AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


4 posters

    Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik

    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik Empty Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik

    Post  ultraman Sun Feb 01, 2009 12:57 am

    Malaysiakini melaporkan "khabar angin" bahawa dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak iaitu Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu kini berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri. Matlamatnya ialah untuk keluar PKR. Saya sebutkan "khabar angin" kerana Malaysiakini menggunakan istilah "desas-desus." "Desas-desus" tu "khabar angin"lah!

    Sebelum ini, Menteri Besar Perak telah menafikan kedua-dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ini akan keluar parti. Klik di sini untuk membaca kenyataan beliau.

    Sekiranya kedua-dua mereka betul-betul keluar PKR, maka skor "permainan politik" di Perak ialah 2-1. PKR akan terlepas dua orang ADUN selepas ia menerima kemasukan ADUN Bota, Dato' Nasharudin Hashim pada minggu lalu.

    Mari kita analisis strategi yang digunakan dalam isu ini. Saya melihat ada sekurang-kurangnya dua kemungkinan di sini:

    1. Strategi "preempt" tindakan lawan

    Malaysiakini melaporkan PKR Perak mendakwa Dato' Seri Najib Tun Razak sedang berunding dengan kedua-dua ADUN itu agar menyertai BN, termasuk untuk menggugurkan kes rasuah terhadap mereka yang ditahan Ogos tahun lalu. Begitulah "harga" yang digambarkan walaupun sebelum ini PKR mendakwa tidak ada kes terhadap kedua-duanya.

    Ini ialah strategi "preempt" yang cukup berkesan dalam permainan politik. Apa yang dilakukan ialah cuba untuk berada setapak di hadapan lawan. Dalam bahasa yang mudah, mereka memberitahu lawan "kami tahu apa yang kamu akan lakukan."

    Strategi ini menjadikan lawan serba-salah. Cukup efektif.

    Dalam kes ini, sekiranya Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu keluar parti, maka PKR akan menuduh BN telah membeli kedua-dua ADUN tersebut. Mereka akan menyerang kedua-dua ADUN tersebut sebagai tidak bermoral. Pada masa yang sama, mereka akan mempertahankan kemasukan Nasharudin ke dalam PKR adalah berasaskan prinsip.

    Biasalah, apabila ADUN UMNO melompat ke PKR, itu prinsip; tetapi apabila ADUN PKR melompat ke UMNO, itu dibeli!

    Bagaimanapun, sekiranya mereka kekal dalam PKR, maka parti itu akan berkata BN gagal mengumpan ADUN PKR yang mempunyai idealisme yang tinggi dan komited kepada perjuangan parti.

    Sebab itulah "preempt" ini adalah merupakan strategi politik yang berkesan. PKR cekap dengan strategi ini dan saya "tabik spring" kepada mereka.

    2. Strategi "deception" -- mengelirukan lawan

    Ada kemungkinan PKR menjadikan kedua-dua ADUN itu sebagai "decoy". Mereka berdrama seolah-olah ingin masuk UMNO, atau sekurang-kurangnya ingin keluar PKR. Semua orang menanti dengan penuh suspens. Apabila sampai klimaks, mereka mengisytiharkan kesetiaan kepada PKR.

    Penyokong PKR akan menarik nafas lega, manakala penyokong UMNO dan BN akan kecewa kerana keinginan melihat ADUN PKR menyeberang tidak kesampaian.

    Strategi "decoy" ini digunakan oleh PKR ketika "mengejar" Ahli Parlimen Barisan Nasional yang pergi ke Taiwan menjelang 16 September tahun lalu. Ingat lagi? Seluruh negara melihat lakonan tersebut dengan penuh suspens walaupun "pertukaran kerajaan" yang diwar-warkan pada tarikh tersebut akhirnya tidak berlaku.

    * * * * *

    Hingga kini, saya belum melihat UMNO melakukan sebarang "preempt" dalam isu ADUN PKR tersebut.

    Sepatutnya UMNO menonjolkan kenyataan pemimpin-pemimpin PKR bahawa kedua-dua ADUN tersebut tidak akan menyeberang jambatan. Tentu mereka (sekurang-kurangnya pada masa ini) akan berkata kedua-dua ADUN PKR itu setia kepada perjuangan parti dan merupakan pemimpin yang berprinsip.

    Ini penting kerana dua perkara.

    Pertama, ia tidak memberikan apa-apa harapan kepada ahli UMNO. It is about managing people expectation. Ahli UMNO usah diajar untuk berharap ADUN PKR masuk UMNO. Nanti mereka kecewa apabila perkara itu tidak berlaku.

    Kedua, sekiranya "khabar angin" itu menjadi realiti, maka PKR tidak boleh menuduh ADUN tersebut dibeli kerana pemimpin PKR sendiri sebelum ini berkata mereka berprinsip.

    baca seterusnya dihttp://nobisha.blogspot.com/2009/02/dah-beli-popcorn-drama-adun-pkr-semakin.html
    KARLOZPACO
    KARLOZPACO


    Posts : 22
    Join date : 2009-01-13
    Location : BANTING

    Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik Empty POLITIK LA KATAKAN

    Post  KARLOZPACO Sun Feb 01, 2009 12:58 pm

    ultraman wrote:Malaysiakini melaporkan "khabar angin" bahawa dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak iaitu Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu kini berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri. Matlamatnya ialah untuk keluar PKR. Saya sebutkan "khabar angin" kerana Malaysiakini menggunakan istilah "desas-desus." "Desas-desus" tu "khabar angin"lah!

    Sebelum ini, Menteri Besar Perak telah menafikan kedua-dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ini akan keluar parti. Klik di sini untuk membaca kenyataan beliau.

    Sekiranya kedua-dua mereka betul-betul keluar PKR, maka skor "permainan politik" di Perak ialah 2-1. PKR akan terlepas dua orang ADUN selepas ia menerima kemasukan ADUN Bota, Dato' Nasharudin Hashim pada minggu lalu.

    Mari kita analisis strategi yang digunakan dalam isu ini. Saya melihat ada sekurang-kurangnya dua kemungkinan di sini:

    1. Strategi "preempt" tindakan lawan

    Malaysiakini melaporkan PKR Perak mendakwa Dato' Seri Najib Tun Razak sedang berunding dengan kedua-dua ADUN itu agar menyertai BN, termasuk untuk menggugurkan kes rasuah terhadap mereka yang ditahan Ogos tahun lalu. Begitulah "harga" yang digambarkan walaupun sebelum ini PKR mendakwa tidak ada kes terhadap kedua-duanya.

    Ini ialah strategi "preempt" yang cukup berkesan dalam permainan politik. Apa yang dilakukan ialah cuba untuk berada setapak di hadapan lawan. Dalam bahasa yang mudah, mereka memberitahu lawan "kami tahu apa yang kamu akan lakukan."

    Strategi ini menjadikan lawan serba-salah. Cukup efektif.

    Dalam kes ini, sekiranya Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu keluar parti, maka PKR akan menuduh BN telah membeli kedua-dua ADUN tersebut. Mereka akan menyerang kedua-dua ADUN tersebut sebagai tidak bermoral. Pada masa yang sama, mereka akan mempertahankan kemasukan Nasharudin ke dalam PKR adalah berasaskan prinsip.

    Biasalah, apabila ADUN UMNO melompat ke PKR, itu prinsip; tetapi apabila ADUN PKR melompat ke UMNO, itu dibeli!

    Bagaimanapun, sekiranya mereka kekal dalam PKR, maka parti itu akan berkata BN gagal mengumpan ADUN PKR yang mempunyai idealisme yang tinggi dan komited kepada perjuangan parti.

    Sebab itulah "preempt" ini adalah merupakan strategi politik yang berkesan. PKR cekap dengan strategi ini dan saya "tabik spring" kepada mereka.

    2. Strategi "deception" -- mengelirukan lawan

    Ada kemungkinan PKR menjadikan kedua-dua ADUN itu sebagai "decoy". Mereka berdrama seolah-olah ingin masuk UMNO, atau sekurang-kurangnya ingin keluar PKR. Semua orang menanti dengan penuh suspens. Apabila sampai klimaks, mereka mengisytiharkan kesetiaan kepada PKR.

    Penyokong PKR akan menarik nafas lega, manakala penyokong UMNO dan BN akan kecewa kerana keinginan melihat ADUN PKR menyeberang tidak kesampaian.

    Strategi "decoy" ini digunakan oleh PKR ketika "mengejar" Ahli Parlimen Barisan Nasional yang pergi ke Taiwan menjelang 16 September tahun lalu. Ingat lagi? Seluruh negara melihat lakonan tersebut dengan penuh suspens walaupun "pertukaran kerajaan" yang diwar-warkan pada tarikh tersebut akhirnya tidak berlaku.

    * * * * *

    Hingga kini, saya belum melihat UMNO melakukan sebarang "preempt" dalam isu ADUN PKR tersebut.

    Sepatutnya UMNO menonjolkan kenyataan pemimpin-pemimpin PKR bahawa kedua-dua ADUN tersebut tidak akan menyeberang jambatan. Tentu mereka (sekurang-kurangnya pada masa ini) akan berkata kedua-dua ADUN PKR itu setia kepada perjuangan parti dan merupakan pemimpin yang berprinsip.

    Ini penting kerana dua perkara.

    Pertama, ia tidak memberikan apa-apa harapan kepada ahli UMNO. It is about managing people expectation. Ahli UMNO usah diajar untuk berharap ADUN PKR masuk UMNO. Nanti mereka kecewa apabila perkara itu tidak berlaku.

    Kedua, sekiranya "khabar angin" itu menjadi realiti, maka PKR tidak boleh menuduh ADUN tersebut dibeli kerana pemimpin PKR sendiri sebelum ini berkata mereka berprinsip.

    baca seterusnya dihttp://nobisha.blogspot.com/2009/02/dah-beli-popcorn-drama-adun-pkr-semakin.html

    BRO ULTRAMAN,APA SAJA YG BN DAN PKR LAKUKAN TU IALAH POLITIK NAMANYA.MASING2 AKAN KATA PARTI MRK BETUL WALAUPUN NUN JAUH DISUDUT HATI MRK TAHU YG MRK ITU MENIPU.POLITIK BERASAL DARI PERKATAAN GREEK KUNO BERMAKSUD MENIPU.TUN MAHATHIR DULU SERING MENGINGATKAN MENTERI2 DAN WAKIL2 RAKYAT SUPAYA KURANGKAN POLITIKING DAN BUAT KERJA.MAKSUD TUN ITU IALAH KURANGKAN MENIPU RAKYAT TAPI BUATLAH KERJA BETUL2!SEBAB ITU WA X BOLEH MENERIMA PARTI PAS SEBAB POLITIK ITU KOTOR TETAPI ISLAM ADALAH BERSIH,SUCI DAN MURNI.MANA BOLEH DICAMPUR ADUK!!
    OK BACK KPD TOPIK U,BRO SILA INGAT BAIK2 YG KITA BERDEPAN SKRG IALAH ANWAR IBRAHIM.ITU BKN CALANG2 ORG.DIA MMG CUKUP BIJAK DLM BERMAIN POLITIK.TAKAT HARI INI WA X NAMPAK SESIAPA YG DLM BN SETANDING DGN NYA.LU BAYANGKAN BARU BERAPA HARI DIA KELUAR SG.BULOH TAPI 4 NEGERI DIA TAWAN(X TERMASUK KELANTAN)!YG WA NAMPAK MAMPU UTK MENGAWAL ANWAR IALAH TUN M.SEPATUTNYA BN JATUH MASA ANWAR KENA TANGKAP DULU,DITAMBAH PULA DGN SUPPORT DARI LUAR NEGARA.MEMBURUKKAN LG KEADAAN EKONOMI KITA LAK MERUDUM TIKA ITU.TAPI ALHAMDULILLAH ALLAH TELAH MENGURNIAKAN KITA DGN SAORG PEMIMPIN YG CLASS 1,SO EVERYTHING WENT ON SMOOTHLY WITH A FEW HITCHES.
    AKHIR KATA,DON'T BE FOOLED BY POLITICIANS,BUT BE SMART LIKE OUR PROPHET.ASSALAMUALAIKUM.
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik Empty Re: Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik

    Post  detective conan Sun Feb 01, 2009 1:24 pm

    Conan cukup pening la karloz, apa jadi politik Perak ni. lompat sana , eh bukan, eh letak jawatan, pada conan Anwar harus dipersalahkan dalam hal ini, kerana semua yang berlaku adalah disebabkan perancangan dia ingin membeli wakil rakyat BN, sekarang BN sudah agresif, org dalam PKR pun ada yang berbulu dengan ANwar, akhirnya jadi cam ini...alangkah baik jika mana2 pihak hormatiresult pilihanraya aritu, kalau tak puas hati tunggu prk 12,

    Tapi anwar tak sabar nak jadi PM, ...
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik Empty Re: Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik

    Post  bunga Sun Feb 01, 2009 9:26 pm

    Sebab itu bukan senang nak menjadi pemimpin..jika rasa2 diri tidak punyai quality untuk memimpin,jatidiri dan semangat untuk memajukan rakyat dikawasan2 terpilih maka tak usahlah menawarkan diri walaupun jika ditawarkan, sendiri mau igtlah...kalau tak jadi mcm nilah, membazirkan masa serta wang ringgit aje untuk mengadakan another pilihan raya kecil...
    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik Empty Re: Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik

    Post  ultraman Tue Feb 03, 2009 9:39 am

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang dan Changkat Jering hari Selasa secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

    Menurut Jamaluddin, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu.

    “Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri.

    “Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SPR yang menyatakan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering pada mesyuarat suruhanjaya itu hari Selasa.

    Dengan keputusan Jamaluddin itu, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS Perak kini mempunyai 31 ADUN termasuk ADUN Changkat Jering, Osman Jailu yang sehingga belum membuat sebarang keputusan.

    Namun Osman dijangka akan mengikut jejak langkah Jamaluddin. Jika ini berlaku ADUN kerajaan campuran akan tinggal seramai 30 orang BN, 27 orang dan Bebas dua orang.

    Ini akan menjadikan kerajaan campuran Perak mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja dalam DUN negeri itu.

    Menjelaskan pendiriannya itu Jamaluddin berkata, untuk apa beliau terus berada dalam PKR sedangkan parti itu tidak mempertahankan beliau dalam kemelut politik yang berlaku di Perak.

    Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh SPR tersebut dan secara sinis berpesan kepada kalangan pimpinan PKR yang telah memasang angan-angan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di DUN Behrang agar “simpanlah sahaja angan-angan itu”.

    Beliau juga bertekad untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan dan memenuhi harapan para pengundi di kawasan tersebut.

    Osman pula berkata, beliau yakin dengan keputusannya itu beliau akan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Changkat Jering dengan lebih berkesan lagi.

    Malah beliau menegaskan akan berkerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan nasib rakyat di kawasan yang diwakilinya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi

    Sponsored content


    Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik Empty Re: Dah beli Pop Corn-drama adun PKR semakin menarik

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 10:57 am