AL-QURAN merupakan mukjizat kekal bagi Rasulullah saw. Ia tetap memberi satu pembaharuan kepada setiap generasi.
Justeru, mukjizat ini amat berlainan daripada mukjizat para anbia sebelumnya.
Ada mukjizat yang dinamakan mukjizat hissiyah (mengenai pancaindera atau perasaan) yang bermaksud telah melihat dengan mata sendiri.
Nabi Musa as memukul laut dengan tongkatnya, maka terbelahlah laut itu.
Begitu halnya dengan Nabi Isa as. Baginda dapat menyembuhkan orang buta dan yang menghidap penyakit kusta serta menghidupkan semula orang yang mati dengan izin Allah swt.
Namun bagi Al-Quran pula, selagi wujud cakerawala, selagi itulah kita dapati kitab suci itu mempunyai lebih daripada mukjizat.
Ketika diturunkan hinggalah ke hari ini, Al-Quran merupakan satu mukjizat. Mukjizat Al-Quran bukanlah bermakna Rasulullah saw memiliki mukjizat hissiyah sebagaimana Allah memberikan mukjizat kepada para rasul-Nya yang lain.
Sebelum memperkatakan tentang mukjizat Rasulullah saw, kita harus tahu apa yang dimaksudkan dengan mukjizat.
Menurut istilah Arab, 'mukjizat' diambil daripada kalimat ajaza, yang bererti kekurangan atau kelemahan kudrat manusia untuk melakukan sesuatu yang dikehendakinya.
Contohnya, seseorang yang ingin mengangkat benda berat, namun otot kededua tangannya tidak berdaya. Di sini kita katakan bahawa orang itu lemah untuk memikulnya - benda itu mengatasi kudratnya.
Namun, kalimat ajaza pula membawa maksud lain yang bererti orang lain yang menjadikan seseorang itu lemah untuk membuat sesuatu. Umpamanya, datang seseorang dan mengikat kededua belah kaki dan tangan orang lain.
Orang yang diikat berasa lemah untuk mempertahankan dirinya. Dalam hal ini, bukanlah sifat lemah itu datang daripada dirinya sendiri melainkan dia diikat oleh orang lain hingga menjadi lemah. Dia cuba meronta, melawan dan mempertahankan dirinya tetapi hampa kerana dia dikuasai oleh musuhnya.
Allah swt telah mencipta dan menyediakan cakerawala dengan begitu sempurna sebelum dijadikan segala makhluk-Nya untuk hidup di muka bumi ini. Tetapi dibiarkannya pula agar hamba-Nya meneroka kemajuan dalam pelbagai bidang daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Air yang kita minum bukan buatan kita. Ia diturunkan dari langit untuk keperluan manusia sejagat, malah tidak pernah terputus sedikit pun. Hujan tidak terhenti sehingga menjadikan bumi ini kering-kontang.
Justeru, keperluan asasi untuk hidup bukanlah tugas makhluk. Kita hanya mengambil dan menggunakan keperluan untuk membaiki dan meningkatkan lagi taraf hidup kita. Manusia tidak menambah sesuatu terhadap keperluan di alam ini. Segala-galanya telah dijadikan oleh Allah swt.
Jika direnungkan sesuatu nikmat daripada nikmat-nikmat Ilahi, kita akan dapati bahawa yang mewujudkannya bukanlah manusia, tetapi Allah swt.
Misalnya, dari mana datangnya buah-buahan yang ada di muka bumi ini? Sudah pasti daripada pokok sebelumnya. Begitulah seterusnya hingga kepada matlamat asalnya iaitu permulaan wujud pokok itu.
Namun, ada yang tertanya-tanya, siapakan yang mengadakan semua ini? Siapakah yang mencipta alam yang sebegini luas lagi teratur buatannya? Walaupun seseorang itu digelar pendusta, munafik dan sebagainya, namun ia tidak dapat menafikan bahawa Allah swt menjadikan alam ini.
Tiada makhluk dapat mengatakan bahawa merekalah yang mencipta alam ini atau ia terjadi dengan sendirinya. Hayati firman Allah bermaksud:
'Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: 'Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?' Sudah tentu mereka akan menjawab: 'Allah'. Ucapkanlah (wahai Muhammad): 'Alhamdulillah' (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).' (Surah Luqman: 25)
Justeru, Allah telah mengutuskan rasul-Nya agar memperkenalkan kepada kita bahawa yang mencipta alam ini ialah Allah swt.