Kini, jejaka kacak ini dikatakan pula sedang mula rapat dan mungkin bercinta dengan Abby. Langsung tidak melatah, ketika bertemu dengan Zulkifli dan Abby di lokasi penggambaran drama Ceria Ceria Cikgu Rubina, pemuda berusia 22 tahun ini kelihatan tenang menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.
Abby yang sedang disolek wajahnya dalam nada bergurau sempat berkata, “Dia (Zulikifli) baru lagi tu, jangan buat-buat isu tau.”
Selesa disapa Zul, sebelum memulakan karier yang penuh mencabar ini, pemuda tinggi lampai ini nyata telah pun bersedia lebih awal dengan gosip-gosip nakal yang hadir tanpa diduga.
“Bagi saya, itu semua asam garam untuk menjadi seorang artis. Saya tahu batas-batas saya untuk menjadi orang yang dikenali.
“Saya mula-mula kenal Abby ketika kami menjayakan drama Apa Itu Cinta?. Perbualan kami pula lebih menjurus ke arah isu semasa dan hiburan.
“Dia juga banyak mengajar saya erti lakonan. Tidak salah bukan kalau saya rapat dengannya secara profesional. Jika orang mahu mengaitkan saya dengan Abby, itu terpulang kepada penilaian masing-masing,” tuturnya berterus-terang.
Biarpun begitu, Zul bagaimanapun tidak pula mahu menganggap Abby,30, sebagai seorang kakak.
“Saya tak anggap Abby sebagai seorang kakak, tetapi kawan. Dia masih muda. Lainlah kalau umurnya macam kakak saya yang berumur 36 tahun, bolehlah saya panggil dia kakak,” tegasnya.
credit tu http://rindok.com/