AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    mencari roh pas dalam pkr.

    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    mencari roh pas dalam pkr. Empty mencari roh pas dalam pkr.

    Post  detective conan Fri Jan 30, 2009 1:55 pm

    Saya sangat yakin, jika sokongan yang diberikan kepada Pas seperti di Kuala Trengganu, pemerintahan PR akan semakin kuat dan kalaulah orang seperti Wahid Endut berada di mana-mana kawasan PR, pastinya di tahun 2013, PR akan tambah kerusi.

    ‘Tidak!” tiba-tiba seorang kawan saya yang sejak dulu totok dengan Pas melenting menyanggah.

    ‘Memang dasarnya peperintahan PR. Bagus. Tapi hakikatnya bukan PR sebaliknya DAP di Penang, Pas di Kedah dan Campuran di Perak ,Selangor ++ dan Kelantan Pas totok.”

    ‘Jadi apanya, kenapa?’ saya sangat tertarik sanggahan kawan saya ini. Dia kurus melengkong macam lantai papan jambatan. Dan kemudiannya saya bersetuju dengannya.

    Memang pun saya sangat bangga apabila PR dikatakan menguasai 4 negeri dan kini khabarnya telah membentuk ‘Majlis Menteri Besar.’

    Tetapi bagi saya pembentukan itu tidak lebih dari satu pakatan mendahulu bangga dari hakikat kualiti sebagai pemerintah itu sendiri. Ia lebih merupakan berlunjur sebelum bersila. Ia lebih menggambarkan ‘berat rantai dari beruk.’ Bagaimana pun entahlah jika dari kaca mata politik, ia perlu.

    Kebimbangan yang ‘paling’ besar bagi saya ialah apabila berpeluang menjengok ke dalam rumah pemerintahan PR dan bukan ‘kosmetik’ PR itu sendiri. Kemenangan Datuk Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh Ogos tahun lalu memang hebat, tapi ia tidak bererti jengukan kita ke dalam rumah PKR membanggakan.

    Adun Penanti yang menjadi Timbalan Ketua Menteri mula diperkatakan dan kemudiannya tali TKM ditarik semula. Maka yang kuatnya dalam rumah PKR dalam pemerintahan PR ialah DAP.

    Tak pun orang terfikir masa depan, setidak-tidaknya empat tahun lagi, apakah prestasi begitu akan memantapkan pemerintahan PR yang majoritinya DAP? Pas pun kena ambil peduli. Jangan asyik ber ‘Insyaallah’ saja.

    Memang ini buruk sangka untuk masa depan ( seperti kata seorang pengulas blog terhadap saya) tetapi kita mesti membacanya juga untuk memperkasakan masa depan. Katakan saja YB dari PKR sangat lemah. Dalam hal ini orang tidak akan menuding jari kepada PR Pulau Pinang sebaliknya tentu kepada PKR Pulau Pinang.

    Kedah ,Perak atau Selangor bagaimana?

    Bacaan orang politik, Perak PR masih dan mampu bertahan tetapi majoriti komponen PR akan berubah. Kini tambah satu hasil dari lompatan YB Umno. Bagaimana pun calon DAP lebih menguasai walaupun tetap pemerintahan PR.

    Bukan mustahil akan ada calon Melayu yang menjadi ahli DAP, kemudian bertanding dalam pilihanraya hanya semata-mata hendak memenuhi syarat seorang menteri besar mestilah Melayu dan beragama Islam. Ketika itu Menteri Besar dalam pemerintahan PR di Perak bukan dari Pas, tetapi dari DAP berbangsa Melayu/ Islam. Dan di Pulau Pinang mimpi ini tidak akan terjadi walaupun calon PKR hampir tepu mulut tempayan pemerintahan PR.

    baca selanjutnya di http://aziziabdullah.blogspot.com/2009/01/mencari-roh-pas-dalam-pkr.html
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    mencari roh pas dalam pkr. Empty Re: mencari roh pas dalam pkr.

    Post  detective conan Fri Jan 30, 2009 2:00 pm

    Tulisan di atas bukan conan yang tulis, orang PAS yang tulis, jika benarlah pendapat penulis tersebut maknanya MB perak sekarang hanya Boneka sahaja, sampai masa jawatan tersebut diserah kepada DAP, kalau diperhatikan sekarang pun seolah -olah Ngeh Koh Ham yang jadi MB disebalik tabir, takde apa yang boleh dibanggakan, sepenggal lagi jika PR masih memenangi Perak maknanya MB Melayu mungkin dari DAP, kerana DAP akan meletak calon dari orang Melayu. Agak-agak forumer kenapa saudara Azizi begitu risau senario ini berlaku?

    Tulisan Azizi juga menjelaskan tiada apa yang boleh dibanggakan dengan Pulau Pinang, orang keadilan memang lesu membela orang Melayu...

      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 3:03 pm