AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


+2
teruna desa
qasehnuryz
6 posters

    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3

    qasehnuryz
    qasehnuryz


    Posts : 61
    Join date : 2009-01-19

    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3 Empty Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3

    Post  qasehnuryz Wed Mar 11, 2009 6:30 am

    Subject: FW: Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3


    Saja nak kongsi dgn sahabat2 ya...Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3 minggu lepas perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpd Kitab "Sabilal Muhtadin" .


    Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak . Berikut sedikit perkongsian. Mohon sebaran


    Ulat MUlonG


    Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.



    Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.



    Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali".



    Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

    Syaikh Muham mad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" de ngan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

    ... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.



    Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.



    Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak men de ngar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.



    Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin

    Mohon sebaran
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3 Empty Re: Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3

    Post  teruna desa Fri Mar 20, 2009 7:58 am

    nasib baik tak makan aritu .....sebab waswas camner dia terhasil...
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3 Empty Re: Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3

    Post  detective conan Fri Mar 20, 2009 1:12 pm

    ada pic tak? tak pernah tengok ulat nie
    qasehnuryz
    qasehnuryz


    Posts : 61
    Join date : 2009-01-19

    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3 Empty Re: Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3

    Post  qasehnuryz Sat Mar 21, 2009 2:43 pm

    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3 Ulat_m11


    agagaga..geli mat mat mattt..geli matt Laughing
    udinthegreat01
    udinthegreat01


    Posts : 31
    Join date : 2009-03-18

    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3 Empty Re: Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3

    Post  udinthegreat01 Sun Mar 22, 2009 12:30 am

    salam...menarik kisah ulat nie,macam dh takader benda lain nak d makan...tapi ader gak lagi 'ulat-ulat' yang haram..tu dekat KLIA,bus station dan taxi station.Ingat! jangan 'terMAKAN' dgn mereka
    nangkasedap
    nangkasedap


    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3 Empty Re: Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3

    Post  nangkasedap Sun Mar 22, 2009 1:08 pm

    udinthegreat01 wrote:salam...menarik kisah ulat nie,macam dh takader benda lain nak d makan...tapi ader gak lagi 'ulat-ulat' yang haram..tu dekat KLIA,bus station dan taxi station.Ingat! jangan 'terMAKAN' dgn mereka

    ulat tu halal ke nak makan, ke kena samak dulu...
    Joyah
    Joyah


    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3 Empty Re: Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3

    Post  Joyah Thu Mar 26, 2009 9:27 pm

    qasehnuryz wrote:Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3 Ulat_m11


    agagaga..geli mat mat mattt..geli matt Laughing


    Ya Rabbi Qasehh... macamana org boleh larat nak makan ulat nihhhh ... hadoiiiii... tengok pun dah meloyakan. Tak relaaaaaaaaaaaa.....

    Sponsored content


    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3 Empty Re: Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 12:22 am