Malaysiakini melaporkan "khabar angin" bahawa dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak iaitu Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu kini berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri. Matlamatnya ialah untuk keluar PKR. Saya sebutkan "khabar angin" kerana Malaysiakini menggunakan istilah "desas-desus." "Desas-desus" tu "khabar angin"lah!
Sebelum ini, Menteri Besar Perak telah menafikan kedua-dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ini akan keluar parti. Klik di sini untuk membaca kenyataan beliau.
Sekiranya kedua-dua mereka betul-betul keluar PKR, maka skor "permainan politik" di Perak ialah 2-1. PKR akan terlepas dua orang ADUN selepas ia menerima kemasukan ADUN Bota, Dato' Nasharudin Hashim pada minggu lalu.
Mari kita analisis strategi yang digunakan dalam isu ini. Saya melihat ada sekurang-kurangnya dua kemungkinan di sini:
1. Strategi "preempt" tindakan lawan
Malaysiakini melaporkan PKR Perak mendakwa Dato' Seri Najib Tun Razak sedang berunding dengan kedua-dua ADUN itu agar menyertai BN, termasuk untuk menggugurkan kes rasuah terhadap mereka yang ditahan Ogos tahun lalu. Begitulah "harga" yang digambarkan walaupun sebelum ini PKR mendakwa tidak ada kes terhadap kedua-duanya.
Ini ialah strategi "preempt" yang cukup berkesan dalam permainan politik. Apa yang dilakukan ialah cuba untuk berada setapak di hadapan lawan. Dalam bahasa yang mudah, mereka memberitahu lawan "kami tahu apa yang kamu akan lakukan."
Strategi ini menjadikan lawan serba-salah. Cukup efektif.
Dalam kes ini, sekiranya Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu keluar parti, maka PKR akan menuduh BN telah membeli kedua-dua ADUN tersebut. Mereka akan menyerang kedua-dua ADUN tersebut sebagai tidak bermoral. Pada masa yang sama, mereka akan mempertahankan kemasukan Nasharudin ke dalam PKR adalah berasaskan prinsip.
Biasalah, apabila ADUN UMNO melompat ke PKR, itu prinsip; tetapi apabila ADUN PKR melompat ke UMNO, itu dibeli!
Bagaimanapun, sekiranya mereka kekal dalam PKR, maka parti itu akan berkata BN gagal mengumpan ADUN PKR yang mempunyai idealisme yang tinggi dan komited kepada perjuangan parti.
Sebab itulah "preempt" ini adalah merupakan strategi politik yang berkesan. PKR cekap dengan strategi ini dan saya "tabik spring" kepada mereka.
2. Strategi "deception" -- mengelirukan lawan
Ada kemungkinan PKR menjadikan kedua-dua ADUN itu sebagai "decoy". Mereka berdrama seolah-olah ingin masuk UMNO, atau sekurang-kurangnya ingin keluar PKR. Semua orang menanti dengan penuh suspens. Apabila sampai klimaks, mereka mengisytiharkan kesetiaan kepada PKR.
Penyokong PKR akan menarik nafas lega, manakala penyokong UMNO dan BN akan kecewa kerana keinginan melihat ADUN PKR menyeberang tidak kesampaian.
Strategi "decoy" ini digunakan oleh PKR ketika "mengejar" Ahli Parlimen Barisan Nasional yang pergi ke Taiwan menjelang 16 September tahun lalu. Ingat lagi? Seluruh negara melihat lakonan tersebut dengan penuh suspens walaupun "pertukaran kerajaan" yang diwar-warkan pada tarikh tersebut akhirnya tidak berlaku.
* * * * *
Hingga kini, saya belum melihat UMNO melakukan sebarang "preempt" dalam isu ADUN PKR tersebut.
Sepatutnya UMNO menonjolkan kenyataan pemimpin-pemimpin PKR bahawa kedua-dua ADUN tersebut tidak akan menyeberang jambatan. Tentu mereka (sekurang-kurangnya pada masa ini) akan berkata kedua-dua ADUN PKR itu setia kepada perjuangan parti dan merupakan pemimpin yang berprinsip.
Ini penting kerana dua perkara.
Pertama, ia tidak memberikan apa-apa harapan kepada ahli UMNO. It is about managing people expectation. Ahli UMNO usah diajar untuk berharap ADUN PKR masuk UMNO. Nanti mereka kecewa apabila perkara itu tidak berlaku.
Kedua, sekiranya "khabar angin" itu menjadi realiti, maka PKR tidak boleh menuduh ADUN tersebut dibeli kerana pemimpin PKR sendiri sebelum ini berkata mereka berprinsip.
baca seterusnya dihttp://nobisha.blogspot.com/2009/02/dah-beli-popcorn-drama-adun-pkr-semakin.html