AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    kemana Anwar menghilang., CIA culik ke?

    Share

    nangkasedap

    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    kemana Anwar menghilang., CIA culik ke?

    Post  nangkasedap on Mon Mar 30, 2009 2:33 am

    Sepanjang hari, saya cuba mencari Anwar, di Bukit Gantangkah beliau?, di Bukit Selambaukah ia?, atau berada di Batang Ai, dari pagi hingga malam tidak kelihatan berita dia dimana-mana. Blog pembangkang pun seolah mendiamkan aje perkara ini, sebaliknya membuat propaganda melampau dengan mengatakan kehadiran penyokong pembangkang di Taiping mencecah 50 ribu orang dan penyokong BN hanya 700 orang sahaja.


    Nampak gayanya samalah dengan Demonstrasi anti PPSMI dan Perasmian Persidangan Dewan Rakyat oleh Yang Dipertuan Agong tempoh hari, batang hidung Anwar sekali lagi tidak kelihatan, rupa-rupanya bila buka di laman blognya, beliau memaklumkan bahawa dirinya teramat sibuk dan terpaksa pergi ke Bahrain, kerana dikatakan terpaksa menghadiri Sidang Tahunan Albaraka Banking Group (Majmuat Al-Barakah Al-Masrafiah) dan mesyuarat lembaga bank tersebut. Wah hebat benar Anwar Ibrahim dengan hanya berkelulusan bidang sastera bukan kepujian pun dapat menghadiri mesyuarat kewangan bank pula dan dibiarkan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP berjuang menentang BN.


    Seingat saya pada pilihanraya kecil Kuala Tererengganu tempoh hari juga beliau tidak hadir, dan membiarkan PAS berjuang keseorangan kerana tidak menghantar orang kuatnya pun kesana.


    Tak taulah atas kapasiti apa Anwar menghadiri persidangan itu, mungkin Soros dan kawan2 nya di IMF yang menghantarnya ke sana maklumlah dia dan IMF bagai isi dan kuku, dan tidak boleh dipisahkan.


    Inilah sifat dan topeng Anwar yang sebenar, dia peduli apa dengan kesusahan orang lain, saat dia memerlukan bantuan orang lain dia akan guna-habis-habisan, saat dia dah tak perlukan dia akan perlekehkan orang tersebut. Anwar hanya tau pergunakan orang sahaja untuk kepentingan dia...inilah kelebihan dan kemahiran dia yang tidak ada pada orang lain.


    Jika tidak percaya tanyalah pada geng reformasi dahulu termasuk geng Ezam dan geng bogel yang sanggup bermati-matian membela dia hingga rumah tangga porak peranda. Tatkala penyokong sedang bertungkus lumus membelanya hingga terkeluar pelbagai kotak, dia dengan sopannya menjalin hubungan dengan agensi yang ditaja Amerika dan akhirnya mampu membina mahligai yang berpuluh juta...


    Yang sedihnya Tok-Tok lebai PAS yang selalu duk cakap anti Israel, anti yahudi, anti Israel, anti Islam liberal boleh cair lak dan berkawan bukan main akrab dengan Anwar, apa agaknya tangkai yang dipakai Anwar sehingga Tok Lebai PAS pun terpedaya olehnya. Yang sedihnya Tok guru PAS yang bersemutar pun asyik membela dia, walhal sudah jelas Anwar ini ada kaitan dengan Amerika. Aduhai ....
    http://tomyampoktek.blogspot.com/2009/03/bila-tiba-pilihanraya-anwar-hilang-lagi.html

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: kemana Anwar menghilang., CIA culik ke?

    Post  detective conan on Mon Mar 30, 2009 2:39 am

    maklumat terbaru yang Conan dengar skang dia dah berada di bangkok mungkin nak jumpa dengan si Dubus kot..tak tau apa yang dia nak suruh su Dubus gay tu tulis lagi, harap2 anwar tak gi la ke umar urut di bangkok tue he he..

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: kemana Anwar menghilang., CIA culik ke?

    Post  detective conan on Mon Mar 30, 2009 3:07 am

    baa sini..

    Anwar sengaja larikan diri ketika penamaan calon?



    Hari ini penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu - P036 - yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru BN, PAS dan Bebas; Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas)


    Hari ini juga menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim ketua Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS yang sepatutnya dilakukan sebagai pemimpin de factor PKR dan Ketua Pembangkang.


    Kenapa Anwar tidak hadir ketika PAS memerlukan sokongan ketua PR di sana ? Kenapa Anwar sengaja memilih tarikh sekitar penamaan calon P036 untuk melakukan lawatan lawatan ke luar negara ?


    Penting sangatkah lawatan ke Dubai dan Turki dibuat ketika ini, apakah tidak boleh ditunda ke tarikh lain.


    Sedangkan ketika Khalid Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok, Anwar sanggup membatalkan semua programnya di luar negara dan berkampung di Ijok bagi memenangkan kawannya ?


    Apakah Abdul Wahid Endut (PAS) bukan kawan Anwar dalam PR ? Apakah benar, Anwar tidak berpuas hati dengan pemilihan calon di Kuala Terengganu kerana Anwar lebih sukakan Syed Azman dari team Erdogan ?


    Di mana semangat kesetiakawanan PR ketika menghadapi saat-saat genting pun, ketuanya tidak hadir ?


    Perkara ini sebenarnya tidak menghairankan kerana Anwar pernah melakukan perkara sama ketika calon PAS bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dahulu.


    Dalam pilihanraya kecil itu, Anwar hanya hadir sekali sahaja dalam ceramah besar di stadium mini Pasir Mas, lepas itu Anwar cepat-cepat kembali ke Kuala Lumpur dengan alasan ingin kembali segera ke Amerika Syarikat kerana mempunyai urusan sangat penting.


    Walhal pada keesokannya Anwar terus ke Sarawak untuk berunding dengan parti-parti pembangkang di sana. Selepas rundingan di Sarawak barulah Anwar berangkat ke Amerika.


    Soalnya penting sangatkah rundingan di Sarawak yang belum lagi mempunyai pilihanraya berbanding dengan Pengkalan Pasir yang sedang kritikal menghadapi pilihanraya ?


    Analisis Kumbang..


    Artikel di atas ditulis oleh saudara molePKR pada hari penamaan calon PRK Kuala Terengganu yang lalu.



    Pada hari ini berlangsungnya majlis penamaan calon bagi ketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil dan 2 daripadanya adalah melibatkan calon PKR iaitu Bukit Selambau dan Batang Ai.


    Tetapi seperti biasa, Anwar akan 'melarikan' diri ke luar negara walaupun tarikh penamaan calon ini telah ditetapkan lama. Kali ini Sidang Tahunan Albaraka Banking Group (Majmuat Al-Barakah Al-Masrafiah) menjadi alasan.


    Persoalannya...


    Kenapa Anwar melarikan diri pada saat kritikal ini?


    Semacam ada ketakutan yang melanda diri beliau untuk hadir pada majlis penamaan calon.


    Apa yang sebenarnya ditakutkan Anwar?

    http://analisisringan.blogspot.com/

    teruna desa

    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Re: kemana Anwar menghilang., CIA culik ke?

    Post  teruna desa on Mon Mar 30, 2009 5:53 am

    bukan CIA culik dia, dia yang serah diri... bounce Twisted Evil

    pokok

    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Re: kemana Anwar menghilang., CIA culik ke?

    Post  pokok on Mon Mar 30, 2009 8:14 am

    anwar takut dengn bayang2 sendiri kut....

    vernoz

    Posts : 2
    Join date : 2009-03-18

    Re: kemana Anwar menghilang., CIA culik ke?

    Post  vernoz on Mon Mar 30, 2009 10:22 am

    salam...saya org baru...

    nampak mcm Anuar nie tak bersungguh2 nak membantu calon PKR atau PAS...itupun depa tak bleh nak pikir lagi...

    ultraman

    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Re: kemana Anwar menghilang., CIA culik ke?

    Post  ultraman on Mon Mar 30, 2009 12:51 pm

    vernoz wrote:salam...saya org baru...

    nampak mcm Anuar nie tak bersungguh2 nak membantu calon PKR atau PAS...itupun depa tak bleh nak pikir lagi...

    salam vernoz, selamat berfotum he he he...sejak bila anwar serisu dia tau nak gunaka untuk kepentingan dia aje...lepas tu bila dah tak mau dia biarkan org tu,,,cam jadi kat ezam...

    Sponsored content

    Re: kemana Anwar menghilang., CIA culik ke?

    Post  Sponsored content Today at 9:15 am


      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 9:15 am