Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun
2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru
kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah
seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah
atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda
sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih
dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami
mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi
tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton
atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di
level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun
dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit.
Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama
15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu
mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat
selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu
makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit
dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke
Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja
juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa
terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap
seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit
sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck,
pintu akan terbuka dan kemera akan menyala
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami
akan menampal gambar anda di notis board di bawah
korum 'staff sembelit'.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak
membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan
cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan
anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda
mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini
bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi
seperti membaca e-mail, chatting dan games akan
dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga
pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan
mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga
penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji
mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat
ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang
terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan,
kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci
nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.