AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

    Share

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

    Post  detective conan on Mon Feb 09, 2009 4:48 am

    Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.

    Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.

    Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.

    Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

    Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 10 orang anak.

    Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

    Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.

    Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

    Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

    Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.

    Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

    Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara.

    "Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

    pokok

    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    adun bukit selambau letak jawatan

    Post  pokok on Mon Feb 09, 2009 11:15 am

    Arumugam letak jawatan exco dan Adun Bukit Selambau
    Abdul Rahim Sabri | Feb 9, 09 9:23pm
    Selepas beberapa jam melepas jawatan exco kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan malam ini bahawa V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

    Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta.

    Sehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Isa Ismail akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari.

    Petang tadi, Azizan mengumumkan bahawa Arumugam telah melepaskan jawatan exco kerajaan negeri.

    Ketika dihubungi Malaysiakini malam ini, Isa berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan Arumugam pada jam 6 petang tadi yang dihantar oleh wakilnya.

    Menurutnya, menteri besar telah menyembahkan perkara itu kepada Sultan Kedah tadi.

    Menurut Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu.

    Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional.

    Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya.

    Oleh itu, katanya, Arumugam mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau.

    Keputusan Arumugam hari ini ekoran spekulasi sejak kebelakangan ini bahawa beliau akan menamatkan karier politiknya.

    Baru-baru ini, beliau mendakwa berdepan dengan ugutan supaya meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai BN.

    Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai BN.

    Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.

    Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

    "Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.

    Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR.

    Minggu lalu, desas-desus timbul semula mengenai Arumugam akan meninggalkan PKR, apabila beliau tidak dapat dihubungi. Rakan-rakannya dalam PKR berkata Arumugam sedang bercuti.

    Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

    Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.

    Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1).

    Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli exco kerajaan negeri.

    pokok

    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Re: Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

    Post  pokok on Mon Feb 09, 2009 11:17 am

    maknanya akan ada pilihanraya, apa motif anwar minta adun berkenaan letak jawatan? adakah benar BN yang menekan adun tersebut, atau anwar cuba untuk memulihkan reputasi PKR yang jatuh tersembam ekoran keluarnya wakil PKR di perak?

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Re: Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

    Post  kumbang_aidc on Mon Feb 09, 2009 8:11 pm

    Salam,

    Al-Fatihah kepada Allahyarham..
    Sila layari blog Kumbang untuk kita analisis kenapa adun Bukit selambau letak jawatan.
    http://analisisringan.blogspot.com/2009/02/skandal-seks-atau-diugut-bn.html

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

    Post  bunga on Tue Feb 10, 2009 5:12 am

    Suatu kebetulan atau just another 'divertion'...... Question Question

    ManJonG

    Posts : 58
    Join date : 2009-02-06

    Re: Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

    Post  ManJonG on Tue Feb 10, 2009 10:45 pm

    org2 taksub kata...
    nie la petunjuk nanti..
    tgk sape betol..
    maksud diorang tentang fakta yang BN takut akan re-election di Perak..
    memang keyakinan tinggi..

    p/s-->kalo nie divert mcm akan berulang je yang dikejar2 x dpt yg dikendong cicir.. affraid

    Sponsored content

    Re: Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

    Post  Sponsored content Today at 5:18 pm


      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 5:18 pm