AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


+3
detective conan
KARLOZPACO
teruna desa
7 posters

    mandi wajib

    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    mandi wajib Empty mandi wajib

    Post  teruna desa Tue Feb 03, 2009 10:14 am

    Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.
    Mandi wajib yg betul
    Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
    Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
    Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
    "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
    Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
    Rukun mandi wajib ada 3 perkara.

    Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
    Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
    Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
    Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
    Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
    Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
    Rukun mandi wajib yang ke2,
    iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
    Rukun mandi wajib yang ke3,
    meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
    Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
    Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
    Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
    Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
    Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
    Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
    Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
    Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
    Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
    Panduan Tambahan
    Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
    Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
    Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
    Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
    Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
    Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
    Rahsia 13
    Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
    Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
    Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
    Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
    Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
    Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
    I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
    Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
    Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
    Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
    Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
    Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
    Salam Memelihara kita di dalam kubur.
    Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
    Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
    Wassalam.
    "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    mandi wajib Empty Re: mandi wajib

    Post  teruna desa Tue Feb 03, 2009 10:15 am

    harap-harap boleh diguna untuk kita sebagai panduan, jika ada kekurangan sila tambah he he he bounce cheers
    KARLOZPACO
    KARLOZPACO


    Posts : 22
    Join date : 2009-01-13
    Location : BANTING

    mandi wajib Empty DAH KENAL KE BELUM?

    Post  KARLOZPACO Tue Feb 03, 2009 1:07 pm

    teruna desa wrote:harap-harap boleh diguna untuk kita sebagai panduan, jika ada kekurangan sila tambah he he he bounce cheers

    BRO,HAL MANDI WAJIB TU XNAK PERSOALKAN KERANA IA MESTI BETUL PUNYA.SPT KATA USTAZ TU BYK ORG2 KITA X TAU PASAL ITU.YG WA NAK KATA IALAH HAMPIR SATU DUNIA X KENAL ALLAH.YG MRK TAHU HANYA MENYEBUT NAMA ALLAH SAHAJA,SEDANGKAN MRK X KENAL PENCIPTA MRK.CONTOH PALING SIMPLE,SEMUA RAKYAT 'TAHU' PAK LAH,TETAPI BERAPA KERAT AJE YG 'KENAL' PAK LAH?ADA PERBEZAAN BESAR ANTARA 'TAHU' DAN 'KENAL'!CUBA U REFER KAT MANA2 USTAZ CAMNE KITA BOLEH KENAL PENCIPTA KITA.PART MANDI WAJIB NI K.I.V DULU.KALAU MANDI HADAS BESAR KITA PERFECT MCM MANA PUN TAPI KALAU X KENAL PENCIPTA KITA LAGI DOSA BESAR,KAN?BAGI WA MASIH MENCARI SESIAPA YG DPT TUNJUK AJAR WA SUPAYA 'KENAL' PENCIPTA WA.
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    mandi wajib Empty Re: mandi wajib

    Post  detective conan Wed Feb 04, 2009 12:21 am

    conan rasa topik ni harus diteruskan dan pada masa yang sama teruna buka topik baru, berkaitan mengenal pencipta..ok bro Teruna dan karloz, ini pendapat conan je...
    KARLOZPACO
    KARLOZPACO


    Posts : 22
    Join date : 2009-01-13
    Location : BANTING

    mandi wajib Empty WA SETUJU

    Post  KARLOZPACO Wed Feb 04, 2009 12:38 pm

    detective conan wrote:conan rasa topik ni harus diteruskan dan pada masa yang sama teruna buka topik baru, berkaitan mengenal pencipta..ok bro Teruna dan karloz, ini pendapat conan je...

    DECT.CONAN,WA AMAT2 SETUJU DGN LU PUNYA IDEA TU.PASAL ALL THIS WHILE WA RASA MCM X PUAS DGN 'ISLAM' WA.APA BETUL YG WA NI DAH BETUL2 MUSLIM.APA CUKUP KE DGN APA YG WA BUAT SELAMA INI?YAKNI DGN SEMBAHYANG,PUASA,ZAKAT FITRAH WA DAN LAIN2 TUNTUTAN ISLAM.OK KATALAH WA NI ALMOST 70% BUAT APA YG DITUNTUT,APA SUDAH CUKUP KE?WA RASA ADA MISSING LINK LA BRO.WA NI MCM MENIPU DIRI WA.MAKSUD WA IALAH WA NI X KENAL LG PENCIPTA WA,YG WA TAHU CUMA NAMA 'NYA'.WA PERNAH CAME ACROSS SATU AYAT,"AKU TIDAK GHAIB KPD SIAPA YG MENGENALI AKU"!SO CONFIRM WA X KENAL "DIA", PSL "DIA" GHAIB BAGI WA BUAT MASA INI.
    ADA YG CKP PASAL LANGIT LA,BUKIT LA,POKOK2 DAN TUMBUH2AN LA DAN MCM2 LG DIJADIKAN OLEH ALLAH SWT.BAGI WA ITU SEMUA CIPTAAN "NYA" TAPI "DIA" NYA MANA?
    LAGI SATU PERSOALAN,BILA MASA WA NI DI ISLAM KAN?TIKA DI KHATAN?IMPOSSIBLE.XKAN SEMUDAH ITU.KENAPA ORG CINA KE,INDIA KE,MAT SALLEH KE MASUK ISLAM SIAP DGN SAKSINYA.APA KITA NI ORG MELAYU NI EXCLUSIVE KE DI MATA ALLAH HINGGA X PERLU ITU SEMUA?1001 SOALAN LG KAT KEPALA NI,SEDANGKAN TIME 'KEMBALI' BILA2 MASA "DIA" BOLEH AMBIL.KE MANA WA NAK ''KEMBALI' NANTI JIKA WA X KENAL "DIA"?
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    mandi wajib Empty Re: mandi wajib

    Post  detective conan Thu Feb 05, 2009 2:21 am

    mandi wajib penting kepada kita sebagi umat islam, sebenarnya ramai dikalangan kita ambil mudah mengenai perkara ini. Sekiranya mandi wajib kita tidak betul bagaimana agaknya amalan kita seperti solat hendak diterima oleh ALLAH. Seharusnya menjadi kewajipan kita menyucikan diri dengan sebaik mungkin semoga amalam kita diterima.

    Pada teruna terima kasih buka topik ini, para MOD tolong izinkan topik ini terus dibuka..dan diperbincangkan,
    300
    300


    Posts : 69
    Join date : 2009-01-14

    mandi wajib Empty Re: mandi wajib

    Post  300 Thu Feb 05, 2009 10:34 am

    mandi wajib sblm solat subuh. sejuk siotttt cheers
    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    mandi wajib Empty Re: mandi wajib

    Post  ultraman Thu Feb 05, 2009 10:47 am

    300 wrote:mandi wajib sblm solat subuh. sejuk siotttt cheers

    kalau tak nak mandi sebelum subuh, mandi malam malam he he...

    eh korang tau tak, apa yang sebenarnya ditekankan dalam mandi wajib ini? boleh cuba beritau...berkongsi ilmu sikit
    ManJonG
    ManJonG


    Posts : 58
    Join date : 2009-02-06

    mandi wajib Empty Re: mandi wajib

    Post  ManJonG Fri Feb 06, 2009 3:15 pm

    nice info.. bounce

    i think yg ditekankan adalah ketukanan dan keyakinan affraid
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    mandi wajib Empty Re: mandi wajib

    Post  teruna desa Sat Feb 07, 2009 1:08 pm

    ultraman wrote:
    300 wrote:mandi wajib sblm solat subuh. sejuk siotttt cheers

    kalau tak nak mandi sebelum subuh, mandi malam malam he he...

    eh korang tau tak, apa yang sebenarnya ditekankan dalam mandi wajib ini? boleh cuba beritau...berkongsi ilmu sikit

    secara simbolik islam meletakkan umat dia berada dalam keadaan bersih suci...sebab tu setiap orang yang beragama islam dikehendaki mandi wajib, islam amat memetingkan kesucian.
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    mandi wajib Empty Re: mandi wajib

    Post  teruna desa Sat Feb 07, 2009 1:14 pm

    Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketikam menemui maut. Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya.Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana disitu begitu sepi sekali.

    Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depanuntuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.


    Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya.

    Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya. Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu.

    Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu.

    Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.

    Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan “mandi hadas” setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

    Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas mandi wajib apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka.
    Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa…. sila-silakanlah……
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    mandi wajib Empty Re: mandi wajib

    Post  pokok Fri Mar 13, 2009 7:25 am

    semalam pokok terkejut, bila diberitau oleh seorang kawan, rupanya masih ramai dikalangan remaja islam tak pandai nak mandi wajib pun,siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? terkejut dengan makluman kawan ini, bagaimana agaknya amalan dia sebelum ini, diterima atau tidak

    Sponsored content


    mandi wajib Empty Re: mandi wajib

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 12:30 am