1. Nama saya Hokage. Saya memang 'PEMINAT ANWAR IBRAHIM'. Kenapa saya 'MINAT ANWAR' kerana pada tahun 1998 & 99 beliau buat onar di bumi bertuah ini.Cukup menyusahkan rakyat Malaysia dan keluarga saya. Tidak pernah terlintas negara akan hadapi situasi buruk seperti itu.
2. Tahun 2004 Anwar dilepaskan. Terbukti sudah dia punyai hubungan rapat dengan Amerika. Betul kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan cakap2 orang ramai sebelum ini, Anwar memang ada hubungan rapat dengan Amerika. Anda pernah terfikir tak kenapa Anwar dapat layanan yang cukup bagus daripada Amerika.
3. Saya bagi contoh begini, Tun Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) pernah sakit & dirawat di hospital dalam negara. Tapi tiada seorang pun pemimpin besar dari Amerika datang lawat beliau. Anwar bekas Timbalan Perdana Menteri (dipecat kerana moral rendah & salah guna kuasa) sakit & dirawat di sebuah hospital di Jerman dapat layanan cukup bagus dari Amerika. Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) terbang dari Amerika ke Jerman untuk lawat Anwar.
4. Nampak! istimewanya Anwar di mata Amerika. Anda ingat Wolfowitz ke sana naik kapal terbang / helikopter biasa ke. Dah tentu beliau naik kapal terbang / helikopter rasmi kerajaan Amerika!
BAGAIMANA BOLEH JADI RANGKAIAN AIDC
1. Perkenalan Hokage dan AIDC dah terjalin cukup lama. Kami berkenalan melalui satu forum di internet. Bukan forum cari jodoh tau! Forum politik.
2. Pada satu hari ketika kami berbual di sebuah kedai mamak. Sambil minum air 'antigen-e' dan teh tarik, AIDC cadang supaya
dibuat satu laman blog untuk mereka yang 'MINAT ANWAR IBRAHIM'. Katanya mungkin ramai lagi yang 'MINAT ANWAR IBRAHIM' tapi tiada tempat untuk mereka luah pendapat dan perasaan mereka.
3. AIDC cadangkan supaya saya bina satu laman blog khas untuk 'PEMINAT ANWAR IBRAHIM'. Saya kata saya tidak pandai. Untuk tidak hampakan AIDC saya kata saya cuba. AIDC berkata, jika bukan kita jadi pelopor siapa lagi. Kerana semangat yang ditiupkan oleh AIDC kepada saya. Maka saya bersungguh - sungguh belajar cara bina blog dari buku,rakan serta internet.
4. Akhirnya terciptalah
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com atau ringkasannya AnwarDotCom. Kemudian diringkas hingga menjaid AIDC. Post pertama di blog tersebut ialah video Siapa Anwar-Siri 1. Seni2 cipta skrip sebegini saya tidak pandai.Hanya yang pakar lebih mengetahui. Jadi AIDC lah orangnya. AIDC kata buat video ini buka sebarang orang boleh buat. Setiap skrip ada X faktor katanya. Saya mengiyakan.
5. Memang susah buat video. Itu saya akui. Saya tak pandai dalam bidang pembuatan video. Satu sahaja semangat yang buat saya terus belajar untuk hasil video ialah 'MINAT ANWAR IBRAHIM. Itu sahaja penguat saya. Itulah azimat AIDC kepada saya!
6. Ketika dalam proses pembikinan video Siapa Anwar-Siri 2, saya buat cadangan kepada AIDC supaya dia menulis artikel di blog. Alasan saya, blog akan lumpuh jika hanya siar2 video sahaja. Mereka akan beralih kepada channel AIDC di youtube. AIDC menolak cadangan saya. Katanya orang sekarang minat video dari baca artikel dan beliau malas untuk menulis. Saya terima alasan beliau. Dah orang tidak mahu, saya tidak boleh memaksa.
7. Terus terang saya tidak pandai menulis. Hendak menuntut ilmu gaya penulisan memang susah.Adat orang hendak berguru.Lebih2 lagi dengan guru yang punyai tahap gaya tulisan yang pelbagai.Yang mampu pukau dan tawan hati setiap orang yang membacanya.Bukan mudah seorang guru nak menerima seseorang murid. Lebih2 lagi murid yang tidak punyai latar belakang sastera dan penulisan.Walaupun tidak diterima menjadi murid itu tidak mengapa. Maka jadilah saya peminat setia tulisannya. Saya terus menyiapkan video Siapa Anwar - Siri 2 seperti yang diminta.
8. Ketika saya dalam proses pembuatan video Siapa Anwar - Siri 3, AIDC beritahu saya betul. Saya tidak faham maksudnya. Kemudian beliau menerangkan apa yang saya kata semalam betul. Blog akan lumpuh jika hanya meletakkan siar video sahaja. Konsep artikel AIDC adalah tulisan diselang seli video beserta gambar.
9. Setelah artikel disiar. Muncullah peminat2 blog AIDC. Ada yang 'bertelur' dan ada yang 'berbuah di dada'. Antaranya ialah Nora Solehah, Orca, Me_Z, Zek, Cik Kiah, Siti Salma, OM, 300, Yuhu, Faizal dan ramai lagi. Hari berganti hari tahun silih berganti. Peminat serta rangkaian AIDC makin bertambah ramai. Blog AIDC ibarat sebuah rumah dan rangkaian AIDC ibarat tiang seri yang menyokong strukturnya. Jika tiada rangkaian AIDC, ibarat rumah yang menanti masa untuk rebah menyembah bumi.
10. Rangkaian AIDC punyai kepakaran masing2. Masing2 menawarkan kepakaran mereka untuk 'menghias rumah mereka'. Saya berasa cukup bertuah dapat berkenalan dengan mereka. I'm proud to be one of them.
11. Kepada rakan2 serta peminat diluar sana yang punyai minat serta fikiran yang beraliran sama seperti kami. Kami alu -alukan kedatangan anda. Tidak kira anda mempunyai 'pedang' atau 'tidak punyai pedang' asalkan aliran fikiran kita sama. Kedatangan serta penyertaan anda amat kami tunggu. Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil kami sediakan.
Sekian.