pokok Thu Apr 16, 2009 6:22 am
SIMPATI pokok kepada Liverpool dan fan The Reds. Untuk kalah dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas nyaris mencapainya, mungkin pahit sekali untuk ditelan.NamunLiverpool telah melakukan segala-galanya mendahului dengan dua gol, menjaringkan empat gol di padang lawan tetapi masih tidak mencukupi juga.
Mungkin skuad The Red ini harus melihat kembali kepada pertemuan pertama di Anfield apabila mereka kalah 3-1.
Walau apa pun, apa yang berlaku di Stamford Bridge semalam memang di luar dugaan dan mungkin tidak menurut skrip perancaan.Siapa yang menyangka bahawa Liverpool akan mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama, ketinggalan 2-3 pada satu ketika sebelum bangkit mendahului 4-3 dengan perlawanan hanya tinggal tujuh minit.
Tetapi tiba-tiba, Frank Lampard muncul dengan gol kedua beliau, menyamakan kedudukan 4-4 pada minit terakhir dan sekali gus menghancurkan impian anak didik Rafael Benitez.Kedua-dua Chelsea dan Liverpool turun tanpa kapten masing-masing atas sebab yang berlainan - John Terry kerana digantung manakala Steven Gerrard akibat kecederaan.
Untuk mara terus ke separuh akhir di mana Barcelona menanti, Liverpool perlu menang tiga kosong. Ramai yang terfikir bahawa ia mungkin adalah di luar kemampuan anak buah Rafael Benitez.Tetapi selepas 19 minit, Fabio Aurelio memperdayakan Peter Cech untuk gol pembukaan Liverpool.
Kemudian Xabi Alonso menghidupkan harapan Liverpool dengan penalti selepas Branislav Ivanovic dipersalahkan kerana menyekatnya. Dua kosong kepada Liverpool dan 3-3 melalui agregat. Tetapi Chelsea tetap akan mara jika keputusan berakhir sedemikian kerana pasukan pimpinan Guus Hiddink menjaringkan gol di padang lawan.
Dari situ, nampaknya Liverpool yang lebih bersemangat dan Chelsea pula yang tidak bermaya.Namun, mungkin Hiddink menyatakan sesuatu semasa rehat untuk mengejutkan anak buahnya yang seperti tidur dalam babak pertama.
Pada minit ke-51, Nicolas Anelka - yang menggantikan Salomon Kalou - memulakan kebangkitan Chelsea, membuat hantaran silang dari kanan untuk Didier Drogba memberikan sentuhan terakhir dengan sedikit 'bantuan' daripada penjaga gawang Liverpool, Pepe Reina. Kedudukan 2-1 kepada Liverpool, tetapi Chelsea masih 4-3 di hadapan melalui kiraan agregat.
Setelah melepaskan gol itu, Reina kelihatan tidak selesa. Enam minit kemudian, Alex merembat gol kedua Chelsea melalui tendangan bebas yang cantik. 2-2 dan Chelsea berada 5-3 di hadapan melalui agregat.
Pada minit ke-76, Lampard meletakkan pasukan tuan rumah 3-2 di hadapan, dan 6-3 melalui agregat.Ketika itu, siapa pun tentu sudah menjangka bahawa Liverpool akan gulung tikar.
Tetapi mereka meneruskan perjuangan dan pada minit ke-81, Lucas menjadikan kedudukan 3-3 dan 6-4 melalui agregat apabila percubaannya terkena pemain Chelsea sebelum mencecah jaring.
Seminit kemudian, Dirk Kuyt meletakkan Liverpool kembali 4-3 di hadapan dan 6-5 melalui agregat.Satu sahaja gol dan Liverpool akan ke separuh akhir melalui gol jaringan di padang lawan. Tetapi takdir menentukan Chelsea yang mendapat gol yang amat berharga itu, apabila Lampard menyambar bola hantaran Drogba dengan perlawanan tinggal seminit sahaja lagi.
Kedudukan, 4-4 dan Chelsea mara terus dengan agregat 7-5.Inilah kali kedua berturut-turut Liverpool disingkirkan dari Liga Juara-Juara oleh Chelsea. Musim lalu, mereka kalah juga kepada Chelsea tetapi di peringkat separuh akhir.
Meskipun kalah, saya tabik semangat dan permainan Liverpool