AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Perak dah bertukar jadi Emas

    pochong
    pochong


    Posts : 25
    Join date : 2009-01-21

    Perak dah bertukar jadi  Emas Empty Perak dah bertukar jadi Emas

    Post  pochong Fri Feb 13, 2009 1:20 pm

    Tak sangka pulak Perak dah jadi Emas, menjadi rebutan pelbagai pihak, dari dulu sampai sekarang. Jika kita imbas balik sejarah Perak, ada mencatatkan kumpulan Hai San dan Gee Hin bergaduh dan berperang kat daerah Larut hingga menyebabkan pertumpahan darah berlaku. Dikatakan terdapat 3 perang tercetus bermula 1961 hingga 1973 yang paling hebat ialah perang ke tiga kerana melibatkan kematian orang cina yang paling ramai iaitu hingga menjangkau 3000 orang.
    Punca perbalahan kumpulan Gee Hin dan Hai San ini dikaitkan dengan faktor ekonomi iaitu merebut kawasan lombong timah dan saling nak tunjuk kuasa siapa paling hebat. Perang ini juga telah menyebabkan Menteri Larut Ngah Ibrahim terpaksa meminta bantuan British akhirnya. Pada masa itu Raja Ismail yang memerintah Perak diceritakan gagal menyelesaikan permasalahan ini kerana beliau juga mengalami masaah dalaman iaitu perebutan tahta Sultan oleh Raja Abdullah.

    Ekoran Perang Gee Hin dan Hai San ini telah menyebabkan situasi di negeri Perak ketika itu tidak stabil hingga menyebabkan British mula campur tangan dalam politik Perak, akhirnya temeterailah perjanjian Pangkor pada 1874. Kesan utama perjanjian yang diaturkan oleh Sir Andrew Clarke ialah negeri Melayu terpaksa menerima residen Brtish J.W.W. Birch sebagai penasihat. Maka bermulalah era campur tangan British Di Tanah Melayu.


    Tahun 2009 sejarah tu dah macam nak mula kembali tetapi versi dah berbeza bila dua pihak iaitu BN dan PR saling mendakwa mereka yang tengah berkuasa, cuma tak pasti sape jadi kumpulan Hai San dan sape kumpulan Gee Hin. Dan tak tau juga sape jadi Raja Abdullah sape jadi Raja Ismail.

    http://pochongmenulis.blogspot.com/search?updated-max=2009-02-10T10%3A08%3A00%2B08%3A00&max-results=2

      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 11:55 pm