AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


5 posters

    apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB

    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB Empty apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB

    Post  detective conan Sat Feb 07, 2009 2:08 pm

    Khalid: Lexus kereta rasmi MB
    Feb 7, 09 3:46pm
    Kenderaan yang didakwa milik peribadi menteri besar Selangor tetapi disenggara menggunakan wang kerajaan negeri sebenarnya kereta rasmi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    "Kenderaan SUV Lexus bukan kenderaan peribadi tetapi ia adalah kenderaan rasmi saya sebagai menteri besar," jelasnya, mengulas tuduhan beliau menyalahgunakan wang kerajaan negeri untuk menyelenggara kenderaan itu.

    Menurut Bernama, Abdul Khalid berkata kenderaan itu hanya digunakan untuk urusan rasmi beliau sebagai menteri besar dan bagi urusan peribadi, beliau menggunakan kenderaan lain.

    "Itu (Lexus) saya telah isytihar sebagai kereta rasmi menteri besar, bukan saya gunakan sepenuh masa dan untuk kegunaan peribadi, saya gunakan kereta lain.

    "Ia satu amalan biasa bagi perbendaharaan luluskan peruntukan untuk penyelenggaraan kereta untuk tujuan urusan rasmi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) Ambank dan Kad Si Manja Tawas di kediaman rasminya hari ini.

    Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa menteri besar itu menggunakan wang kerajaan bagi membiayai kos penyelenggaraan kenderaan itu, bernombor pendaftaran WQR 779.

    "Saya telah meminta peguam saya menelitinya (laporan) dengan mengambil kira penggunaan maklumat yang boleh menjadi fitnah dan pada masa sama saya telah meminta pengarah kewangan negeri untuk membuat laporan supaya apa yang kami akan lakukan semuanya telus.

    "Anda cuma tahu sebahagian ceritanya sahaja dan anda membuat dakwaan yang tidak wajar," Abdul Khalid dipetik berkata.

    Disoal alasan beliau tidak menggunakan Toyota Camry yang baru dibeli kerajaan Selangor sebagai kenderaan rasmi, Abdul Khalid dilaporkan berkata:

    "Saya lebih selesa dengan Lexus sebab itu saya tidak gunakan Camry sebagai kereta rasmi."
    nangkasedap
    nangkasedap


    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB Empty Re: apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB

    Post  nangkasedap Sun Feb 08, 2009 2:39 am

    orang politik katakan, cakap berpusing-pusing, sekejap itu sekejap ini, kenapa tak pakai kete lembu je ...
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB Empty Re : apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB

    Post  kumbang_aidc Mon Feb 09, 2009 8:19 pm

    keeereeetaa leeemmbuu taaakk aadaa keelasss bbrroo...
    -Khalid Gagap
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB Empty Re: apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB

    Post  pokok Tue Feb 10, 2009 1:22 am

    inilah pemimpin berjiwa rakyat...
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB Empty Re: apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB

    Post  bunga Tue Feb 10, 2009 5:08 am

    Disoal alasan beliau tidak menggunakan Toyota Camry yang baru dibeli kerajaan Selangor sebagai kenderaan rasmi, Abdul Khalid dilaporkan berkata:

    "Saya lebih selesa dengan Lexus sebab itu saya tidak gunakan Camry sebagai kereta rasmi."

    ---------------------------------------------------------------------------------------
    ......Kalau ikut selesa macam tuh saya pun nak pakai Lexus!'Kata ADUN yang lain2,bole tak Khalid? cheers cheers cheers

    Sponsored content


    apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB Empty Re: apa barang Camry , khalid Gagap : Lexus kereta Rasmi MB

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 12:17 pm