AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


4 posters

    Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh

    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh Empty Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh

    Post  ultraman Sat Feb 07, 2009 7:32 am

    bila waa tengok berita pasal kekecohan selepas solat Jumaat, waa cukup sedih, waa tengok ahli PAS bukan main membela NiZAR yang ditentang ialah pihak keselamatan, pada waa anwar dah berjaya main peranan disini, pada waa, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku, kerajaan tersebut bukan lah kerajaan PAS seperti di Kelantan. tetapi PAS hanya merupakan komponen sahaja, yang banyak menentukan dasar adalah DAP, pada waa tindakan IStana mungkin ada sebabnya, mungkin pihak Istana merasa gelisah dengan pemberian hak milik 999 tahun tanah di perak dan ketidakselesaan orang Melayu dengan dasar2 dasar kerjaaan yang banyak dipengaruhi DAP.

    DAP yang melaungkan slogan malaysia malaysia sebenarnya melaksanakan chinse malayisa di Perak, yang menjadi mangsa ada lah PAS, Anwar tahu orang PKR tidak ada pun di perak, telah mengunakan orang PAS untuk meraih simpati...sedih beb apa berlaku...

    Waa tak tau imej Nizar selepas ini di hati orang Melayu negeri Perak.gara gara anwar Ibrahim...adakah ANwar ingin musnahkan imej Nizar? siapa tahu..anwar memang licik.....
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh Empty Re: Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh

    Post  pokok Sat Feb 07, 2009 1:30 pm

    melayu sama melayu gaduh, islam sama islam gaduh, memang taktik anwar...
    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh Empty karpel suruh anwar letak jawatan ...

    Post  ultraman Sun Feb 08, 2009 9:42 am

    Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut, demikian menurut The Star.

    Pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat.

    Ekoran itu, Anwar telah dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

    Dua minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar dari Umno, tetapi kembali semula ke pangkuan parti itu.

    Selain itu, dua Adun PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) telah keluar parti dan menjadi parti bebas bersama dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong.

    Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 28, sama dengan jumlah kerusi BN (28) dan tiga kerusi bebas.

    Ketiga-tiga Adun bebas tersebut telah menyatakan sokongan kepada BN untuk membolehkan gabungan tersebut mendapat sokongan 31 Adun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

    Dengan itu, Sultan Perak bersetuju BN menubuhkan kerajaan baru di negeri itu dan menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan barisan exconya supaya meletak jawatan.

    Bagaimanapun, Nizar enggan berbuat demikian dan upacara mengangkat sumpah menteri besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Jumaat lalu, di tengah-tengah bantahan ribuan penyokong Pakatan.

    Karpal turut menegur dua rakannya dari DAP, terutama Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng berhubung pendirian mereka yang tidak konsisten berhubung isu melompat parti.

    Karpal turut mengkritik BN kerana mengamalkan perbuatan melompat parti - dengan memberi contoh bagaimana BN telah menarik pemimpin DAP menyertainya pada 1979 dan 1982 ketika Anwar masih bersama Umno dan BN.

    Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kepercayaan rakyat tidak boleh diambil mudah wakil rakyat yang pilih.
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh Empty Re: Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh

    Post  teruna desa Mon Feb 09, 2009 1:08 am

    anwar cakap itu kata peribadi karpal, bukan kenyataan parti,lawak la bang nuar nie...cam seronok je teruna nak tengok adengan seterusnya..
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh Empty Re: Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh

    Post  teruna desa Mon Feb 09, 2009 1:16 am

    cuba baca ini..Kelab Anwar Ibrahim (AIC) ingin memberikan respon balas ke atas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin Pakatan Rakyat.

    Isu yang dibangkitkan oleh Karpal kononnya Anwar yang mencetuskan budaya melompat parti adalah merupakan satu kenyataan yang tidak bersandar kepada sejarah. Apakah Karpal lupa bagaimana beberapa ADUN DAP dan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor di Kedah yang telah ditawarkan sogokan wang sebanyak jutaan ringgit sebaik sahaja Pilihanraya Umum Ke-12 menyaksikan Umno-BN kian nazak dek penangan rakyat?

    AIC percaya bahawa apa yang berlaku di Perak ialah tidak sama sekali timbul berkenaan masalah lompat parti, sebaliknya lebih menjurus kepada krisis perlembagaan dan juga amalan politik yang terpalit dengan budaya rasuah, ugutan dan penindasan.Malah jika hendak menyabitkan amalan lompat parti dengan ikatan moral, ianya adalah satu hujah yang longgar.

    Istilah ‘taubat’ yang digunakan oleh Karpal sendiri secara literal membuktikan bahawa apabila wujud kesedaran bagi mana-mana pihak bahawa platform perjuangan yang dibawa mereka adalah salah, mereka perlu memperbetulkan kesalahan tersebut dengan mencari platform perjuangan yang lebih baik dan tepat. Dalam konteks ini, lompat parti adalah satu mekanisme bagi pihak-pihak yang tertentu untuk beralih platform.

    Apa yang menyedihkan ialah apabila Karpal sebagai seorang pemimpin politik veteran yang sepatutnya masak dengan asakan politik oleh Umno-BN yang kini sedaya-upaya memecah belahkan muafakat Pakatan Rakyat dan menyerang Anwar berikutan kredibiliti dan karisma Anwar yang diterima seluruh Malaysia. Trend asakan politik Umno-BN memperlihatkan bahawa Anwar adalah merupakan musuh utama Umno-BN kerana berpotensi menisankan agenda politik perkauman BN melalui muafakat Pakatan Rakyat yang lebih realistik dan proaktif.

    AIC tidak terkejut sekiranya kenyataan Karpal ini akan dikutip sebagai agenda utama media-media arus perdana untuk mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat. Dan adalah sangat malang sekiranya Karpal selaku politikus veteran boleh terjerumus di dalam permainan politik mentah yang menjadi amalan Umno-BN sejak sekian lama.

    AIC berpendapat bahawa Karpal seharusnya menghormati ikatan yang dijalin oleh DAP, PAS dan KeADILan melalui Pakatan Rakyat untuk memperbincangkan sebarang agenda atau tindakan melalui platform Pakatan Rakyat, bukan bertindak secara one man show atas kapasiti peribadi yang akhirnya hanya memalitkan imej beliau sebagai pemimpin berpengalaman.

    Sewajarnya sekarang fokus yang harus ditumpukan oleh Karpal ialah merangka strategi melalui platform Pakatan Rakyat, bukan mengeluh tanpa arah dan justifikasi yang jelas.

    Muhammad Shukri Md Saad
    Presiden
    Kelab Anwar Ibrahim
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh Empty Re : Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh

    Post  kumbang_aidc Mon Feb 09, 2009 8:30 pm

    Salam,
    Anwar dan AIC club kena faham. Kenapa teguran itu dilakukan.
    Mempromosikan lompat parti sebagai sesuatu yang patut sebelumnya, tetapi bila terkena pada diri sendiri, pandai 'divert' kepada isu lain.
    Karpal sebaik peguam dan pengerusi DAP dapat mengesan kelompongan besar ini dan beliau pun ternyata meluat dengan retorik Anwar.

    Kepada AIC Club : Jangan cepat menghentuk tembok dan menyorok gaya si bacul-Anwar Ibrahim
    Anwar kata bukan kumbang kata.

    Sponsored content


    Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh Empty Re: Anwar punya kerja. melayu sama melayu gaduh

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Sun Nov 17, 2024 6:37 pm