Setelah usaha Yayasan Kristian bernama Konrad Adenuer Foundation (KAF) gagal menubuhkan Interfaith Council (IRC) atau Suruhanjaya Antara Agama melalui kerajaan Malaysia gagal pada tahun 2004, kini yayasan Kristian itu berjaya setelah kemenangan PR di Pulau Pinang.
Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama yang meletakkan agama Islam setaraf dengan agama-agama lain ini adalah selaras dengan agenda penubuhan IFC.
Pada 22 Februari 2008, di Sungai Dua, Pulau Pinang , Shabudin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), sekali lagi mendedahkan agenda licik Yayasan Kristian memperkenalkan menjenamakan semula IFC menggunakan nama Majlis Perundingan Antara Agama.
Yang Dipertua MAINPP menyelar usaha kerajaan Pulau Pinang itu yang cuba memperlekehkan Islam dengan meletakkan sama taraf dengan agama-agama lain di negara ini.
Yayasan Kristian sudah lama mencari jalan untuk mempengaruhi kerajaan Malaysia agar memperkenalkan IFC di Malaysia. Yayasan itu percaya usaha itu akan berjaya hanya melalui tokoh politik yang berpengaruh dalam masyarakat yang menyokong dasar liberalisme.
Akhirnya yayasan Kristian itu bertemu tokoh politik yang paling sesuai iaitu Anwar Ibrahim. Ketokohan Anwar di dalam UMNO menjadi bukti bahawa Yayasan Kristian perlu membantu lagi dari segi penajaan, dan pengiktirafan untuk meningkatkan imej tokoh itu.
Justeru itu pada tahun 1996, Anwar Ibrahim diberi anugerah kebesaran oleh dua buah universiti Kristian untuk mengiktiraf jasa-jasanya penyumbang utama dalam mempromosikan kefahaman antara agama (inter-religious understanding) di negara ini.
Anwar menerima anugerah Pingat Presiden daripada Georgetown University, Washington DC dan anugerah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University, di Filipina.
Pada tahun 1984, sebuah lagi Yayasan Kristian bernama Konrad Adenuer Foundation (KAF) dari Jerman telah sukarela menaja badan pemikir Anwar yang dikenali sebagai Institut Kajian Dasar (IKD)
Setelah 14 tahun Yayasan Kristian menghabiskan wang untuk dengan menaja program-program Anwar melalui seminar, bengkel, forum dan sebagainya, apakah Yayasan itu mahu balasan daripada Anwar ?
Yayasan Kristian hanya mahu satu sahaja iaitu meliberalkan dominasi Islam di Malaysia dan meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain yang dipanggil sebagai pluralisme atau IFC.
Sebab itu Yayasan Kristian sanggup menghabiskan jutaan wang semata-mata untuk memastikan Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri dan polisi itu (IFC) akan dilakukan oleh Anwar.
Malangnya, harapan Yayasan Kristian berkecai, apabila Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan selepas itu merengkok di dalam penjara Sungai Buloh.
Walau bagaimanapun, Yayasan Kristian tetap tidak berputus asa, masih membantu badan pemikir Anwar (IKD), setelah melihat tahap sokongan rakyat masih lagi menyebelahi Anwar dalam gelombang yang dinamakan ’reformasi’.
Yayasan Kristian memberi dana bulanan sebanyak satu Juta US Dollar kepada IKD mulai 1999 untuk meneruskan projek pluralisme yang diIslamkan menjadi Islam tanwiri (Islam Moderat).
Grant bulanan Yayasan Kristian itu dimasukkan ke dalam akauan Syarikat Gelora Sdn Bhd, syarikat milik Khalid Jaafar, Pengarah IKD.
Melalui grant bulanan itu badan pemikir Anwar telah menjalankan gerakan meliberalkan Islam di Malaysia serta mengukuhkan semula program-program PKR supaya menjadi parti yang berpengaruh di Malaysia.
Pada tahun 2004, setelah Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar memilih untuk merawat di Munich, Jerman, kerana negara itu merupakan negara penaja Anwar sebelum ini.
Pada 2005-2007, Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat dan telah mendapat grant-grant mega dari Yayasan Kristian dan Yahudi untuk mengembalikan semula imejnya sebagai tokoh politik harapan baru Malaysia.
Bantuan grant-grant mega yang diberikan kepada Anwar termasuk RAND Corporation, Brookings Institution, National Endowment For Democracy (NED), Foundation For The Future dan lain-lain.
Pada 2008, Anwar kembali ke Malaysia dan berjaya memenangi lima negeri di Malaysia dalam PRU 12. Pihak penaja di Amerika meletakkan kejayaan PR dalam PRU 12 semuanya kerana FAKTOR ANWAR IBRAHIM.
Akhbar harian Israel, The Jerusalem Post, lantas menulis rencana mengatakan ANWAR IBRAHIM ADALAH HARAPAN BARU PM MALAYSIA.
Sebagai menunaikan jasa penaja-penaja luar Anwar, langkah pertama diperkenalkan Majlis Perundingan Antara Agama di Pulau Pinang kerana negeri itu diperintah oleh DAP dan PKR.
Namun, pihak Yayasan Kristian dan Yahudi tidak berpuas hati sekadar melaksanakan IFC di sebuah negeri sahaja, mereka masih mengharapkan ANWAR IBRAHIM SEGERA MENJADI PM agar dasar itu boleh dijalankan oleh semua negeri-negeri di Malaysia.
1. Apakah Interfaith Commission (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain.
Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.
2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu <strong>Konrad Adeneuer Foundation (KAF).</strong>
4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.
5. Apakah TUNTUTAN IFC :
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.