AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


3 posters

    Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan & Peres Hero ?

    NTanwar
    NTanwar


    Posts : 12
    Join date : 2009-01-16

    Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan  & Peres Hero ? Empty Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan & Peres Hero ?

    Post  NTanwar Sat Jan 31, 2009 8:22 am

    Betul Erdogan berjaya jadi hero setelah bangun meninggalkan forum Davos di Switzerland, tetapi apa hujah yang Erdogan berikan selepas Simon Peres, Presiden Israel berucap panjang mempertahankan tindakannya menyerang Palestin ?

    Peres berhujah panjang lebar ditonton semua orang, manakala Erdogan dipertonton mengalah meninggalkan majlis, siapa pemenangnya ?

    Bukankah forum itu seumpama gimik, mengajak umat Islam menonton kononnya adegan debat Erdogan vs Simon Peres, akhirnya mereka hanya dapat mendengar hujah-hujah sebelah pihak (dari Israel) dan Erdogan pula melakukan adegan dramatik dengan meninggal dewan. Taktik gempak mengajak orang ramai mendengar hujah-hujah Peres ? Simon Peres yang berhujah panjang lebar atau Erdogan yang tidak diberi ruang, hanya berdramatik meninggalkan dewan ? Seluruh dunia yang menyaksikan adegan itu mahukan fakta..jadi mana fakta Erdogan ?



    Cukup bersimpatikah masyarakat Barat kepada Perdana Menteri Turki yang tidak cukup kuat berhujah, hanya berharap kepada dramatik meninggalkan majlis ?



    Erdogan marah kerana pengerusi majlis tidak adil dan berat sebelah kepada Simon Peres. Pengerusi majlis pun dari Amerika, David Ignatius dari Washington Post. Kalau sudah tahu tidak adil, kenapa Erdogan tawarkan diri untuk berdebat. Erdogan tidak fasih berbahasa Inggeris, sedangkan Peres menggunakan bahasa Inggeris. Dengan serba kekurangan itu, kenapa Erdogan begitu berani ?

    David Ignatius menggunakan bahasa Inggeris. Simon Peres pun sama. Majoriti penonton kebanyakan masyarakat Barat. Hanya Erdogan berbahasa Turki. Itupun sudah tidak adil.

    Erdogan sudah dikenali sebagai sekutu Amerika. Jadi layakkan sekutu Amerika 'berdebat' dengan Israel yang disokong oleh Amerika. Debat antara sekutu Amerika lawan dalang Amerika dan dipengerusikan oleh Amerika. Ini macam wayang kulit. Berdebat sesama sendiri untuk mendapat saham politik kepada kedua2 pihak. Walhal kedua-dua pihak itu datang dari pihak yang sama.

    Sepatutnya yang layak berdebat dengan Perez adalah wakil dari Palestin sendiri. Wakil Hamas (orang yang dituduh). Kalau Hamas tidak layak masuk ke forum Davos, sepatutnya diganti oleh orang seperti Ahmadinejab (Presiden Iran) atau Presiden Syria yang sebelum ini tidak mempunyai kepentingan dengan Amerika.

    Tetapi pengajur majlis nampaknya rapi dalam pengaturan jadual. Pengerusinya dari Amerika. Pendebat Israel, Simon Peres yang terlalu vokal serta retorik. Manakala lawannya Erdogan, tokoh yang sebelum ini terkenal sebagai sekutu Amerika yang tidak pandai berbahasa Inggeris diletakkan sebagai regu Peres. Bukankah semua ini seperti plot drama.

    Walaupun Erdogan dianggap hero kerana berani cakap berdepan dengan Peres tetapi beberapa fakta penting elok dikaji semula:

    1. Erdogan dan Turki menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Bermakna, Erdogan mengiktiraf kewujudan Negara Israel ketika majoriti dunia muslim memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Erogan dianggap hero, kerana meninggalkan sidang Davos tetapi tidak berani memutuskan hubungan diplomatik..hero apa?

    2. Erdogan dan Turki ditugaskan Aemrika menjadi 'orang tengah' untuk memujuk negara-negara jiran Israel terutama Syria menerima kewujudan Negara Israel. Jadi Erdogan 'orang tengah' Israel dan Syria. Erdogan juga ditugaskan Amerika untuk berunding dengan Hamas. Jadi tugas Erdogan lebih kepada melaksanakan misi Amerika, bukannya mewakili aspirasi negara2 Islam

    John Esposito pernah berkata Amerika tidak akan benarkah semua negara Islam di dunia muncul menjadi jaguh, kecuali menjadi seperti Turki dan Indonesia. Mendalam maksud Esposito ini. Plot di atas serba sedikit memberi kefahaman kepada kita kenapa Esposito kata Amerika hanya restu 'negara Islam Turki'..

    Percaya atau tidak, jika dikatakan 'debat Perez Vs Erdogan' sudah dirancang awal dan mereka telah mengkaji kekuatan dan kelemahan Peres dan Erdogan..Tulisan Anwar bertajuk "Rundingan Khas Isu Ghazza" (seperti di bawah) yang ditulis pada 6 Januari 2009, memberi bayangan tentang komplot itu...

    Jadual di Ankara sejak tiba malam tadi hingga waktu berangkat pulang jam 3 petang penuh sekali. Maaf, saya tidak dapat lapurkan pertemuan peringkat tertinggi di sini. Pastinya isu genting dan mendesak berkisar tragedi yang menimpa rakyat Palestin di Ghazza

    Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu ka isu Ghazza.

    Saya bertuah kerana dimaklum dan sempat berunding menyatakan sikap dan pendirian. Tambah menyayatkan manakala diperhati pembunuhan dan penyiksaan sebagai helah politik Israel menjelang pilihanraya; pukulan akhir Bush-Cheney sabelum meninggalkan kuasa. Malah lebih sengsara lagi manakala dibayangkan betapa lesu sebahagian negara Arab mengizinkan rakyat Palestin terlantar lantaran curiganya mereka terhadap pengaruh Hamas.

    Saya dan Azizah melakukan sedayanya di sini dan kini dalam perjalanan pulang - fi amanilllah.

    ANWAR IBRAHIM


    klik di sini http://anwaribrahimblog.com/2009/01/06/rundingan-khas-isu-ghazza/#comments


    Soalnya kenapa Anwar Ibrahim boleh diajak berunding tentang "pertemuan tertinggi Turki". Siapa Anwar ? Ketua Pembangkang Malaysia ? Hebat sangatkah ketua Pembangkang Malaysia, hingga diajak berunding mengenai perancangan rahsia yang dirahsiakan Anwar ? Kenapa tidak jemput ketua pembangkang Indonesia terlibat sama ? Kenapa tidak jemput wakil Hamas untuk mendapat gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku di Gaza ?

    Anwar tidak tahu perkembangan terperinci di Gaza, kerana dia berada di Malaysia. Kecualilah Amerika telah tugaskan Anwar untuk menasihatkan negara-negara Islam Khususnya Turki yang akan membuat pendirian apabila menyentuh kepentingan Israel dan Amerika..

    Maknanya kehadiran Anwar ke Turki berunding bersama pemimpin tertinggi Turki mengenai plot yang dirahsiakan bukan mewakili Malaysia sebaliknya mewakili kepentingan Amerika..

    Dan Anwar sudah lama jaga Erdogan dan Turki, semenjak berkhidmat di Amerika lagi pada tahun 2005 hingga sekarang..

    Bravo Erdogan..Bravo Anwar...Baravo..


    Last edited by NTanwar on Sat Jan 31, 2009 12:10 pm; edited 5 times in total
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan  & Peres Hero ? Empty Re: Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan & Peres Hero ?

    Post  teruna desa Sat Jan 31, 2009 11:04 am

    kalau benar Erdorgan ihlas menyokong Hamas dan rakyat Palestin, Turki boleh mengambil tindakan seperti yang diambil oleh Venezuela, tidak malukah erdorgan pada Hugo Chavez yang begitu berani mengkritik US dan menghalau diplomatnya ekoran serangan israel ke atas Gaza.

    Apa yang berlaku adalah dirancang untuk memulihkan emej Erdorgan dan sekutunya di kalangan negara islam. Husam Musa dan puaknya dalam PAS mungkin gembira dengan apa yang berlaku sekurang-kurangnya imej Erdorgan yang dipegang oleh mereka akan diberi imej positif di Malaysia, selepas diberi imej buruk sebelum ini.

    Tidak mustahil apa yang berlaku adalah perancangan atau konspirasi untuk meraih populariti di kalangan umat islam, memandangkan Anwar pun agak rapat dengan Erdorgan, dan tidak keterlaluan jika kita mengatakan anwar pun terlibat dalam lakonan ini.Supaya dia pun mendapat imej yang baik.
    NTanwar
    NTanwar


    Posts : 12
    Join date : 2009-01-16

    Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan  & Peres Hero ? Empty Tulisan GAP

    Post  NTanwar Sat Jan 31, 2009 11:49 am

    Ini tulisan menarik dari blog GAP..

    anwar dan recep tayib erdogan merupakan sahabat baik. baiknya persahabatan mereka sehingga ke tahap anwar boleh 'bersembunyi' di kedutaan turki sewaktu saiful bukhari 'mengejar' beliau.. di atas pentas anwar itu jagoan bicara, katanya penuh seloka tetapi sayang pabila saiful bukhari mengejarnya....anwar itu larinya lintang pukang !



    bukan sekadar saiful hatta cabaran bekas setiausahanya untuk menjawap 'surat damai' pun membuatkan anwar ibrahim lari sekali lagi. kali ini larinya cukup laju, mengalahkan usain bolt pemegang rekod dunia acara 100m.


    anwar suka melarikan diri... serangan regim zionis di gaza selama beberapa hari membuka mata umat seluruh dunia. tiada justifikasi yang difikirkan logik yang membenarkan zionis mengganas. anwar kabarnya berbicara dengan pelbagai pihak luar negara 'kononnya' membantah serangan regim durjana. 'kitttaa membantah serangan ini ' kata anwar yang disiarkan di laman blognya..


    wooo wooo...semua melayu pakatan rakyat bertepuk tangan, merasa amat bangga ketua umumnya pejuang bangsa yang hebat di mata dunia .. entah betul atau tidak anwar berada di situ, berkata seperti itu dan bertindak seperti itu mana kita tahu ? sedangkan depan mata 16 september pun bulat-bulat dia tipu inikan pulak 'kononnya' kenyataan bantahan di luar negara !


    semalam erdogan melakukan tindakan sama seperti wartawan iraq yang membaling kasut kepada bush. erdogan telah memalukan shimon peres di davos sewaktu perdebabatan di sana. malunya shimon tidak terhingga . erdogan di sambut bagai wira dunia. untuk sekali lagi ada manusia islam melakukan kejutan, sama seperti insiden baling kasut tempoh hari.


    sewaktu serangan di gaza, KITA telah mencabar anwar ibrahim untuk membakar bendera israel dan amerika, atau setidak tidaknya mengetuai demonstrasi di kuala lumpur . sayang sekali lagi anwar cabut lari.


    hari ini, selepas ini kita akan mencabar anwar untuk melakukan perkara yang sama seperti yang telah dibuat oleh erdogan ! WALK OUT di depan masyarakat antarabangsa. anwar punyai banyak ruang di luar negara untuk melakukan protes yang sama.TETAPI KITA PERLU TAHU..


    kita sekadar mencabar anwar sahaja ...dia takkan berani berbuat sedemikian.sebenarnya kita sudah lama mengetahui anwar sebenarnya pemimpin bacul.


    YANG MEMBEZAKAN TAYIB ERDOGAN DAN ANWAR HANYALAH 'BUAH KERANDUT' SAHAJA.. EROGAN MEMPUNYAI 'BUAH KERANDUT KATEGORI JANTAN' ..DAN ANWAR ?
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan  & Peres Hero ? Empty re: lembu punya susu sappi dapat nama

    Post  detective conan Sat Jan 31, 2009 11:57 am

    Plot sudah dirancang dan semacam ada pengarah disebaliknya, tidak apa yang perlu dibanggakan, kenapa Kita Perlu mengangkat ERdorgan sebagai Hero, walhal yang berperang adalah HAMAS, seharusnya HAMAS yang diangkat sebgai wira.bukanya Erdorgan, tetapi amat pelik bila media barat seolah-olah ingin mengangkat Erdorgan sebagai Hero. Lagipun perang sudah berlalu, dan Israel sudah menghentikan serangan, takkala Gaza diserang apa yang dilakukan TURKI?
    dalam kes ini bak kata orang lembu punya susu sapi dapat nama,Yang berperang adalah Hamas yang dapat nama adalah Erdorgan, dimana wiranya Erdorgan?
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan  & Peres Hero ? Empty Re: Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan & Peres Hero ?

    Post  detective conan Sat Jan 31, 2009 12:41 pm

    Mantan Pemimpin Cuba Fidel Castro melontarkan kecaman pedas pada Obama atas sikap diamnya terhadap tindakan agresif Israel ke atas Gaza yang berlangsung selama 22 hari.

    Castro menilai kebijaksanaanan dasar luar negeri AS tidak berubah dibawah pemerintah Obama berbeza dengan kempennya yang menjanjikan perubahan bagi AS. Ini kerana Obama tetap melanjutkan polisi presiden AS terdahulu yang memberikan dokongan pada Israel.

    Castro mengatakan bahawa Obama terlibat sama dalam kejahatan perang yang dilakukan Israel ke atas Gaza. Indikator ini terlihat bukan hanya dari sikap diam Obama terhadap tindakan israel itu, tapi juga terlihat dari sikap Israel yang tiba-tiba menyatakan gencatan senjata satu pihak tiga hari sebelum pelantikan Obama sebagai presiden AS ke-44. Apalagi setelah itu, Obama menegaskan akan tetap melindungi Israel.

    Castro menambah, dokongan AS telah menjadikan negara Zionis Israel sebagai "negara yang boleh memiliki kekuatan nuklear" dan serta kekuatan tentera yang mampu menjadi ancaman kepada negara islam di Asia barat.

    Cuba adalah antara negara yang paling awal mengecam tindakan Israel ke atas Gaza.

    Sebagai makluman tidak banyak pun media barat menyiarkan berita ini, begitu juga dengan kecaman dari Presiden Ahmedinejad, tiada siapa media barat yang ingin mengangap presiden Iran itu sebagai Hero.

    Tetapi apabila Erdorgan melakukan perkara tersebut media barat memperbesarkan perkara ini dan melabelkannya sebagai hero pahlawan islam, seolah-olah benda ini dirancang seperti merancang menjadikan Anwar sebagai Hero dikalangan rakyat Malaysia.

    Ternyata strategi ini berjaya apabila ramai orang islam meraikan Erdorgan sebagai Wira, malah di Istanbul 5 ribu orang penduduk Turki menyambut kepulangan Erdorgan sebagai wira di lapangan terbang Istanbul. Dan di Malaysia senario hampir sama, apabila banyak media internet mewawarkan erdorgan sebagai wira. WIRAKAH ERDORGAN?
    NTanwar
    NTanwar


    Posts : 12
    Join date : 2009-01-16

    Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan  & Peres Hero ? Empty Anwar jaguh dunia

    Post  NTanwar Sun Feb 01, 2009 6:44 am

    Ini kenyataan Anwar bertarikh 31 Jan bertajuk "Tabik Buat PM Erdogan!"

    Taib Erdogan menzahirkan pendirian umat dan pencinta keadilan. Beliau menunjukkan sikap tegas meninggalkan omongan sia-sia manakala umat Ghazza dibedil dan ditindas. Syabas kami ucapkan. Beliau memberi harapan baru di tengah kelesuan pimpinan Arab dan dunia Islam.

    Tambah hebat dan terserlah sikap beliau lantara adegan meninggalkan sidang istimewa Davos! Beliau bertarung di tengah gelanggang. Ini berbeda sekali dengan lagak pimpinan yang menyalak menentang Amerika di kampung halaman tetapi kelu membisu tatkala di Amerika. Malah ada yang sanggup membayar berjuta dolar kepada pelobi Yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berkesempatan melutut di hadapan Presiden Bush!

    Maka selaku sahabat, saya salut kepada PM Taib!

    ANWAR IBRAHIM


    1. Anwar tabik kepada Erdogan kerana dia merupakan antara perancang debat anjuran Amerika itu. Sendiri rancang, sendiri tabik. Masuk bakul angkat sendiri.

    2. Siapa pimpinan yang 'menyalak di kampung halaman sendiri' ? Hanya Anwar dan Erdogan jaguh dunia (baca talibarut Amerika), semua orang lain jaguh kampung.

    3. Jaguh kampung hanya layak buat demonstrasi di kampung sendiri. Jaguh dunia, mana layak berdemonstrasi di kampung sendiri. Apa klass berdemonstrasi. Jaguh dunia, dihampar permaidani merah, boleh masuk Pentagon..

    4. Jaguh kampung kena bayar pelobi Yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berkesempatan melutut di hadapan Presiden Bush kerana jaguh kampung tiada aksess dengan Amerika. Tetapi jaguh dunia tidak perlu bayar pelobi kerana dia adalah agen yang bebas keluar masuk Pentagon tanpa halangan. Malah Erdogan nak jumpa Bush pun kena bayar tol dulu kepada Anwar.

    5. Anwar ini berperanan seperti pelobi Yahudi Jack Abramoff hingga Erdogan terpaksa melutut menyembah Anwar bila nak jumpa Presiden Bush ?

    6. Tak guna jadi jaguh dunia kalau sekadar digelar tali barut Amerika!
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan  & Peres Hero ? Empty Re: Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan & Peres Hero ?

    Post  teruna desa Tue Feb 03, 2009 10:17 am

    he he he...tak tau la pulak sampai gitu usaha anwar ni nak tonjol dia ni baik

    Sponsored content


    Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan  & Peres Hero ? Empty Re: Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan & Peres Hero ?

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 12:34 am