AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Kerajaan Perpaduan : Penyelesaian krisis politik di Perak?

    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Kerajaan Perpaduan : Penyelesaian krisis politik di Perak? Empty Kerajaan Perpaduan : Penyelesaian krisis politik di Perak?

    Post  kumbang_aidc Thu May 14, 2009 8:38 pm

    Analisis Kumbang..

    Ramai daripada kita pening memikirkan krisis politik Perak yang tidak berkesudahan. Ada dua pihak yang terlibat di dalam krisis ini. Di satu pihak, mereka tidak mahu menerima kenyataan bahawa mereka sudah kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri dan inginkan DUN dibubar untuk 1 pilihanraya lagi diadakan. Malangnya pihak ini ingin membubarkan DUN di atas perkenan Sultan yang 'disembah derhaka' oleh mereka.

    Bagaimanakah rasa agaknya jika kita membawa lari anak perempuan orang untuk berkahwin di Sempadan Siam dan kemudian balik semula ingin memohon restu kembali kepada bapa perempuan itu. Perlakuan seperti ini sama dengan apa yang terjadi di Perak kerana kuasa Sultan dinafikan seperti si bapa tadi yang dinafikan hak untuk mewalikan anaknya. Kuasa Sultan untuk melantik Menteri Besar baru berpandukan majoriti dinafikan oleh mereka-mereka ini.

    Di satu pihak lain pula cuba mempertahankan majoriti yang ada pada mereka dan tidak mahu pilihanraya diadakan kerana Sultan sudah memahami peranan majoriti yang mereka kecapi di dalam Dewan Undangan Negeri. Hingga sampai ke tahap membilang kepala-kepala ADUN di Istana untuk memastikan majoriti. Tetapi sayang perlakuan Sultan ini langsung tidak diendahkan dan dimengerti oleh golongan-golongan yang tidak menerima kenyataan.

    Persoalannya, apakah penyelesaian konflik ini?
    Kalau ditinjau pendapat daripada penyokong Pakatan Rakyat sudah tentu mereka inginkan 1 pilihanraya peringkat negeri selepas DUN dibubarkan.
    Kalau ditinjau pendapat penyokong Barisan Nasional sudah tentu mereka tidak mahukan pilihanraya.

    Jadi apa penyelesaianya?

    Satu syor yang Kumbang baca semalam adalah soal kerajaan perpaduan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak, menurut sumber PAS sendiri Anwar dan Lim Kit Siang sudah bersetuju terhadap hal ini iaitu berkerjasama dengan UMNO. Syor ini juga dipersetujui oleh Ku Li yang membentangkan 2 cara penyelesaian krisis politik Perak iaitu pilihanraya semula dan kerajaan perpaduan.

    Hal kerajaan perpaduan ini satu idea lama dari zaman kepimpinan Dato Asri yang telah disuarakan semula oleh Presiden PAS Haji Hadi dalam beberapa bulan yang lalu. Idea ini telah dikritik oleh golongan erdogan di dalam PAS yang ternyata tidak senang dengan hal ini. Tetapi dengan persetujuan Anwar untuk berkerjasama dengan UMNO semalam, mungkin dapat menghilangkan kritikan-kritikan ini dan menutup mulut mereka.

    Adakah idea kerajaan perpaduan ini akan menjadi nyata di Perak?
    Adakah ini langkah terbaik untuk mengelakkan pembaziran jutaan ringgit jika pilihanraya diadakan?
    Adakah ini petanda pembangunan akan kembali lancar di Perak selepas ini dan rakyat diutamakan?

    Semuanya terpulang pada Najib dan pimpinan Pakatan Rakyat serta mereka-mereka yang terlibat.

    Cuma Kumbang yang kecil ini ingin mengingatkan, adakah BN bersedia untuk berkerjasama dengan Anwar di kala Anwar kini menggeletar menunggu tarikh perbicaraan kes Saiful?
    Dan ditambah lagi dengan khabar angin yang mengatakan kini seorang adun dan seorang ahli parlimen akan keluar daripada PKR.
    Adakah di kala ini BN ingin berkerjasama dengan PR?

    Tinggal sedikit sahaja masa lagi untuk Anwar di 'checkmate'kan, harap BN peka dan jangan leka.

    Tapi Kumbang percaya apa-apa pun keputusan Najib tentang hal ini, pasti rakyat akan didahulukan dan pencapaian diutamakan.

    Jangan tersilap langkah, nanti bila-bila masa boleh rebah..

    Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?
    Sumber : Analisis Ringanhttp://analisisringan.blogspot.com/2009/05/kerajaan-perpaduan-penyelesaian-krisis.html

      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 7:34 am