AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


4 posters

    Rahsia Di Dalam Ais

    qasehnuryz
    qasehnuryz


    Posts : 61
    Join date : 2009-01-19

    Rahsia Di Dalam Ais Empty Rahsia Di Dalam Ais

    Post  qasehnuryz Mon Feb 16, 2009 6:06 am

    Subject: Rahsia Di Dalam Ais


    "Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis
    mahupun manusia"

    Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar
    dapat kembali tidur seperti biasa.

    Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan
    tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara
    menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

    Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria
    lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..

    Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub
    Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

    Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia
    keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan
    bumi pada paksinya.

    Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang
    keterlaluan.

    Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan
    benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan
    sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat
    batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara
    total.

    Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan
    kepantasan pergerakan.

    Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak
    disangka-sangkakan.

    Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang
    akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai
    potensi menghidapi penyakit sawan.

    Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah
    patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

    Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang
    patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

    Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan
    sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

    Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau
    yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu
    sistem deria pada kulit.

    Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami
    gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

    Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi
    mengharmonikan.

    Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

    Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga
    pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

    Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang
    paling keras iaitu Intan.

    Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem
    penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan
    menyeluruh..

    Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang
    yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

    Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik
    asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

    Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

    Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan
    melalui niat dalam amalan berwuduk.

    Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

    Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan
    bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

    Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat
    berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam
    aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan
    pasangan yang bersifat sejuk.

    Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah
    menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
    unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia
    akan menguatkan perut.
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Rahsia Di Dalam Ais Empty Re: Rahsia Di Dalam Ais

    Post  pokok Mon Feb 16, 2009 6:17 am

    air lain ko tak cite ke, seprti air embun, hujan batu cam menarik kisah benda tue.....
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Rahsia Di Dalam Ais Empty air dan khasiat kepada manusia

    Post  teruna desa Sat Feb 21, 2009 6:19 am

    Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

    Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

    Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

    Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

    Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.

    Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.

    Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

    “Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu sama ada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”


    Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).

    Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau… Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik… maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.

    Subhanallah… daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

    Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah: “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”. Wassalam


    Saya pernah mengatakan yang perkara yang paling penting dalam hidup adalah perkara yang paling mudah. Kalau anda sakit, senang jer… cubalah terapi air iaitu dengan minum air yang ditapis atau air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas. Jangan lupa pulak baca bismillah. Saya yakin 90% penyakit boleh di sembuhkan dengan terapi air.

    Kebanyakkan dari penyakit juga berpunca dari manusia yang kurang minum air. Maksud saya di sini air, bukannya air kopi, nescafe atau coke. Ramai yang tidak sedar kekurangan air dalam badan boleh memudaratkan kesihatan anda. Minumlah air bersih sekurang-kurang 3-4 gelas sehari pun ok.

    Air juga boleh di programkan untuk menyembuhkan penyakit tertentu. Orang cakap air ni ada “roh” tak tahu betul ker tidak. Kalau ada kenal pengamal reiki atau tenaga dalam, bawa sebotol air mineral, minta tolong salurkan energi reiki. Kalau jumpa ustaz ke, orang yang alim pun boleh minta tolong mereka bacakan ayat-ayat tertentu. Memang banyak khasiatnya…
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Rahsia Di Dalam Ais Empty gambar molekul air zam zam

    Post  teruna desa Sat Feb 21, 2009 6:24 am

    Rahsia Di Dalam Ais Molekulairzamzam
    Rahsia Di Dalam Ais W527
    nangkasedap
    nangkasedap


    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    Rahsia Di Dalam Ais Empty Re: Rahsia Di Dalam Ais

    Post  nangkasedap Sat Feb 21, 2009 9:16 am

    emm, kagumnyer denagn ciptaan allah,

    Sponsored content


    Rahsia Di Dalam Ais Empty Re: Rahsia Di Dalam Ais

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 12:47 am