AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    dua adun PKR mahu mencabar kenyataan speker DUN perak

    Share

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    dua adun PKR mahu mencabar kenyataan speker DUN perak

    Post  detective conan on Sun Feb 01, 2009 1:30 pm

    PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing hari ini, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.


    Pendirian kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: dua adun PKR mahu mencabar kenyataan speker DUN perak

    Post  detective conan on Sun Feb 01, 2009 1:38 pm

    KUALA LUMPUR 1 Feb. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.

    ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.

    Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: dua adun PKR mahu mencabar kenyataan speker DUN perak

    Post  detective conan on Sun Feb 01, 2009 1:41 pm

    Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

    Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).
    Bagaimanapun Jamaluddin ketika dihubungi sebentar tadi menafikan ada menghantar surat meletak jawatan hari ini.
    Sehubungan itu beliau mahu mencabar kesahihan makluman bahawa telah melepaskan kerusi DUN.

    Kata beliau, surat yang kandungannya dimaklumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri petang ini merupakan surat yang ditandatangani Mac lalu.

    difahamkan ada wakil rakyat yang menandatangani surat letak jawatan sebagai ADUN, yang tidak bertarikh.

    Perkembangan terbaru itu diketahui kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan ada kemungkinan mereka akan sertai BN manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula mencabar kedua-dua ADUN berkenaa keluar dan mengisytiharkan jika benar telah memasuki BN. Perkembangan petang ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil - pilihan raya kecil peringkat negeri yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.


    Dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen telah diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu dan Kuala Terengganu, Terengganu bulan lalu.


    Dengan keputusan meletakkan jawatan itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.


    Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.


    Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.


    Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.


    Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.

    DISAH SPEAKER


    Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi.


    Kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.


    "Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.


    "Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


    Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok untuk memaklumkan perkembangan tersebut.

    Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota di Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR pada Ahad lalu manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

    REAKSI MB PERAK

    Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.


    "Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.

    Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: "Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami."

    SPR TUNGGU NOTIS

    Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil jika menerima pengesahan rasmi mengenai kekosongan yang wujud.

    "(Berdasarkan maklumat media)... maknanya sudah ada kekosongan... SPR apabila menerima surat tentang kekosongan akan mengambil langkah-langkah perlu," katanya.

    --------------------------------------------------------------------------------

    [URUTAN SEMASA SEMINGGU]:


    1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.


    1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.


    1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.


    1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.


    1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.


    31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.

    30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.
    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

    25 JANUARI: Di KUALA LIMPIR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: dua adun PKR mahu mencabar kenyataan speker DUN perak

    Post  bunga on Sun Feb 01, 2009 9:19 pm

    Memetik kata2 MB Perak:"Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: "Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami."

    -------------------------------------------------------------------------------
    Kalau dr BN melompat kePKR, itu tandanya realistic, prinsip dan kesedaran bahawa BN dah tak releven bla bla bla bla..... Basketball Basketball Basketball anyway, itulah jadinya kalau mng dgn simple majority dan menjadi puppet serta Mr Yes man!!

    pochong

    Posts : 25
    Join date : 2009-01-21

    Re: dua adun PKR mahu mencabar kenyataan speker DUN perak

    Post  pochong on Sun Feb 01, 2009 9:36 pm

    Berita terkini dari Perak, kedua-dua EXCO PKR yang dilaporkan “hilang” dikatakan telah mengirim surat perletakkan jawatan masing-masing kepada Speaker Dewan V. Sivakumar. Ini bermakna dua pilihan raya kecil terpaksa dipanggil iaitu untuk DUN N.59 Behrang (majoriti 1,027) dan N.14 Changkat Jering (majoriti 1.102).

    Apakah muslihat BN sehingga memaksa kedua mereka mengosongkan kerusi?

    Sementara itu The Star online melaporkan Timbalan Speaker DUN Perak Hee Yit Fong dari DAP yang mewakili kerusi DUN Jelapang akan menyertai MCA. Jika kedua-dua EXCO berkenaan dikatakan mengambil tindakan drastic itu lantaran kes rasuah mereka, tidak pula diketahui apakah alasan Hee, OKU pertama yang dilantik sebagai Timbalan Speaker.

    Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengusai 32 dari 59 kerusi DUN Perak, iaitu DAP 18, PKR 8 dan PAS 6, sementara BN memiliki 27 kerusi iaitu 26 Umno dan 1 MCA.

    Saya masih tidak dapat membaca apakah muslihat BN memaksa kedua-dua bekas ADUN PKR itu mengosongkan kerusi mereka, malah Hee juga dilaporkan akan berbuat demikian. Dalam keadaan ini mungkin opsyen yang tinggal pada MB
    Perak Datuk Seri Nizar adalah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

    Jangan kita biarkan kerajaan negeri pilihan rakyat ini “dicuri” begitu sahaja depan mata kita. Lebih baik kita serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ini lebih baik dari kita menyerah begitu sahaja. Walaubagaimanapun terpulanglah pada pucuk pimpinan PR Perak untuk membuat keputusan.

    ini waa petik dari blog roslan SMShttp://n32.blogspot.com/

    pochong

    Posts : 25
    Join date : 2009-01-21

    Re: dua adun PKR mahu mencabar kenyataan speker DUN perak

    Post  pochong on Sun Feb 01, 2009 9:42 pm

    waa cukup kesian dengan orang PAS, sampai bila mereka ingin ditipu anwar, tergamak mereka menuduh BN yang mengarahkan adun PKR mengosongkan kerusi, walhal yang menjadi dalang adalah dari anwar, roslan seharusnya meminta maaf kepada UMNO. semua ini pada waa adalah dari permainan Anwar untuk menutup kes Liwatnya yaang akan berlaku tidak lama lagi. sedih waa lihat dengan orang pas KENA TIPU HIDUP2 DENGAN ANWAR.

    pochong

    Posts : 25
    Join date : 2009-01-21

    Re: dua adun PKR mahu mencabar kenyataan speker DUN perak

    Post  pochong on Sun Feb 01, 2009 9:54 pm

    tapi waa cukup gembira bila bakaq blog penarek beca kata" Kita tengoklah nanti, adakah PKR akan tetap bangang memilih calon".

    dan Aduka taruna tulis
    "Oi Anwar, meh sini lu. Bodoh punya PKR.

    Wa nak taip ringkas jer nih. Setakat apa yang wa tahu (baca sini sana).

    1. Oi Anwar. Dengar sini luahan hati wa. Kalau ada PRK kat Perak, bagi PAS jer la bertanding. Naik pedap wa dengan PKR nih. Ntah apa matlamat lu orang pun wa tak tahu."

    Harap pemimpin PAS yang duk di atas cam Husam Musa tu tak yah la nak peluk cium anwar tue, dah jelas anwar pun tak leh caya... gara-gara anwar politik mesia tak stabil...

    Sponsored content

    Re: dua adun PKR mahu mencabar kenyataan speker DUN perak

    Post  Sponsored content Today at 3:06 pm


      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 3:06 pm