AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


2 posters

    Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara..

    NTanwar
    NTanwar


    Posts : 12
    Join date : 2009-01-16

    Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara.. Empty Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara..

    Post  NTanwar Sun Feb 15, 2009 1:53 pm

    Dulu ketika dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar beritahu rakyat Malaysia bahawa dia terpaksa ’mencari rezeki’ di Amerika kerana tiada peluang ’mencari rezeki’di Malaysia.

    Maka berhijrahlah Anwar ke Amerika yang mendakwa dirinya mencari rezeki sebagai pensyarah pelawat universiti (John Hopkin dan Georgtown). Anwar menetap di Amerika selama dua tahun (2005-2007).

    Sekembalinya Anwar ke tanah air pada akhir 2007, dia membawa wang yang banyak. Anak-anaknya semuanya dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Rumahnya di Damasara telah dijual dan dibeli rumah baru yang lebih besar di Bukit Segambut bernilai puluhan juta.

    Hanya dua tahun berkelana di Amerika mampu membina rumah semewah itu. Itu yang ditunjukkan kepada kita. Dari segi kemewahan rumah, yang tidak ditunjuk, masih banyak lagi.

    Pegawai khas Anwar pun ramai, selain Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nathaeil Tan, Rahimi Osman, Sim Tze Tzi dan lain lain lagi. Dari mana Anwar dapat duit membayar seramai pegawai khas itu ?

    Itu belum kira pegawai khas kepada pegawai khas, Saiful Bukhari Azlan.

    Saiful diberi pula kondominium mewah di Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara dengan kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre". Kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 .

    Kalau Anwar sanggup berbelanja RM7,500 sehingga RM15,000 sebulan semata-mata untuk membayar sewa kondo mewah, berapa pula bayaran gaji bulanan Saiful ? Berapa pula gaji bulanan pegawai-pegawai khas lain yang turut Anwar bayar ?

    Itu cerita sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Sekarang Anwar sudah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan mendapat gaji tambahan sebagai ketua pembangkang.

    Tetapi Anwar masih berulang-alik ke luar negara memenuhi tugasan Amerika Syarikat.

    Kalau masih berminat menjadi penceramah Amerika, kenapa bertanding di Malaysia ? Sampaikan ketika Pakatan rakyat sibuk menangani masalah pilihanraya kecil di Perak dan Kedah, Anwar masih sibuk dengan urusan Amerika.

    Terbaru, Anwar bersama Madeline AlBright di Doha Qatar, kononnya hendak menyelesai masalah Gazza. Apa cerita, masih menjadi penceramah Amerika, walaupun sudah berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang ?

    Masih tidak cukup gaji ketua Pembangkang di Malaysia, hingga masih sibuk ke hulu ke hilir menjadi penceramah Amerika ?

    Sejak bila pula bangsa Yahudi bernama Madeline Albright berminat membantu umat Islam di Palestin, kecuali mengusahakan tindakan agar negara-negara Islam tunduk kepada Amerika dan Israel..

    Kalau kita membaca keynote address Anwar di Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum, 14 February, 2009, Four Seasons Hotel, Doha, Qatar pun kita tidak pandangan-pandangan bernas Anwar untuk menyelesaikan masalah Ghazza, kecuali ucapan seorang agen Amerika yang merayu-rayu agar kempimpinan Obama membaiki sikap terhadap dunia Muslim.

    Kata Anwar, “Our deepest fears were abated with hope that the Obama administration would honour the promises of a new agenda to re-engage with America’s friends and foes around the world in the interests of greater peace and in the pursuit of justice and liberty.

    We see a president committed to the values of freedom and democracy, a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect”

    Itu hanya rayuan agen Amerika kepada majikannya Amerika Syarikat. Belum tentu Obama mempedulikan pandangan Anwar yang dianggap gagal melaksanakan misi Amerika di Malaysia.

    Anwar menuduh Malaysia membayar pelobi Yahudi bernama Jack Abramof untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Perjumpaan sekali itu dicanang Anwar berulang-ulang kali. Itu hanya sekali.

    Anwar yang berjumpa banyak kali dengan pelbagai Yahudi, bukan setakat Jack Abramof, malah Madeline Abright, Carl Gershman, Paul Wolfowitz, Al Gore dan pelbagai tokoh-tokoh Yahudi lagi semata-mata untuk melobi memburuk-buruk Malaysia dan membantunya agar dapat menawan Malaysia.

    Anwar tidak bising kalau dia berunding dan melobi dengan Yahudi untuk memburuk-buruk Malaysia. Anwar akan bising kalau ada pihak dari Malaysia yang melobi sama untuk memperbetulkan dakwaan negatif Anwar.

    Inilah manusia talam dua muka, di depan PAS cakap lain, di depan Amerika cakap lain. Di depan PAS, Anwar cakap, ’ana akan berunding dengan Amerika untuk selesaikan masalah Ghazza”, di depan Amerika pula, ”i sudah dapat kontrol Parti Islam SeMalaysia, semua di bawah telunjuk i sekarang”

    Anwar sibuk berceramah dengan Madeline Albright di Qatar, Ustaz Hadi pula sibuk mempertahankan Pakatan Rakyat di Malaysia.

    Apa cerita permainan politik Anwar dengan ustaz Hadi ini ?

    Anwar sendiri bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.

    Kalau Anwar sudah bersekongkol dan mendapat habuan yang lumayan daripada yayasan-yayasan Yahudi di Amerika Syarikat, kenapa kita masih menaruh harapan lagi kepada Anwar.

    Tanpa pertolongan rakyat Malaysia pun Anwar sudah mendapat kesenangan dunia hasil pertolongan Amerika dan Israel. Dengan pertolongan rakyat Malaysia, akan mempercepatkan lagi hasrat Amerika dan Israel menobatkan bonekanya menjadi PM Malaysia..
    NTanwar
    NTanwar


    Posts : 12
    Join date : 2009-01-16

    Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara.. Empty Ketika parlimen bersidang..Anwar masih berforum dengan Amerika..

    Post  NTanwar Tue Feb 17, 2009 4:50 am

    Ketika majlis perasmian mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-12 hari ini (16 Feb) berlangsung, Anwar masih lagi di Doha. Katanya terlepas penerbangan.

    Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan sidang parlimen, tanpa kehadiran Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh.

    Tak kan lah kebencian Anwar kepada Sultan Perak, hinggakan kehadiran Yang Dipertuan Agong pun mahu diboikot ?

    Anwar kata, dia nak memartabatkan raja-raja Melayu semasa ucapannya dalam Kongres PKR baru-baru ini, tetapi tindak tanduknya semasa kes Perak dan terbaru sidang parlimen, tidak mencerminkan begitu.

    Ketika Pakatan Rakyat mengadakan bengkel pemaufakatan PKR, PAS, DAP, sejak semalam (15 Feb), semua pemimpin besar PR hadir kecuali ketuanya Anwar Ibrahim.

    Anwar yang cadangkan tarikhnya, gesa dirapatkan hubungan antara ketiga parti, tetapi Anwar juga yang tidak hadir.

    Tak kan merajuk dengan gesaan Karpal yang desak Anwar letak jawatan sebagai Ketua Pakatan. Kata Karpal, Anwar tidak bermoral..perlu bertaubat dan perlu letak jawatan segera dan PR perlu mencari calon lain sebagai ketua..

    Berdasarkan tindak tanduk Anwar di Perak, tidak hadir sidang pembukaan parlimen, tidak hadir mesyuarat PR, maka kata-kata Karpal adalah benar..

    Ketika Anwar sedang berforum dengan Amerika, masalah partinya sedang berkecamuk. Gambar-gambar bogel exco PKR Selangor-Elizaberth Wong sedang disebar luas. Macam mana gambar exco PKR berbogel boleh tersebar. Adakah ahli PKR tidak beretika dan mengambil calon tangkap muat tanpa mengira soal personaliti ?

    Sebelum ini Zul Hassan aktivis PKR yang memegang jawatan dalam Majlis Daerah Perak pernah berbangga dengan mengatakan "seks seperti menerima sedekah" ketika dia melakukan perlakuan seks dengan seorang wanita Cina.

    ADUN PKR Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah juga pernah 'menghilangkan diri' kerana 'ditangkap basah' bersama wanita lain oleh isterinya sendiri .

    V.Arumugam, Adun PKR Bukit Selambau yang juga exco kerajaan Kedah juga terpaksa meletak jawatan exco serta mengosongkan kerusi DUNnya apabila kegiatan seksnya dibongkar.

    Anwar sendiri sebagai Ketua Penasihat PKR juga masih menanti kes liwatnya di mahkamah, apabila bekas pembantunya melaporkan bahawa dirinya diliwat oleh majikannya.

    Inilah wajah sebenar PKR, penuh dengan penyelewengan dan skandal seks.

    Seperti kata pepatah, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari..

    Ketidak hadiran Anwar dalam acara penting politik negara, bukan kali pertama. Dulu ketika penamaan calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, Anwar juga tidak menghadirkan diri. Dia ghaib di Turki bersama dengan Erdogan untuk menyusun drama kononnya berlaku permusuhan antara Erdogan dan Simon Perez.

    Drama disusun untuk menipu dunia Islam supaya menjadikan Turki sebagai model negara Islam yang boleh mengiktiraf Israel sebagai negara sah.


    Anwar tidak mempedulikan soal rakyatnya di Permatang Pauh, tidak mempedulikan Raja-raja Melayu, hatta tidak menghormati Yang Dipertuan Agong, tidak mempedulikan Pakatan Rakyat, yang Anwar peduli HANYA menjaga hubungannya dengan Amerika Syarikat.

    Penting sangatkah menjaga hubungan dengan Amerika hingga sanggup ketepikan sidang parlimen, PR dan masalah parti sendiri ?

    Penting sangatkah menjaga hati Madeline Albright, si Yahudi tua yang sudah tidak bergigi ?

    Jawabnya memang penting, kerana program US-Islamic World adalah anjuran Brookings Institution dan Saban Center for Middle East Policy yang dimonolopoli oleh Yahudi Kumpulan Demokrat.

    Di belakang kedua-dua badan ini adalah Presiden Bill Clinton. Clinton pula adalah suami kepada Hillary, Setiausaha Negara Amerika sekarang ini.

    Clinton juga merupakan god father kepada Barack Obama yang sama-sama dari parti Demokrat.

    Apa pula kaitan dengan Madeline Albright ? Madeline AlBright adalah bekas Setiausaha Negara pada zaman Bill Clinton dan sekarang menjadi Pengerusi National Demokractic Institute (NDI) yang banyak membantu Anwar dan PKR di Malaysia.

    Anwar bukan nampak Madeline Abright, tetapi Anwar nampak siapa di belakang Yahudi tua itu iaitu Barack Obama dan Hillary Clinton.
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara.. Empty Re: Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara..

    Post  detective conan Tue Feb 17, 2009 1:15 pm

    apa barang politik mesia, dia kan amerika forever ....jika US suruh dia gi antartika pun dia pergi, mana boleh tinggal. disana tentu ada benda penting yang sedang diusahakan oleh US, dan anwar bertindak sebagai peserta yang pro US...nasib la...orang malaysia...sekali tengok cam anwar saadat dua kali tengok cam benazir Bhutho empat kali tengok macam Gusdur lima kali tengok cam Yahudi...

    Sponsored content


    Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara.. Empty Re: Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara..

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Sun Nov 17, 2024 6:49 pm