kumbang_aidc Wed Feb 04, 2009 1:26 pm
Salam,
Kumbang mulakan dengan diri Kumbang..
Kumbang bukan nama sebenar pertama kali melayari AIDC sekitar bulan 6. Tetapi hanya sekadar memerhati. Masuk bulan 9 iaitu ketika kita semua mula berpuasa. Kumbang mencemar duli menyapa orang di dalam ChatBox. Ketika itu yang ada Joyah, Mamat Hensem, Azri, Zek,AIDC dan Huh. Kumbang disambut oleh mereka dengan baik. Zek orang pertama yang Kumbang yM.Kami bersama-sama pada ketika itu menangkis angan-angan mat jenin Anwar 16 september.
Peranan Kumbang di peringkat awal hanya sekadar rakan ChatBox dan tukang Komen di AIDC. Kini Kumbang bertindak sebagai penjaga 'forum' dan penulis di blog Kumbang sendiri
http://analisisringan.blogspot.com/ yang bernaung di bawah blog AIDC iaitu fokus untuk Anti Anwar dan mengulas isu politik serta isu semasa. Setakat ini mungkin lebih 5 artikel Kumbang disiarkan di AIDC.Kumbang hanya bertindak sukarela tanpa upah dan hanya mendapat 1 kepuasan yang tidak boleh dilahirkan dengan kata-kata apabila artikel blog Kumbang disiarkan di AIDC walaupun Kumbang merasakan artikel Kumbang tidaklah sehebat mana.
Kumbang akan terus menulis walaupun di dalam kesibukkan melampau yang semakin menjelang kerana perjuangan menolak Anwar keluar daripada politik Malaysia perlu konsisten. Kerana Kumbang berpendapat Anwar amat berbahaya disebabkan perkaitannya dengan Amerika dan beberapa perkara lain yang tak boleh disebutkan di sini.
Kumbang amat bertuah kerana Kumbang tidak berjuang bersendirian kerana ditemani rakan-rakan di dalam AIDC dan juga rakan-rakan BPN di luar kerangka AIDC yang nyata sealiran menolak Anwar Ibrahim.
Dan kami masih memerlukan anda untuk menyertai kami kerana kami masih perlukan ramai tenaga untuk meneruskan perjuangan ini.Kita tiada penaja. Kita cuma ada sumber manusia untuk dimanfaatkan. Dan sumber manusia itu ialah anda semua demi matlamat memandirikan blog AIDC dan perjuangan kita semua untuk menolak Anwar.
Akhir kata, Anwar mempunyai pelbagai instrument untuk menggerakkan perjuangannya. Di internet berapa ramai blog dan laman web yng menyokongnya. Adakah kita mahu hanya duduk diam?
Apa akan jadi pada negara jika kita diperintah pemimpin pro Amerika?
Mari ramai-ramai kita bermula di blog kecil ini. Kata orang kecil-kecil cili padi. Biar kecil asalkan berkualiti.
Say No To Anwar...
Wassalam