AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Jakarta mahu akta keselamatan dalam negeri (ISA) bagi kekang penganas

    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Jakarta mahu  akta keselamatan dalam negeri (ISA) bagi kekang penganas Empty Jakarta mahu akta keselamatan dalam negeri (ISA) bagi kekang penganas

    Post  ultraman Tue Sep 01, 2009 10:29 pm

    Jakarta mahu akta keselamatan

    Boleh tahan suspek hingga dua tahun tanpa bicara


    JAKARTA: Pemerintah Indonesia kelmarin mencadangkan undangundang keselamatan yang lebih ketat, termasuk penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun ke atas suspek pengganasan.

    Undang-undang antipengganasan sekarang hanya membenarkan polis menahan suspek sehingga tujuh hari.

    Pindaan itu dibentangkan kepada Parlimen Isnin lalu, menyusuli gesaan bagi tindakan lebih tegas selepas serangan bom nekad ke atas Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton mengorbankan sembilan orang pada 17 Julai lalu.

    Kelmarin, ketua polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri, mendedahkan bahawa suspek dikenali sebagai Mohammed Syahrir yang masih jadi buruan dapat menyusupi Garuda Airlines untuk melakukan 'serangan lebih besar'.

    Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Ehwal Keselamatan, Encik Widodo A.S, berkata undang-undang sekarang tidak mencukupi bagi membantu pemerintah memerangi pengganasan.

    'Kita perlu meminda fasal yang menetapkan peranan badan perisikan dan pasukan polis,' kata beliau ditukil akhbar The Jakarta Post sebagai memberitahu suruhanjaya Dewan Perwakilan Rakyat bertanggungjawab bagi pertahanan.

    Encik Ansyad Mbai, pengarah jabatan antipengganasan di kementerian berkenaan, berkata kuasa pihak polis untuk menahan suspek pengganasan tanpa dakwaan selama tujuh hari tidak mencukupi. Tempoh dua tahun lebih wajar.

    Beliau ditukil The Jakarta Globe sebagai berkata Indonesia terlalu 'berlembut' terhadap pengganas, dan mahu dilakar undang-undang mirip Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang ada di Malaysia dan Singapura.

    Menurutnya, ketiadaan undangundang tegas serupa itu mendorong pengganas seperti Noordin Mohammed Top beroperasi di Indonesia.

    Namun, cadangan pindaan itu dipersoalkan Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), yang mahu pemerintah memberi penjelasan lebih lanjut.

    'Jika alasannya munasabah, kita boleh bercakap mengenai pindaan,' kata Encik Andreas Pareira, seorang wakil PDI-P.

    Ia turut dikritik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Komnas Ham) kerana penahanan dua tahun tanpa bicara mencabul hak asasi

      Current date/time is Sun Nov 17, 2024 9:20 pm