AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Perlawanan badminton rubble game di Perak akhirnya berakhir.

    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Perlawanan badminton rubble game  di Perak akhirnya berakhir. Empty Perlawanan badminton rubble game di Perak akhirnya berakhir.

    Post  pokok Wed Feb 04, 2009 9:59 am

    ITULAH politik penuh dengan serba mungkin. Kerana demikian seninya orang politik menyebabkan sukar untuk kita percaya dan berpegang kepada kata-katanya. Orang politik boleh berkata dengan seribu bahasa yang mempunyai sejuta makna.

    Hipokrit! Saya mengalami sendiri keadaan ini. Berjanji dengan orang politik bukan untuk ditunaikan tetapi untuk melihat kemungkarannya dan bagaimana mereka berdolak dalih melemparkan buah ke kaki kita.

    Apa yang berlaku di Perak menjelaskan itulah realiti politik. Tidak kira siapa tidak kita parti mana Cina, India atau Melayu. Melayu pula tidak kira Melayu mana, Jawa, Banjau, Pandang, Minang, atau Kelantan dan Terengganu. Asal bernama politik itulah dia.

    Tengah hari tadi saya sudah postingkan bahawa DUN Perak bukan senang untuk dibubarkan. Sumber saya memberi tahu bahawa Umno sudah mengadakan perbincangan dengan istana memikirkan keperluan-keperluan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan. Sumber itu cukup menyakinkan kerana intergritinya.

    Jadi apabila Nizar Jamaluddin telah mengumumkan DUN Perak dibubar lewat petang ini tanpa mendapat perkenan dahulu daripada Sultan Perak ia menambah sulitkan lagi keadaan untuk Pakatan Rakyat. Semisalnya kalau Sutlan tidak bersetuju tetapi diumumkan juga Dewan bubar itu membelakangkan Sultan. Raja ni pun satu hal dia ada bahasa dan lagunya sendiri.

    Apakah pengakhiran dan nokhtah untuk kerajaan Pakatan Rakyat sudah tamat menjelang petang ini? Najib Razak dikatakan akan mengadakan sidang akhbar khas di pejabatnya mengenai perkembangan terbaru di Perak itu.

    Dari laporan beliau akan mengumumkan kemasukan empat orang Adun menyertai Umno Barisan Nasional. Adun itu ialah Nasarudin Hisham, bekas Umno dan juga bekas PKR, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Othman Jailu bekas PKR dan dan Hee Yi Fong daripada DAP.

    Dengan kemasukan ini bermakna BN mempunyai 30 ahli Dewan Unangan Negeri melebih satu kerusi Pakatan Rakyat yang kini tinggal 29 kerusi.

    Memerhati politik tempoyak di Perak ini tak ubah seperti menonton permainan badminton rubber game antara Misbun Sidek dengan Lee Swee King daripada Indonesia pada tahun 1982 dulu dalam merebut piala Thomas.

    Satu masa Misbun memegang servis dengan mata terakhir 14 - 13 untuk memenangi game berkenaan dan seterusnya merangkul piala Thomas. Tetapi tiba-tiba bulu tangkis berubah ke tangan Lee Swee King semula dengan kedudukan 16 - 14. Kemudian bulu tangkis bertukar sekali lagi ke tangan Misbun Sidek dengan bola 16 - 16 sebelum dirampas oleh Lee Swee King dengan kedudukan 16- 16 kemudian menang dengan 17 - 16 ke atas Misbun.

    Bukan main cemas sampai berpeluh dahi kita menyaksikan game berkenaan. Penuh dengan doa, penuh dengan semangat dan emosi untuk melihat bagaimana salah seorangnya menang. Disaat kita merasakan Misbun memang, tiba-tiba berubah kepada Lee Swee King, dan disaat Lee Swee nak menang ia berubah pula kepada Misbun.

    Nah begitulah apa yang berlaku di Perak ketika ini, ia satu permainan (game) yang cukup mencemaskan dan memerlukan daya tahan mental dan fizikal (stamina gahiab) untuk memenanginya. Apapun sama-samalah kita tunggu dengan mempercayai almiha alam itu yang bermula pasti akan berakhir.
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Perlawanan badminton rubble game  di Perak akhirnya berakhir. Empty Re: Perlawanan badminton rubble game di Perak akhirnya berakhir.

    Post  pokok Wed Feb 04, 2009 10:27 am

    BN kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, tetapi kududukan sekarang, akan memenangi situasi politik di Perak, apa agaknya kita boleh katakan, adakah BN benar-benar lemah atau sebenarnya BN sudah mula menunjukkan taringnya, Jika sebelum ini BN begitu mudah diperlehkan Anwar, seolah-olah UMNO umpama Dinasor tua yang sedang menungu masa untuk mati.Rupa-rupanya dinasot tersebut sedang berehat dan tiba masa dia menunjukan dirinya yang sebenar, jika ia tidak hebat masakan dapat menarik kembali 3 calon dari PKR dan DAP, tidak termasuk dato Nasa yang kembali merujuk dengan UMNO. Di tengah tengah situasi yang menyebelahi Pakatan rakyat ini, kenapa agaknya mereka ini menyokong Barisan Nasional.

    Mungkin org sebelah pembangkang akan mengatakan BN beli adun mereka, soalnya adakah sebegitu murah niai yang ada pada calon tersebut, walhal kita sendiri tau dalam pakatan rakyat sekarang mereka semua memang punya kedudukan yang tinggi dalam hirarki politik dan juga punya status jawatan yang baik dalam kerajaan negeri Perak, dua exco dan seorang timbalan speaker.

    Apa agaknya situasi di dalam paktan rakyat sehingga orang sepenting mereka boleh bertukar parti, jika difikir mudah maknannya pakatan rakyat sendiri gagal menguruskan rumahtangga dengan baik.

    Kalau dalam kontek keluarga, maknanya jika berlaku cerai berai suami isteri, jangan kita salahkan orang lain. yang harus disalahkan ialah diri mereka sendiri, kerana asyik suka megambil tau hal org lain, hingga lupa kepada tanggunjawab asal.

      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 10:02 pm