AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


5 posters

    kenapa orang kita sukar berubah?

    nangkasedap
    nangkasedap


    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  nangkasedap Fri Mar 06, 2009 11:57 am

    Perkara yang dibincangkan oleh khutbah Jumaat di sebuah masjid yang saya hadiri hari ini ialah berkaitan dengan sikap manusia yang sukar berubah. Dalam khutbah tersebut khatib memberitahu betapa sukarnya manusia hendak berubah daripada perkara tidak baik kepada baik. Dengan memberi contoh hingga mengaitkan perilaku binatang seperti kera, babi, labah-labah dan beberapa ekor binatang lain saya kira kupasan beliau agak lengkap dan menarik.

    Pada saya perihal manusia yang sukar berubah sememangnya sudah biasa dikalangan kita, umpamanya masyarakat kampung begitu terikat dengan adat istiadat kaum/puak hingga mengenepikan ajaran sebenar agama. Saya masih ingat lagi peristiwa di suatu tempat di Selatan tanahair, apabila seseorang telah menghadiri kematian sewaktu sampai di rumah, orang itu tidak boleh naik terus ke dalam rumah sebaliknya perlu mandi di luar rumah dan memakai pakaian lain, baru diizinkan masuk ke dalam rumah. Saya tidak tahu mengapa amalan berkenaan masih diamalkan.

    Di suatu tempat di Pantai Timur pula apabila berlaku kematian, kenduri doa selamat harus diadakan tujuh hari. Walhal benda tu tak diwajibkan pun dalam islam, tiga hari sudah pun memadai kerana tidak ingin membebankan keluarga yang terpaksa menghabiskan duit menyediakan makanan kepada tetamu, sedangkan seeloknya hanya perlu dihadiri kaum keluarga terdekat sahaja. Bila kita tanya ia merupakan lebih kepada tradisi ikutan nukan tuntutan agaman pun sebenarnya.

    Tetapi yang peliknya orang kita cepat berubah bila dikaitkan dengan hiburan dan hal kemasyarakatan, tengoklah sekeliling kita pada hari ini, kalau lambat sikit je kita akan tertinggal seumpama masuk kedalam masyarakat lain. Hari ini ungkapan bro, urban, blog, Mp3 menjadi sebutan kalau sape tak tau memang ketinggalan. Tetapi dalam soal ibadah tetap sama sahaja, tiada perubahan malah lebih teruk rasanya kerana masjid hanya dikunjungi untuk solat Jumaat sahaja, nama ulama pun tidak se-glamer nama artis.
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  bunga Fri Mar 06, 2009 2:26 pm

    Kehidupan manusia ibarat pantai yang dipukul ombak...

    Sedangkan kasih sayang lagikan berubah, inikan pula kehidupan harian.Very Happy

    Kita harus peka dengan perubahan terkini khasnya yang melibatkan kita sebagai consumer,spt penggunaan gadgets tertentu untuk membolehkan kita berfungsi setanding dgn teknologi terkini, namun,bukan semua perubahan itu bagus dan harus untuk kita.

    Mmg banyak yg keliru dan sukar utk membezakan antara agama yg dituntut Allah SAW dgn adat-resam-budaya yg dipelopori dari orang tua2, spt yg anda sebutkan ttg adap org yg harus mandi dulu dan bertukar pakaian sebelum dibenarkan masuk kerumah dimana ada kematian tuh.Disinilah tanggungjawab bersama orang2 Islam untuk memberi dakwah atau ceramah atau apa saje utk menerangkan betapa perlunya ambil berat tentang perbezaan diantara adat resam,khurafat dan tuntutan agama..bukan setakat terikut2 cakap org tua2 atau dulu2...apajua haruslah disertakan dgn dalil dan fakta tertentu.

    I think, masjid adalah tempat beribadah ~ yg utama bersolat dan pembelajaran juga satu ibadah,penduduk Islam disesuatu kawasan bole ambil kesempatan menjadikan masjid atau madrasah ~ menyibarkan syiar Islam ~fardhu ain,ceramah agama,majlis tilawah etc misalnya.Orang2 yg dihormati dalam Islam spt Imam,Tok Guru,Ulamak,Uztad atau yang berpengetahuan ttg Islam bole samada secara sukarela bole menjayakan matlamat ini dgn kerjasama penduduk setempat...makanya xdelah Masjid atau surau lesu menjadi tempat bersolat sahaja.

    Anyway,Rome wasn't built in a day... Cool

    p/s TQ mom.
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  detective conan Fri Mar 06, 2009 11:17 pm

    susah nak kata ..emmm
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  bunga Sat Mar 07, 2009 12:49 pm

    detective conan wrote:susah nak kata ..emmm

    ..apa yang susahnya Conan?

    Katakanlah wat you were thinking....
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  pokok Sat Mar 07, 2009 10:35 pm

    bunga wrote:
    detective conan wrote:susah nak kata ..emmm

    ..apa yang susahnya Conan?

    Katakanlah wat you were thinking....

    orang melayu mudah emosi dan taksub sesuatu benda
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  bunga Sun Mar 08, 2009 10:10 am

    pokok wrote:
    bunga wrote:
    detective conan wrote:susah nak kata ..emmm

    ..apa yang susahnya Conan?

    Katakanlah wat you were thinking....

    orang melayu mudah emosi dan taksub sesuatu benda

    ~ dan harus tau membezakan antara khurafat,adat-resam,budaya dgn agama!~
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re : kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  kumbang_aidc Mon Mar 09, 2009 2:52 am

    Mungkin orang kita sukar nak berubah kerana tak diberi peluang ?
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  pokok Tue Mar 10, 2009 2:20 am

    kumbang_aidc wrote:Mungkin orang kita sukar nak berubah kerana tak diberi peluang ?


    peluang dah ada tapi tak direbut kut...
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  bunga Tue Mar 10, 2009 6:51 am

    pokok wrote:
    kumbang_aidc wrote:Mungkin orang kita sukar nak berubah kerana tak diberi peluang ?


    peluang dah ada tapi tak direbut kut...

    Bukan itu aje, tapi susah sikit pun tak mau...<---segelintir

    ~~tengoklah PPSMI tuh kononnya menyusahkan pelajar2 xmahir bahasa Inggeris, usahalah sikit, ni semua mau disuapkan kemulut aje....namun begitu, dari pengalaman belajar bersama dgn pelajar2 Msia yang diluar negeri mereka adalah cemerlang dalam pembelajaran!!
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  pokok Tue Mar 10, 2009 12:46 pm

    itu dah terpilih bunga, dihantar ke sekolah asrama penuh, MRSM persdian dan sebagianyer...
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  bunga Tue Mar 10, 2009 1:06 pm

    pokok wrote:itu dah terpilih bunga, dihantar ke sekolah asrama penuh, MRSM persdian dan sebagianyer...

    Ohhh patutlah but still, nampaknya sistem pembelajaran Msia sgt bagus!! Jadi kenapa ada yg membantah tentang PPSMI yg telah dilaksanakan sejak 6 tahun yg lalu ~ the Question is why now? I think I could figure it out ~

    I hope I'm not out of topic still... Very Happy
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  pokok Tue Mar 10, 2009 1:15 pm

    bunga wrote:
    pokok wrote:itu dah terpilih bunga, dihantar ke sekolah asrama penuh, MRSM persdian dan sebagianyer...

    Ohhh patutlah but still, nampaknya sistem pembelajaran Msia sgt bagus!! Jadi kenapa ada yg membantah tentang PPSMI yg telah dilaksanakan sejak 6 tahun yg lalu ~ the Question is why now? I think I could figure it out ~

    I hope I'm not out of topic still... Very Happy
    yang bantah tu coz dah takde isu nak main, itu jerk
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  bunga Tue Mar 10, 2009 1:38 pm

    pokok wrote:
    bunga wrote:
    pokok wrote:itu dah terpilih bunga, dihantar ke sekolah asrama penuh, MRSM persdian dan sebagianyer...

    Ohhh patutlah but still, nampaknya sistem pembelajaran Msia sgt bagus!! Jadi kenapa ada yg membantah tentang PPSMI yg telah dilaksanakan sejak 6 tahun yg lalu ~ the Question is why now? I think I could figure it out ~

    I hope I'm not out of topic still... Very Happy
    yang bantah tu coz dah takde isu nak main, itu jerk

    ~ begitulah apabila semua dipolitikkan ~ so sad...yg bestnya mereka membantah PPSMI tapi banner2 yg dipegang ditulis dalam bahasa ibunda kaum2 tertentu??

    kenapa orang kita sukar berubah? Ppsmi_cina

    kenapa orang kita sukar berubah? Ppsmi_cina2
    "wonder if this child knows wot it is all about!!!"

    Sponsored content


    kenapa orang kita sukar berubah? Empty Re: kenapa orang kita sukar berubah?

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Sun Nov 17, 2024 11:48 pm