AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Kenapa Adun Bukit Selambau letak jawatan?

    Share

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Kenapa Adun Bukit Selambau letak jawatan?

    Post  kumbang_aidc on Mon Feb 09, 2009 8:15 pm



    Skandal Seks atau diugut BN?

    Analisis Kumbang selepas 2 artikel ini...

    TERKINI: PILIHANRAYA KECIL DI BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU?

    V.Arumugam, Adun PKR untuk kerusi Bukit Selambau dilaporkan Malaysiakini telah meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil di Kedah.

    Pelbagai khabar angin tersebar sejak Mac tahun lalu mengenai Arumugam. Ada yang mengatakan beliau akan melompat parti untuk menyertai MIC kononnya kerana tidak puashati kerana tidak banyak "faedah" diperolehi di bawah kerajaan pimpinan Pas.

    Bagaimanapun, pada 2 Feb lalu, Arumugam mengeluarkan satu kenyataan akhbar bagaimana hidupnya tertekan dek ugutan demi ugutan yang diterimanya selama ini. Antaranya beliau diugut akan diculik, cermin kereta Exconya dipecahkan dan pujukan untuk beliau meninggalkan PKR. (Kenyataan akhbar Arumugam yang disiarkan laman web Keadilan)

    Bukan itu sahaja. Beliau juga dikaitkan dengan skandal seks.

    Bukit Selambau merupakan kubu kuat MIC satu ketika dahulu. Jika berlakunya pilihanraya kecil ianya merupakan medan untuk menentukan samada rakyat masih menerima MIC atau menolaknya terus.
    -http://kedahku.blogspot.com/

    Skandal seks Exco: Penduduk rayu istana campur tangan

    ALOR STAR 3 Feb. - Sekumpulan penduduk hari ini meminta campur tangan istana bagi menangani perbuatan tidak bermoral seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah yang didakwa terlibat dengan skandal seks sehingga melahirkan seorang anak.

    Dakwaan itu terkandung dalam satu memorandum yang dikemukakan kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini hari ini.

    Memorandum yang ditandatangani lebih 500 penduduk itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Elmi Yusof.

    Antara kandungan memorandum itu ialah membantah perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita.

    Anggota Exco itu didakwa sudah berkeluarga dan mempunyai isteri yang sah tetapi dikatakan sering membawa wanita berkenaan ke majlis-majlis di istana dan upacara rasmi kerajaan negeri.

    Seorang wakil penduduk di kawasan ADUN berkenaan, Makbul Ilahi Hashim berkata, memorandum itu dihantar supaya tindakan dapat diambil terhadap wakil rakyat tersebut yang mencemar dan menghina institusi kesultanan serta melanggar perlembagaan negeri Kedah.

    Katanya, penduduk di kawasan ADUN berkenaan merasa terhina dan malu dengan perbuatan anggota Exco tersebut.

    Mereka berharap dengan penyerahan memorandum tersebut, tindakan dapat diambil terhadap ADUN berkenaan.

    Sebelum ini, pihaknya pernah mengemukakan perkara berkaitan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetapi tidak ada sebarang tindakan ambil.
    -Utusan

    2 artikel satu cerita.

    Analisis Kumbang...

    Adakah perletakkan jawatan V.Arumugam ini adalah untuk menutup skandal seks yang dilakukan beliau?
    Jika benar beliau terlibat dengan skandal seks dan meletak jawatan kerana itu. Kenapa mahu mengaitkannya dengan Barisan Nasional?
    Adakah mahu 'divert' isu skandal ini dan meletakkan semua sebab perletakkan jawatan beliau ini kepada BN yang dikatakan mengugut beliau?

    Kepada anda di luar sana mari kita sama-sama fikirkan. Adakah beliau meletakkan jawatan kerana dikatakan terlibat dengan skandal seks ataupun diugut ?

    Perlu ada jawapannya tentang perkara-perkara ini. Yang pasti 2 pilihan raya akan menyusul. Duit pasti akan habis lagi. Hanya sibuk berpolitik, pembangunan entah bila.

    Harapan Kumbang pada 2 pilihan raya ini. Semoga yang benar akan mendapat hak dan yang bathil akan ditolak. Amin..

    Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?
    http://analisisringan.blogspot.com/2009/02/skandal-seks-atau-diugut-bn.html

    ultraman

    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Re: Kenapa Adun Bukit Selambau letak jawatan?

    Post  ultraman on Tue Feb 10, 2009 9:32 am

    biasalah kumbang, PKR dan anwar tak habis dengan cara nak salahkan orang lain, dia aje yang bersih putih dan warak, takde salah he he he

    orca.skipper

    Posts : 2
    Join date : 2009-02-10

    Bagaimana kuih, begitulah acuannya

    Post  orca.skipper on Tue Feb 10, 2009 9:54 am

    So, dh bapak kat atas lagi hebat, biseksual, so, apa salahnya anak2 kat bawah ni heteroseksual....Tah2, ramai yang homoseksual di kalangan juak2 PKR yang dungu ni..Hee..he,. Geli den... Very Happy

    Sponsored content

    Re: Kenapa Adun Bukit Selambau letak jawatan?

    Post  Sponsored content Today at 3:05 pm


      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 3:05 pm