AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


+2
teruna desa
detective conan
6 posters

    Adun Bota masuk PKR kenapa?

    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Adun Bota masuk PKR kenapa? Empty Adun Bota masuk PKR kenapa?

    Post  detective conan Sun Jan 25, 2009 10:54 pm

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Nasarudin Hashim keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

    Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi Bernama berkata Nasaruddin membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

    Dengan ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

    Mohammad Nizar menyifatkan Nasaruddin, 58, yang juga bekas Pengerusi Felcra sebagai seorang yang beriman, berilmu dan berpengalaman.

    Sementara itu, dalam kenyataan akhbar Nasaruddin yang diperoleh dari laman web Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau (Nasaruddin) berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Bota.

    Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR Kapt (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin memperoleh 6,556 undi.

    Desas-desus mengenai kemungkinan Nasaruddin meninggalkan Umno bertiup kencang selepas beliau tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit pada pemilihan dua bulan lepas. Nasaruddin adalah bekas timbalan ketua bahagian berkenaan.
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Adun Bota masuk PKR kenapa? Empty Re: Adun Bota masuk PKR kenapa?

    Post  detective conan Sun Jan 25, 2009 11:01 pm

    Adakah disebabkan beliau tidak disambung pengerusi Felcra, beliau merajuk dan protes lalu masuk PKR, Pada Conan tentu ada sesuatu yang dijanji Anwar...sekiranya beliau ikhlas beliau tidak akan masuk PKR..alasan kepentingan rakyat di Bota-memang tidak masuk akal...
    Adakah disebabkan kempimpinan PKR yang lemah di Perak maka beliau dijemput masuk ke PKR untuk menjadi pemimpin didalam PKR Perak, Conan juga berfikir kenapa Adun Bota ini tidak masuk PAS sahaja, lebih menguatkan orang Melayu di Perak,
    Pelbagai persoalan wujud di fikiran Conan...forumer lain camner yer...
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Adun Bota masuk PKR kenapa? Empty Re: Adun Bota masuk PKR kenapa?

    Post  teruna desa Mon Jan 26, 2009 12:32 am

    salam conan, teruna no komen , orang politik nak jaga perut mereka je ...tak kisah la sape pun...
    hokage
    hokage


    Posts : 34
    Join date : 2008-08-19

    Adun Bota masuk PKR kenapa? Empty Re: Adun Bota masuk PKR kenapa?

    Post  hokage Mon Jan 26, 2009 2:03 am

    1. Anwar janji nak lantik dia untuk jadi Pengerusi mana2 syarikat GLC milik kerajaan negeri kut.

    2. Nak kena minta detective conan siasat ni.
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Adun Bota masuk PKR kenapa? Empty Re: Adun Bota masuk PKR kenapa?

    Post  detective conan Mon Jan 26, 2009 8:53 am

    [img]Adun Bota masuk PKR kenapa? Datonasarudinhashim[/img]


    Conan pun tak pasti puncanya...conan masih meneliti kes dato nie, kemungkinan dia kecewa tidak disambung menjadi pengerusi Felcra ada kemungkinan...
    cik kiah
    cik kiah


    Posts : 32
    Join date : 2009-01-16

    Adun Bota masuk PKR kenapa? Empty Re: Adun Bota masuk PKR kenapa?

    Post  cik kiah Mon Jan 26, 2009 12:51 pm

    Kantung emas dah kena tarik la tu kot.

    Beriman apa kalau masuk UMNO nak kayakan diri. Beriman cara PKR ni la jadinya.

    Anwar tawar duit lebih lagi kot. Lagipun Perak kang di bawah pimpinan mereka. Suka hati dia nak bagi apa2. Kalau orang lain nih dah berapi-api kata salahguna kuasa.tapi mereka tak apa, halal.
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Adun Bota masuk PKR kenapa? Empty Re: Adun Bota masuk PKR kenapa?

    Post  pokok Tue Jan 27, 2009 5:17 am

    anwar nak suh dia jadi MB kut ganti Nizar.... he he he he....dia ni pulak dah ditamatkan bos felcra....apa lagiiii terima jelah he he he he...alasan nak berbakti karut je, cakap orang politik, kalau nak berbakti betul2 nape waktu nak bertanding dulu gunakan nama parti seeloknya guna calon bebas ...penipus...ini jenis katak pisang pokok rasa...
    Hakeem
    Hakeem


    Posts : 9
    Join date : 2009-01-15

    Adun Bota masuk PKR kenapa? Empty Re: Adun Bota masuk PKR kenapa?

    Post  Hakeem Tue Jan 27, 2009 10:01 am

    setelah kekenyangan bersama umno, mungkin beliau mahu mencuba menu baru iaitu babi panggang serta makanan anjing. dasar pembelot yang tidak ada maruah diri.

    Sponsored content


    Adun Bota masuk PKR kenapa? Empty Re: Adun Bota masuk PKR kenapa?

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Sun Nov 17, 2024 8:51 pm