AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Tun Mahathir peringatkan Anwar, Perak sebagai pengajaran

    Share

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Tun Mahathir peringatkan Anwar, Perak sebagai pengajaran

    Post  detective conan on Fri Feb 06, 2009 6:04 am

    MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sandiwara politik di Perak sekarang sebagai menggelikan hati.

    "Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi menteri besar Pakatan (Rakyat) tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh polis. Apakah polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukkan undang-undang yang mengizinkannya," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

    Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara tersebut kerana beliau yang beria-ia sangat untuk ada 'lompat katak yang terbesar' pada September 16.

    "Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (Adun Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah...," katanya.

    Dr Mahathir berkata, Pakatan Rakyat Perak boleh bentuk kerajaan minoriti kerana demokrasi mengizinkannya."Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Peruntukan undang-undang"Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan," tulisnya.

    "Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya? Jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan, mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak.

    "Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu," katanya.

    Dr Mahathir berkata, ada kemungkinan pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. "Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah kerajaan yang halal. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan," katanya.

    teruna desa

    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Re: Tun Mahathir peringatkan Anwar, Perak sebagai pengajaran

    Post  teruna desa on Fri Feb 06, 2009 7:56 am

    anwar ni mana dia reti nak dengar nasihat orang, lebih lagi orang malaysia, sebab dia dapat nasihat dari amerika je...aku rasa nasihat TUN ni anwar buat bodoh je...aku rasa dia gi jumoa Obama lepas ni, apa nak buat tak pun jumpa wolwofitz he he he

    ManJonG

    Posts : 58
    Join date : 2009-02-06

    Re: Tun Mahathir peringatkan Anwar, Perak sebagai pengajaran

    Post  ManJonG on Fri Feb 06, 2009 3:03 pm

    tun is the best..
    cheers cheers

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: Tun Mahathir peringatkan Anwar, Perak sebagai pengajaran

    Post  detective conan on Sat Feb 07, 2009 12:16 am

    conan rasa Tun sudah memikirkan sedalam2 dalamnya bila beliau memecat anwar dari jawatan timbalan perdana Menteri,

    shamsadis

    Posts : 28
    Join date : 2009-01-26

    Re: Tun Mahathir peringatkan Anwar, Perak sebagai pengajaran

    Post  shamsadis on Sun Feb 15, 2009 10:35 pm

    aku rasa Tun pun tergelak tengok anwar 'kene' dengan najib...wakaakka

    Sponsored content

    Re: Tun Mahathir peringatkan Anwar, Perak sebagai pengajaran

    Post  Sponsored content Today at 9:14 am


      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 9:14 am