AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


4 posters

    johor pusat teroris kata ICG...

    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    johor pusat teroris kata ICG... Empty johor pusat teroris kata ICG...

    Post  ultraman Sat May 09, 2009 10:57 am

    ICG kata kat johor ada lagi JI, sape punya agenda tu? anwar gak ke, kan dia ada pengaruh dalam tue....


    Last edited by ultraman on Tue May 12, 2009 6:46 am; edited 1 time in total
    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    johor pusat teroris kata ICG... Empty Re: johor pusat teroris kata ICG...

    Post  ultraman Sat May 09, 2009 10:57 am

    JOHOR BAHRU 9 Mei — Sejurus selepas berjaya memasuki Johor daripada Singapura, Mas Selamat Kastari yang didakwa mengetuai kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) di Singapura telah menemui dua kenalan yang amat dipercayainya di Johor Baharu.

    Bernama difahamkan, ketika berada di Johor, ketua pengganas itu telah menemui lelaki yang dikenali sebagai Abdul Matin yang tinggal di Ulu Tiram dan Johar Hassan yang menginap di sebuah kawasan perkampungan di Skudai.

    “Sejurus tiba di Johor selepas berenang daripada Woodlands, Singapura, Mas Selamat telah ke Ulu Tiram mencari Abdul Matin, yang dipercayai merupakan seorang anggota biasa JI,” menurut sumber yang mempunyai pengetahuan tentang penangkapan ketua pengganas itu kepada Bernama hari ini.

    Tidak lama selepas itu, warga Singapura yang melarikan diri daripada penjara kawalan maksimum republik itu tahun lepas telah menemui Johar, seseorang yang bersimpati terhadap perjuangan JI di Skudai, katanya.

    Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa sebelum ini, Abdul Matin dan Johar telah ditahan polis pada 1 April lepas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penangkapan Mas Selamat, yang kini ditahan di bawah ISA bagi tujuan siasatan lanjut polis.

    Sumber itu memberitahu Bernama, sepanjang masa berada di Johor, Mas Selamat dipercayai hanya berhubungan dengan dua lelaki terbabit yang amat dikenali dan dipercayainya.

    Kenyatannya itu menyangkal dakwaan sebuah badan pemikir keganasan antarabangsa, International Crisis Group (ICG) di dalam artikel yang disiarkan laman web akhbar The Straits Times Singapore hari ini dengan memetik kenyataan penganalisis ICJ Sidney Jones sebagai berkata bahawa pengaruh dan rangkaian JI di Malaysia serta Johor masih kuat.

    ICG mendakwa kemampuan Mas Selamat untuk tinggal di Johor hampir setahun tanpa ditangkap pihak Malaysia menunjukkan rangkaian JI yang masih wujud di negeri itu masih komited terhadap kumpulan militan terbabit dan perjuangannya.

    Sumber Bernama itu memberitahu kenyataan ICG itu adalah tidak munasabah dan tidak boleh diterima, malah penganalisis badan pemikir itu tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kedudukan JI di Malaysia.

    “Sepanjang masa Mas Selamat bersembunyi di Johor, beliau hanya berhubungan dengan dua lelaki itu sahaja. Itu membuktikan bahawa dia tidak mendapat sokongan dan simpati,” katanya.

    Sementara itu, beliau turut mendedahkan bahawa Mas Selamat ketika berada di Johor pernah merancang untuk melarikan diri ke selatan Filipina atau Indonesia, tetapi tidak meneruskannya kerana menyangka Johor merupakan kawasan selamat untuk persembunyiannya.

    “Apa yang Mas Selamat tidak sedar adalah kita berjaya mengesannya dan telah membuat pemantauan berterusan terhadap pergerakannya untuk beberapa ketika sebelum bertindak menangkapnya,” kata sumber itu.

    — BERNAMA
    avatar
    rasuah


    Posts : 13
    Join date : 2009-04-17

    johor pusat teroris kata ICG... Empty Re: johor pusat teroris kata ICG...

    Post  rasuah Sat May 09, 2009 1:16 pm

    bukan johor saje pusat penganas kerajaan pun penganas sama lebih2 lebih lagi umno dan BN spesis pengganas
    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    johor pusat teroris kata ICG... Empty Re: johor pusat teroris kata ICG...

    Post  ultraman Tue May 12, 2009 6:47 am

    anwar lagi ganas jantan betina semua bedal he he he
    apahallu
    apahallu


    Posts : 90
    Join date : 2009-02-19

    johor pusat teroris kata ICG... Empty Re: johor pusat teroris kata ICG...

    Post  apahallu Thu May 14, 2009 3:32 am

    rasuah wrote:bukan johor saje pusat penganas kerajaan pun penganas sama lebih2 lebih lagi umno dan BN spesis pengganas


    mmm...bung nuar kesayangan ko tu mungkin bukan seorang pengganas..kerana beliau tidak pernah mengaplikasi demonstrasi jalanan...kerajaan BN yang mulakan...bukan bung nuar..bung nuar baik..lemah lembut...GAYa seorang pahlawan..huar huar huar...bung nuar juga bukanlah seorang yuang putar belit..harini cakap mahkamah elok..esok cakap mahkamah tak elok..tu bukan GAYa bung nuar..huar huar huar
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    johor pusat teroris kata ICG... Empty Re : johor pusat teroris kata ICG..

    Post  kumbang_aidc Thu May 14, 2009 8:40 pm

    Ade mat selamat je Johor jadi pusat terrorist..abes yang Israel bom PAlestin tu lagila.. Bapak segale terrorist.
    <-- mara ni hehe

    Sponsored content


    johor pusat teroris kata ICG... Empty Re: johor pusat teroris kata ICG...

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Tue May 07, 2024 2:58 am