nak minta You tolong selesaikan tugasan dengan Global Shiping International.
    Keluar dari bilik encik Ridzuan, Laila terus menerpa kepada Qaseh.
    ”Eh Qaseh kau ok ke, ada ke kau kena marah ke apa ke” getus laila yang begitu risau dengan pertemuan Qaseh dan bosnya tadi.
    Qaseh yang dari tadi hanya memerhatikan sahaja gelagat Laila, sambil tersenyum Qaseh memaklumkan permohonan dirinya bertukar tempat kerja sudah diluluskan.
    Laila yang dari tadi agak kaget dengan tingkahlaku Qaseh, terus memeluk Qaseh, dia sebenarnya tidak sanggup berpisah dengan rakan baiknya itu. Walau bergaduh macamanapun kedua sahabat ini mereka akan tetap bertaut kembali. Dengan tidak semena-mena mengalir air mata Qaseh dan Laila diketika itu,umpama bintang hindustan Kajul (Anjali) dan Rani Mukherjee (Tina) dalam cerita kuch kuch ho ta hei sedang menangis
    UpengIpeng
    UpengIpeng


    Posts : 5
    Join date : 2009-09-01

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  UpengIpeng Sun Sep 06, 2009 7:09 am

    Pokokkkk....sampai hati lu kaitkan wa ngan mak jah.....rupenyer wa jadi pelakun tambahan..huhuhu...Lu amiklah wa berlakun perampas Qaseh dari Qushairi ke..baru la novel lu bertambah menarik dan romantik...kekekekeke... Twisted Evil
    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  ultraman Tue Sep 08, 2009 12:36 am

    UpengIpeng wrote:Pokokkkk....sampai hati lu kaitkan wa ngan mak jah.....rupenyer wa jadi pelakun tambahan..huhuhu...Lu amiklah wa berlakun perampas Qaseh dari Qushairi ke..baru la novel lu bertambah menarik dan romantik...kekekekeke... Twisted Evil


    pelakon tambahan kat luar dapat duit banyak sekali sreen test...
    abu
    abu


    Posts : 7
    Join date : 2009-09-01

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  abu Wed Sep 09, 2009 4:15 am

    aik, suda abes ka ini cerita
    nangkasedap
    nangkasedap


    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  nangkasedap Wed Sep 09, 2009 10:16 am

    nampaknay kena tungu raya dulu la kut Very Happy
    abu
    abu


    Posts : 7
    Join date : 2009-09-01

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  abu Wed Sep 09, 2009 9:01 pm

    ni mesti sebab upeng tak hantor gas Cool
    UpengIpeng
    UpengIpeng


    Posts : 5
    Join date : 2009-09-01

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  UpengIpeng Sat Sep 12, 2009 12:47 am

    Weeiii...abu...skarang dah tak guna gas...dah maju..orang masak guna dapur induction..wa dah tutup kedai gas...sambungan novel..wa nak add ckit..."Pakcik upeng kini merantau ke kota untuk mencari sebuah kehidupan yg tak pasti kepenghujungnye..mencari cinta yg belum pasti...walaupun ketampanannya menjadi kegilaan ramai gadis2 namun beliau masih mencari cinta yg sejati...kekekeke..lalikkkkkkkk....
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  pokok Wed Sep 16, 2009 5:09 am

    UpengIpeng wrote:Weeiii...abu...skarang dah tak guna gas...dah maju..orang masak guna dapur induction..wa dah tutup kedai gas...sambungan novel..wa nak add ckit..."Pakcik upeng kini merantau ke kota untuk mencari sebuah kehidupan yg tak pasti kepenghujungnye..mencari cinta yg belum pasti...walaupun ketampanannya menjadi kegilaan ramai gadis2 namun beliau masih mencari cinta yg sejati...kekekeke..lalikkkkkkkk....


    cite ni stop kejap watak utama nak balik beraya kat kampung he he he...apa yang pokok tau upeng dihari raya tu telah bertandang ke rumah mak jah di kampung, dan sempat berkenalan dengan anak mak jah...Namun cinta upeng dikatakan terhalang. nak tau kenapa tungu...
    abu
    abu


    Posts : 7
    Join date : 2009-09-01

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  abu Wed Sep 16, 2009 9:07 pm

    pokok wrote:
    UpengIpeng wrote:Weeiii...abu...skarang dah tak guna gas...dah maju..orang masak guna dapur induction..wa dah tutup kedai gas...sambungan novel..wa nak add ckit..."Pakcik upeng kini merantau ke kota untuk mencari sebuah kehidupan yg tak pasti kepenghujungnye..mencari cinta yg belum pasti...walaupun ketampanannya menjadi kegilaan ramai gadis2 namun beliau masih mencari cinta yg sejati...kekekeke..lalikkkkkkkk....


    cite ni stop kejap watak utama nak balik beraya kat kampung he he he...apa yang pokok tau upeng dihari raya tu telah bertandang ke rumah mak jah di kampung, dan sempat berkenalan dengan anak mak jah...Namun cinta upeng dikatakan terhalang. nak tau kenapa tungu...


    kembang terhalang?? kehkehkeh
    UpengIpeng
    UpengIpeng


    Posts : 5
    Join date : 2009-09-01

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  UpengIpeng Sun Sep 20, 2009 2:48 am

    oit..kembang terhalang???..bukannyer kembang setaman ka??...kekeeke..disebabkan cinta terhalang, Qaseh terus mengembangkan ........tungguuuuuuuuuuuuuuu.......
    UpengIpeng
    UpengIpeng


    Posts : 5
    Join date : 2009-09-01

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  UpengIpeng Thu Sep 24, 2009 5:40 am

    "Semenjak kematian Mak Jah, Upeng sentiasa kebingungan memikirkan wasiat yang di tinggalkan oleh aruah Mak Jah.Apatah tidaknya....wasiat aruah Mak jah sungguh besar, rasa tak mampu Upeng nak menunaikannya...Tapi demi wasiat..terpaksalah Upeng menunaikan juga, apatah lagi tanpa apa-apa halangan dari pihak Qaseh....
    Maka masa yg dinanti-nantikan pun tiba....kelihatan rombongan bagi pihak Upeng, menghampiri pondok usang Qaseh .Kelihatan juga seorang jejaka siap berpakaian sejak seperti seorang pahlawan melayu mengetuai rombongan tersebut....kelihatan orang2 kampung mula berbisik-bisik antara satu sama lain sambil tersenyum.."Kacaknyer bakal suami Qaseh"..itulah bisikan-bisikan yg terdengar dari mulut gadis2 kampung yg hadir ke majlis persandingan Qaseh....Rupa2nyer wasiat Mak Jah agar Upeng disandingkan dengan Qaseh...telah pun tertunai...Kini Qaseh hidup bahagia bersama Upeng .........Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh Mak Jah...Aminnnnnn
    ........ TAMAT..........

    Huahuahuahua...wa dah tamatkan cerita Nur Qaseh-Tercipta Untukku.....kekeke...pokokkkk..wa nak royalty......

    ......Lalikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....................
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  pokok Thu Sep 24, 2009 12:26 pm

    UpengIpeng wrote:"Semenjak kematian Mak Jah, Upeng sentiasa kebingungan memikirkan wasiat yang di tinggalkan oleh aruah Mak Jah.Apatah tidaknya....wasiat aruah Mak jah sungguh besar, rasa tak mampu Upeng nak menunaikannya...Tapi demi wasiat..terpaksalah Upeng menunaikan juga, apatah lagi tanpa apa-apa halangan dari pihak Qaseh....
    Maka masa yg dinanti-nantikan pun tiba....kelihatan rombongan bagi pihak Upeng, menghampiri pondok usang Qaseh .Kelihatan juga seorang jejaka siap berpakaian sejak seperti seorang pahlawan melayu mengetuai rombongan tersebut....kelihatan orang2 kampung mula berbisik-bisik antara satu sama lain sambil tersenyum.."Kacaknyer bakal suami Qaseh"..itulah bisikan-bisikan yg terdengar dari mulut gadis2 kampung yg hadir ke majlis persandingan Qaseh....Rupa2nyer wasiat Mak Jah agar Upeng disandingkan dengan Qaseh...telah pun tertunai...Kini Qaseh hidup bahagia bersama Upeng .........Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh Mak Jah...Aminnnnnn
    ........ TAMAT..........

    Huahuahuahua...wa dah tamatkan cerita Nur Qaseh-Tercipta Untukku.....kekeke...pokokkkk..wa nak royalty......

    ......Lalikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....................

    Upeng oii ko ni suka2 je ubah suai skrip cite ni, Qaseh mana duduk umah usang, dia duduk umah banglow laa, mak jah kan tukang gaji dia, he he he...lawak lu ni upeng... ko kena ingat pakwe Qaseh si Qushairi tu orang pandai silat, kan ko kena terajang dengan dia baru tau he he Evil or Very Mad Evil or Very Mad Twisted Evil
    UpengIpeng
    UpengIpeng


    Posts : 5
    Join date : 2009-09-01

    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  UpengIpeng Wed Oct 07, 2009 1:10 pm

    Smile heheeh...novel ni tergantung tak bertali ker...hehehe..adakah pokok kekurangan dana untuk menyambung novelnyer??? Persoalan yg perlu diungkaikan....Siapa yg perlu jawab???...tak lain tak bukan..adalah pokok sendiri.....Dia kecewa apabila upeng telah menjadi suami Qaseh yg sah...Adakah pokok meembawa hati yg luka jauh dari sini???..sehingga novel ini ditinggalkan bagai rumah tanpa berpenghuni...hehehe..Tungguuuu...kisah seterusnyer di ruangan..."Terjahh".....wakakakakakaka... Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

    Sponsored content


    E- cerita,   NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU Empty Re: E- cerita, NUR QASEH -TERCIPTA UNTUKKU

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 12:30 am