AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


+3
ore kito
teruna desa
detective conan
7 posters

    Kamal Atarturk seorang biseksual?

    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty Kamal Atarturk seorang biseksual?

    Post  detective conan Sun May 03, 2009 12:34 pm

    Sudah hampir 75 tahun bumi tanduk emas, gersang dengan pemerintahan yang diredhai Allah, bukan salah khalifah yang terakhir sebagai perosak ,dan bukan pula salah sistem pemerintahan itu sendiri, tetapi rakyat Turki yang sedar menyalahkan “bapa pemodenan turki”iaitu jelmaan Firaun ke-2 selepas Raja Ramses 2 yang terkenal dengan kezalimannya memerintah rakyat Mesir pada zaman nabi Musa A.S., bezanya Ataturk adalah seorang firaun di zaman moden. Itulah pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak orentalis dan pengkaji-pengkaji barat, sedangkan sebenarnya beliau bukanlah seorang penyelamat. Bahkan beliau adalah seorang bapa perosak agama di atas nama agama itu sendiri.

    Mustafa Kemal Ataturk, anak kelahiran Salonika, Greece ini telah banyak mengenengahkan idealisma-idealisma yang merosakan pemikiran rakyat Islam Turki. Kelahirannya yang dikatakan masih kabur dan kurang jelas dari segi catatan masa, hari,bulan, dan tahun menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin yang popular (dengan kezalimannya), tetapi beliau sendiri yang mencatatkan tarikh kelahiranya pada 19 Mei iaitu hari di mana beliau mendarat di bandar Samsun berhampiran dengan Laut Hitam, di utara Anatolia, di mana tempat ini beliau mula melancarkan gerakan Pembebasan Turki.

    Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Downammah iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.

    Zubeyde pula bonda kepada Firaun moden, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat,maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

    Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya denagn mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden”


    “Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta itu.Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Othmaniyah. Kerana itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu”

    Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan beliau adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul.

    Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung, digantikan oleh sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan “Mustafa Kemal Ataturk.” (nama Kemal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik)

    Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah, banyak pula ulamak yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak –ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh sheikh-sheikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.

    Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Othmaniyah dan juga bukti beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir, beliau menegaskan bahawa agama terpisah dengan urusan harian bahkan mendakwa Nabi Muhammad SAW telah berbuat demikian. Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan katanya, “saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan, biarkan mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah (menutup kepala)!”

    Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat diajar menjadi perompak-perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar ini terus dilaksanakan sehingga ke hari ini hinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan di setiap persimpangan jalan. Sebagai menandakan Turki adalah sebuah negara maju, terdapat banyak binaan tugu-tugu dan patung-patung di dalam negara di mana binaan-binaan ini dimegah-megahkan dan disanjung tinggi terutamanya patung ukiran dirinya sendiri sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk mengaburi mata rakyat bahawa beliau ini memajukan Turki. Dengan dasar dan idea ini jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti Firaun Ramses II yang memerintah Mesir dengan suka bermegah-megah bersama binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama keangkuhannya di dasar Laut Merah. Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid lengang dan kosong. Kebanyakannya manusia lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut bahkan azan yang dilaungkan oleh muazzin dianggap seperti tidak bernilai. Si Firaun moden ini telah mengubah kalimah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan sembahyang Jumaat diterjemahkan di dalam bahasa Turki. Sebarang bentuk tulisan yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di dalam pentadbiran sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’sRepublic of Culture”. Beliau telah menarik keluar asas penerapan Islam dari setiap institusi Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. (He rooted out islam’s pervasive impact on the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini, namun ia tetap dilaksanakan.

    Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah hukum aurat wanita di dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang ini, ia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber kemaksiatan. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.”

    Jelas sekali Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu dilucutkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Ataturk jelas sama sekali tidak menampakan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi dengan binaan-binaan masjid yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota Republik!”

    Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Ataturk, terutamanya pihak barat. Manakala orang-orang Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada mereka selepas Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always marched the east to west.”

    Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio ekonomi yang amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Downamah terus menguasai ekonomi Turki termasuk di dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000.

    Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Ataturk, hingga kini tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas dunia milikNya ini.

    Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda : “.. Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”


    Last edited by detective conan on Sun May 03, 2009 12:40 pm; edited 1 time in total
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty Hina ulamak dan islam, Atarturk mati tidak diterima bumi

    Post  detective conan Sun May 03, 2009 12:39 pm

    Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu sebenarnya bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir uthmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

    Cara kematian Ataturk adalah begitu hina sekali samada di ambang kematiannya dan juga selepas kematiannya. Ketika beliau menghadapi sakaratulmaut, beliau masih lagi berminat dengan perkara-perkara maksiat seperti minum arak,berzina dan ke pusat-pusat kasino. Allah membalas dengan menghodohkan mukanya, bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Badannya pula dipanaskan Allah hinggakan Ataturk melekapkan ketulan-ketulan ais di badannya. Pihak bomba juga dipanggil untuk memancutkan air ke dinding biliknya.Sepertimana yang telah dikatakan oleh Lord Kinross, “…But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk’s bedroom.” Kepanasan yang dialami oleh Ataturk ini, menjadikannya tidak selesa tinggal di istana Dolmabahce itu sehingga beliau meminta dirinya direndamkan di dalam Selat Bosphorus.

    Walaupun suatu ketika, beliau amat antikan perubatan tradisional dan amalan jampi- menjampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya dirinya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengatasi penyakitnya. Sepertimana ucapan beliau di bandar Samsun pada tahun 1924, “Pengetahuan dan sains adalah panduan terbaik bagi semua perkara dalam dunia ini, untuk keduniaan, perkara-perkara kerohanian, kehidupan dan kejayaan” (Knowledge and science are the best guide to everything in the world,to material and to spiritual things,to life and to success.) Namun kuasa Allah tiada siapa yang boleh menandinginya. Ataturk menemui ajal dengan keadaan terjerit-jerit akibat kepanasan di tubuh badannya hingga suaranya dapat didengari oleh seluruh rakyat Istanbul dari istana Dolmabahce!

    Selepas kematian Ataturk, Allah memperlakukan mayatnya dengan hina sekali. Ia tidak dimandikan, dikapankan, disembahyangkan atau dikebumikan dengan secepat mungkin sepertimana yang dipinta oleh Islam bahkan beliau diawet dan diletakkan di ruangan istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam. Kemudian mayatnya dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November 1938, mayat beliau dipindahkan ke Muzium Etnografi di Ankara.

    15 tahun kemudian, pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit Resat Tepe di Ankara. Sebenarnya jasad Ataturk pernah dikebumikan tetapi tidak diterima bumi. Pada awalnya, mayat Ataturk dikebumikan di Istanbul tetapi keesokkan harinya mayat Ataturk dimuntahkan kembali. Sudah beberapa ulama Turki cuba mengebumikannya di Istanbul, namun kejadian yang sama turut berlaku dan mereka berpendapat bumi Istanbul hanya layak untuk pejuang-pejuang Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fatih dan Sultan Abdul Hamid II sahaja. Ataturk tidak layak bersama mereka. Kemudian Ataturk dibawa ke Ankara namun kejadian yang sama turut berlaku seperti mana di Istanbul dan akhirnya Ataturk hanya diletakkan begitu sahaja di bawah binaan batu marmar seberat 44 tan. Untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menggambarkan bahawa betapa rakyat Turki masih lagi mengharapkan ‘kepulangannya’.

    Inilah akibat kepada Firaun generasi kedua yang selalu menentang kebenaran dan bermegah-megah dengan apa yang dilakukan. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya dan Islam tetap subur di mana sahaja walaupun gegaran sekularisma datang menghempap


    Last edited by detective conan on Sun May 03, 2009 1:13 pm; edited 1 time in total
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty Demokrasi barat punca jatuhnya kerajaan Uthmaniyah Turki

    Post  detective conan Sun May 03, 2009 1:02 pm

    Tahun 1918, umat Islam kehilangan sistem khilafah islam. Pada saat itu, Khilafah Islamiyah terakhir telah dibuang negeri dan secara rasmi sistem itu dihapuskan oleh pemerintah baru Turki.

    Para ahli sejarah bersepakat, zaman Khalifah Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566) merupakan zaman kejayaan dan kehebatan Khilafah Uthmaniyah. Pada masa ini, Khilafah Uthmaniyah telah jauh meninggalkan negara-negara Eropah di bidang ketenteraan, sains, dan politik.

    Namun sayang, setelah Sulaiman al-Qanuni meninggal dunia, khilafah mulai mengalami kemerosotan terus-menerus. Banyak analisa menyebut, ada dua faktor utama yang menyebabkan kemunduran Khilafah Uthmaniyah. Pertama, buruknya pemahaman Islam. Kedua, kesalahan dalam menerapkan Islam.

    Pada masa ini, terjadi banyak penyimpangan dalam pengangkatan khalifah, yang membutakan ia tidak tersentuh oleh undang-undang. Akibatnya, setelah berakhirnya kekuasaan Sulaiman al-Qanuni, yang diangkat menjadi khalifah lantikan selepas itu merupakan orang-orang yang tidak mempunyai kelayakan.

    Kelemahan Khilafah Uthmaniyah pada abad ke-17 itu dimanfaatkan oleh Austria dan Itali untuk memalukan khilafah. Melalui Perjanjian Carlowitz (1699 ), wilayah Hungary, Slovenia, croatia, Hemenietz, Padolia, Ukrain, Morea, dan sebagian Dalmatia lepas; masing-masing ke tangan Italy dan Habsburg.

    Bahkan, Khilafah Uthmaniyah terpaksa kehilangan wilayahnya di Eropah, setelah kekalahan kepada Rusia dalam Perang Krimea pada abad ke-18 Masehi. Nasib Khilafah Usmaniyah semakin tragis setelah berlakunya Perjanjian San Stefano (1878) dan Berlin (1887).

    Di sisi lain, kerana lemahnya pemahaman terhadap Islam, para penguasa dan pentadbir ketika itu mula membuka diri terhadap demokrasi, yang didukung oleh fatwa-fatwa syeikh Islam/ulama yang penuh kontroversi. Bahkan, dengan dibentuknya Dewan Tanzimat tahun 1839, cengkaman Barat di dunia Islam semakin kukuh.

    Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya Konstitusi 1876 oleh Gerakan Turki Muda, yang berusaha untuk membatas fungsi khalifah. Boleh dikata, saat itu sedikit demi sedikit telah terjadi sekularisasi terhadap Khilafah Islam.

    Perjanjian dengan Byzantin (1521), Perancis (1535), dan dengan Inggeris (1580) membuat warga bukan-Muslim mendapat hak-hak istimewa. Dengan hak-hak istimewa ini, populasi orang-orang Kristian dan Yahudi di dalam negeri telah meningkat.

    Keadaan ini kemudiannya dimanfaatkan oleh kaum mubaligh untuk melakukan gerakan secara intensif di dunia Islam sejak abad ke-16. Di tengah kemunduran intelektual yang dihadapi oleh dunia Islam, mereka mendirikan berbagai pusat kajian, sebagai pusat gerakan mereka.

    Gerakan ini dimanfaatkan oleh Inggeris, melalui agennya, Ibnu Saud, untuk menyulut pemberontakan di beberapa wilayah khilafah. Di Eropah, wilayah-wilayah yang telah dikuasai oleh khilafah terus dilakukan provokasi dalaman agar melakukan pemberontakan sejak abad ke-19 hingga abad ke-20. Khilafah Uthmaniyah pada akhirnya kehilangan banyak wilayahnya, hingga yang terakhir kemudiannya hanyalah Turki sahaja.


    Konspirasi untuk meruntuhkan Khilafah Islam

    Tahun 1855 negara-negara Eropah, khususnya Inggeris, memaksa Khilafah Uthmaniyah untuk melakukan perjanjian. Maka, keluarlah Hemayun Script pada tanggal 11 Pebruari 1855. Tahun 1908, Turki Muda yang berpusat di Salonika pusat komuniti Yahudi Downamah telah melakukan pemberontakan.

    Tanggal 18 Jun 1913, pemuda-pemuda Arab mengadakan kongres di Paris dan mengumumkan Nasionalisme Arab. Inggeris dan Perancis adalah dalang di belakang kumpulan ini.

    Perang Dunia I tahun 1914 dimanfaatkan oleh Inggeris untuk menyerang Istanbul, dan menduduki Gallipoli. Dari sinilah, gerakan Dardanelles yang terkenal itu mulai dilancarkan. Pendudukan Inggeris di kawasan ini juga dimanfaatkan untuk mengankat populariti Mustafa Kamal Pasha, yang sengaja dimunculkan sebagai pahlawan dalam Perang Ana Forta, tahun 1915.

    Sejarah kemudian menyatakan, Kamal Pasha pemuda asal Salonika akhirnya menjalankan agenda Inggeris: melakukan revolusi untuk menghancurkan khilafah Islam. Ia dimulakan dengan perjanjian yang melahirkan "Persetiaan Curzon" pada 21 November 1923. kandungannya, Turki harus menghapuskan khilafah Islamiyah, mengusir khalifah, dan membekukan semua harta kekayaannya.

    Syarat tersebut diterima oleh Mustafa Kamal dan perjanjian ditandatangani pada 24 Julai 1923. Lapan bulan setelah itu, iaitu pada 3 Mac 1924, Kamal Pasha mengumumkan pemecatan khalifah, pembubaran sistem khilafah, mengusir khalifah ke luar negeri, dan menjauhkan Islam dari negara. Inilah titik klimaks revolusi yang dilakukan oleh Kamal Attaturk dan menandakan berakhirnya kekhalifahan Islam sejak zaman nabi SAW.
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty Siapa Mustapa Kamal Atarturk

    Post  detective conan Sun May 03, 2009 1:23 pm

    Beliau merupakan presiden pertama Turki, lahir dengan nama Mustafa pada 12 Mac 1881 di Tesalonika (kini menjadi sebahagian Grecce). Ayahnya Ali Riza, bekas pegawai rendah di pejabat kerajaan. Ibunya Zubadah Hanim, adalah Muslimah taat tetapi buta huruf.

    Zubaidah memfokuskan hidupnya untuk menjaga Mustafa. Kerana mentaat Islam, ia berharap Mustafa menjadi ulama yang hebat.

    Namun jauh panggang dari api. Mustafa memilih kerjayanya di bidang ketenteraan sebelum akhirnya berjaya menggulingkan pemerintahan dan menjadi doktator baru di Turki.

    Tidak lama setelah berkuasa, ia menyatakan bahwa beliau akan menghancurkan Islam dalam kehidupan Turki. Menurutnya hanya dengan menghapuskan segala hal berbau Islam, Turki dapat 'maju' menjadi bangsa moden yang dihormati oleh seluruh dunia.

    Pada 3 Mac 1924, ia mengajukan undang2 yang menghapuskan khalifah selamanya dan mendirikan sebuah negara Turki sekular. Dengan menghapuskan para penentangnya, ia telah berjaya melaksana undang2 tersebut, dan khalifah sekeluarga diasingkan ke tempat lain.

    Setelah menjadi diktator , rakyat Turki terpaksa menerima reformasi anti-Islam. Mereka dilarang berkopiah Turki dan bertudung, wajib memakai pakaian seperti orang Eropah, mengunakan huruf Latin, kalender Masehi, dan menjadikan hari minggu sebagai hari hiburan. Ribuan ulama dan pengikutnya rela berkorban jiwa daripada menerima kehancuran segala hal yang dibenarkan.

    Mustafa Kemal juga menetapkan setiap warga Turki mencantumkan nama keluarga seperti masyarakat Eropah dan Amerika. beliau juga memilih menggunakan nama "Attaturk" atau Bapak Bangsa Turki.

    Pada 1938, kesihatannya semakin teruk dan akhirnya pada 10 November 1938, Mustafa Kemal akhirnya meninggal kerana penyakit radang hati yang disebabkan oleh minuman alkohol yang selalu diminumnya.
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty apa beza anwar dan atarturk?

    Post  teruna desa Wed May 06, 2009 1:51 am

    panjangnya kisah turki ni yer, patut lah anwar selalu menyebut turki turki and turki dalam ucapannya rupanya ada persamaan kisah dia dan orang yang menjatuhkan kerjaan uthmaniyah Turki...antara anwar dan Atarturk pewatakkan lebih kurang sama, dua dua tidak suka sultan, dua dua suka kepada yang tut..... dan dua2 suka meihat barat sebagi model yang baik...
    avatar
    ore kito


    Posts : 13
    Join date : 2009-04-22

    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty Re: Kamal Atarturk seorang biseksual?

    Post  ore kito Thu May 07, 2009 2:43 am

    gitu ke..al kisahnya...apa pegangan atarturk sebenarnya?
    avatar
    rasuah


    Posts : 13
    Join date : 2009-04-17

    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty Re: Kamal Atarturk seorang biseksual?

    Post  rasuah Sat May 09, 2009 1:19 pm

    kat kl pun banayk gay ni, nape tak bising..tu semua kerja sape.....
    apahallu
    apahallu


    Posts : 90
    Join date : 2009-02-19

    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty Re: Kamal Atarturk seorang biseksual?

    Post  apahallu Tue May 12, 2009 4:09 am

    rasuah wrote:kat kl pun banayk gay ni, nape tak bising..tu semua kerja sape.....


    tentula aljuburi.....sape lg otai gay kat KL tuh...
    Karim Parez
    Karim Parez


    Posts : 14
    Join date : 2009-01-07

    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty Re: Kamal Atarturk seorang biseksual?

    Post  Karim Parez Sat Sep 05, 2009 6:21 am

    Anwar dan Attaturk lebih kurang same...Anwar cakap Turki adalah model sebuah negara Islam yg patut dicontohi Malaysia...Islamkah Turki?? Kenapa Anwar cakap Malaysia nak jadi mcm Turki, kita tau negara kita ni berbilang bangsa dan agama tapi kita tak pisahkan Islam dgn pemerintahan...Kalau di Turki, diorang sgt jelas pisahkan Islam..confirm Anwar bakal jadi cm Kamal Ataturk kalau naik! Jadikan US sebagai negara contoh dah satu hal, agung2kan org yahudi Wolfowitz pun satu hal gak...Anwar kan pejuang kesamarataan semua, pas ni golongan gay pun dihalalkan..haha
    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty Re: Kamal Atarturk seorang biseksual?

    Post  ultraman Tue Sep 08, 2009 12:38 am

    kork korek korek

    Sponsored content


    Kamal Atarturk seorang biseksual? Empty Re: Kamal Atarturk seorang biseksual?

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 5:44 pm