AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


+9
cik kiah
hokage
pokok
ultraman
kumbang_aidc
detective conan
NTanwar
faizal
AIDC
13 posters

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    AIDC
    AIDC


    Posts : 25
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  AIDC Sat Jan 24, 2009 12:13 pm

    Salam,

    Aku perlu bantuan korang, nak bantu dari segi pemikiran, publisiti, penulisan, video dsb. Setakat ni SA (nora) offer diri jadi rangkaian. Dia sangat sukses jadi ketua chat box, zek pun offer bantuan, dia gak sukses kat chat box n pemikiran. Me_Z pun pun kita berkenalan kat sini, dia sangat membantu di egroup..

    Kumbang pun kita berkenalan kat sini. Cik Kiah, Orca n Faizal pun begitu. Kumbang dan Faizal bantu kat forum. Cik Kiah kat youtube. Orca offer diri translate artikel..

    Pendek kata, semua tawarkan diri mengikut keupayaan masing2. Banyak lagi bantuan yang boleh ditolong mengikut kepakaran korang.

    Korang ada blog, mari kita menulis bersama. Korang tak ada blog, tapi selalu follow blog ni, mari kita sama2 bantu membantu..

    Apa pandangan korang...?
    faizal
    faizal


    Posts : 4
    Join date : 2009-01-24

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  faizal Sat Jan 24, 2009 1:46 pm

    pelawaan AIDC kepada faizal untuk menjadi rangkaian disini di sambut dengan kegembiraan dan kesyukuran,
    bak dikata pucuk dicita ulam mendatang...., pada faizal disinilah tempatnya kita dapat bekerja secara ikhlas tanpa ganjaran demi memastikan hasrat Anwar untuk memerintah Malaysia tidak tercapai.......ramai orang bertanyakan, kenapa faizal begitu anti kepada Anwar walhal faizal bukan orang politik...Jawabnya kerana faizal tak sanggup menerima seorang yang hipokrit dan hina macam Anwar untuk menjadi PM Malaysia....Faizal percaya ramai orang bukan politik pun tidak sukakan anwar dan mereka mencari ruang seperti faizal untuk turut sama membongkar siapa Anwar sebenarnya,
    Diharapkan dengan kudrat yang termampu kita dapat membantu laman ini terus beroperasi dan menjadi medan tempur untuk membongkar kepalsuan Anwar...

    setakat ini faizal amat gembira dengan persahabatan yang terjalin dengan semua rangkaian-rangkaian AIDC,yang semuanya berjumpa secara kebetulan di alam maya. Mungkin niat ikhlas yang dimiliki oleh kita menyebabkan kita semakin bersatu hati untuk tetap bersama di AIDC. semoga sukses semua STARAIDC...
    faizal
    faizal


    Posts : 4
    Join date : 2009-01-24

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  faizal Sat Jan 24, 2009 1:52 pm

    Ya Tuhan, hakikat serba Maha
    Yang tak terlihat dek mata
    Tak terjangkau dek duga
    Tak terperi oleh dalang pencerita
    Tak terubah oleh gegar peristiwa
    Tak gundah dengan putaran masa

    Tuhan yang maha ilmuwan
    tahu beratnya timbangan gunung
    tahu sukatan dalmnya lautan
    Tahu bilangan titik-titik hujan
    tahu kiraan dedaun pohonan

    Tuhan yang maha melihat
    segala yang tertutup gelita malam
    Atau yang tersuluh benderang siang
    Daya lihatnya tak tersekat
    menembusi segala petala langit
    menelusi segala lapisan bumi
    laut tak tertutup rahsia didasarnya
    gunung tak terlindung habuk dibalik lekuknya...
    NTanwar
    NTanwar


    Posts : 12
    Join date : 2009-01-16

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Pelawan disahut

    Post  NTanwar Sat Jan 24, 2009 4:17 pm

    Salam

    Saya telah bersedia membantu, telah membantu dan akan membantu sampai bila-bila, selagi nama ANWAR IBRAHIM masih wujud di muka bumi ini.

    Saya tidak sanggup negara ini berketuakan :

    1. Agen Amerika Syarikat

    2. Proksi Yahudi

    3. Pendokong Islam Liberal Malaysia

    4. Kaki Liwat/Gay

    Saya akan memeriahkan blog ini dengan membuat komen2, menulis artikel, bantu promote kepada kawan-kawan dan tugas-tugas lain yang diarahkan.

    Itu sahaja sumbangan yang boleh saya lakukan demi memastikan agama kita selamat daripada manusia yang tamak haloba yang bertopengkan agama dan pejuang rakyat
    AIDC
    AIDC


    Posts : 25
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  AIDC Sat Jan 24, 2009 11:39 pm

    Salam Faizal

    Terima kasih atas kesudian dan bantuan. Tiada kata, seindah bahasa yang dapat kunukilkan selain terima kasih atas kesudian bersama. Ini tempat kita bersama. Kehadiran perwira bernama faizal menyebabkan kita bertambah kuat dan forum ini bertambah meriah.

    Tiada apa yang dihairankan dalam alam fana ini. Semuanya berpasangan. Jika Anwar disokong fanatik oleh pemujanya, tetapi jangan lupa akan ditolak keras oleh penentangnya. Itu lumrah kehidupan.

    Pokoknya sokong atau anti bergantung pada sebab. Sejauh mana 'sebab' itu kuat, sejauh itu penyokong atau penentangnya akan bekerja.

    Anwar melakukan semua perkara untuk dirinya. Kekuatan Anwar kerana dia memburukkan orang lain, orang lain semuanya lemah hanya dirinya yang hebat. Jadi kalau nak masuk PKR, prasyarat pertama mesti menerima Anwar hebat. Mesti puja Anwar seumpama dewa, matlamat nombor dua.

    Jadi di situ juga kelemahan Anwar. Anwar hanya manusia biasa. Hanya hebat beretorik semata2 untuk mendapat kuasa.

    Walaupun penyokongnya dakwa Anwar laksana dewa, tetapi jangan lupa, Anwar hanya manusia biasa. Kita bersatu di sini, umpama bilah2 kecil yang diikat antara satu sama lain. Jika satu batang lidi, mudah dipatahkan, tetapi jika batang2 lidi digabung dan diikat menjadi satu berkas, kita mampu cipta kekuatan.

    Moga Allah beri kekuatan..
    AIDC
    AIDC


    Posts : 25
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  AIDC Sat Jan 24, 2009 11:52 pm

    Salam NTanwar

    Sumbangan itu lebih dari cukup. Bayangkan jika ada sepuluh orang seperti anda yang tulis komen, artikel, publisiti di sini, maka akan bertambah sinar kefahaman. Bak kata Sukarno, berikan daku 10 pemuda pasti daku dapat meruntuhkan sebuah gunung.

    Anwar juga seperti Sukarno, sama2 menarik pengikut melalui daya karismatik retoriknya. Tetapi sayangnya Anwar selalu memburuk2kan Sukarno dan Suharto dengan tuduhan negatif seperti diktator. Jika Anwar tuduh pihak lain negatif, maknanya dirinyalah yang super positif. Itulah kekuatan Anwar, menggambarkan orang lain negatif untuk beri justifikasi hanya dirinya positif.

    Tetapi janga lupa, umpama jari, sekali jari telunjuk menuding keburukan orang lain, bersedialah empat jari lagi akan menuding ke arah diri sendiri.

    Sebab-sebab yang NTanwar senaraikan itu adalah kepercayaan dirinya akan menjadi 'penyebab' dia menentang Anwar tanpa sebarang ganjaran.

    Itu maksud aku, pertama kita kena cari penyebab. Sejauh mana kekuatan 'penyebab' sejauh itu kita akan bekerja secara ikhlas..

    Semoga Allah berikan kekuatan

    Amin
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty kata disambut

    Post  detective conan Sat Jan 24, 2009 11:54 pm

    Salam Aidc, salam Faizal dan NTAnwar, Conan pun sama, selagi hayat dikandung badan Conan akan terus menyiasat dan membongkar Siapa Anwar...terima kasih juga kepada AIDC memberikan platfom kepada Conan untuk menceritakan siapa sebenarnya Anwar yang dianggap Dewa pengikut-pengikutnya. Melalui laman ini Conan akan dedahkan satu persatu bukan niat untk aibkan dia tetapi dengan niat untuk menceritakan perkara yang dia lakukan sebenarnya. PAda hari ini orang hanya melihat lapisan pertama sahaja, walhal dibelakangnya terlampau banyak dan pelbagai keburukan yang dilakukan...Sesungguhnya manusia bernama ANWAR sesekali tidak layak untuk menjadi pemimpin Malaysia.
    AIDC
    AIDC


    Posts : 25
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  AIDC Sun Jan 25, 2009 1:13 am

    Salam Conan

    Bagus Conan.siasat jangan tak siasat. Anwar umpama manusia berwajah dua, semakin ditenung, semakin nampak 'wajah' sebenar Cool
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re :Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  kumbang_aidc Sun Jan 25, 2009 5:35 am

    Bantuan anda semua amat diperlukan... bounce
    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  ultraman Sun Jan 25, 2009 5:41 am

    ultraman hanya mampu bagi sokongan moral, boleh ke...kalau nak suruh fire pun boleh ultraman buat..kat Anwar tue
    AIDC
    AIDC


    Posts : 25
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  AIDC Sun Jan 25, 2009 10:42 am

    Tahniah kumbang. Teruskan usaha.Walau tidak banyak, tetapi sudah ada tanda2.. pirat tongue
    AIDC
    AIDC


    Posts : 25
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty ultraman

    Post  AIDC Sun Jan 25, 2009 10:44 am

    ultraman, sudahkah kita berkenalan ? Kalau belum, mahu rasanya berkenalan dgn suadara.. bounce cheers
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  pokok Sun Jan 25, 2009 12:54 pm

    AIDC nak kenaan dengan sape tue? nanti kena fire kat ultraman he he he..
    apa pun tahniah kepada AIDC dan rakan-rakan semua
    hokage
    hokage


    Posts : 34
    Join date : 2008-08-19

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  hokage Mon Jan 26, 2009 1:53 am

    1. Nama saya Hokage. Saya memang 'PEMINAT ANWAR IBRAHIM'. Kenapa saya 'MINAT ANWAR' kerana pada tahun 1998 & 99 beliau buat onar di bumi bertuah ini.Cukup menyusahkan rakyat Malaysia dan keluarga saya. Tidak pernah terlintas negara akan hadapi situasi buruk seperti itu.

    2. Tahun 2004 Anwar dilepaskan. Terbukti sudah dia punyai hubungan rapat dengan Amerika. Betul kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan cakap2 orang ramai sebelum ini, Anwar memang ada hubungan rapat dengan Amerika. Anda pernah terfikir tak kenapa Anwar dapat layanan yang cukup bagus daripada Amerika.

    3. Saya bagi contoh begini, Tun Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) pernah sakit & dirawat di hospital dalam negara. Tapi tiada seorang pun pemimpin besar dari Amerika datang lawat beliau. Anwar bekas Timbalan Perdana Menteri (dipecat kerana moral rendah & salah guna kuasa) sakit & dirawat di sebuah hospital di Jerman dapat layanan cukup bagus dari Amerika. Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) terbang dari Amerika ke Jerman untuk lawat Anwar.

    4. Nampak! istimewanya Anwar di mata Amerika. Anda ingat Wolfowitz ke sana naik kapal terbang / helikopter biasa ke. Dah tentu beliau naik kapal terbang / helikopter rasmi kerajaan Amerika!

    BAGAIMANA BOLEH JADI RANGKAIAN AIDC



    1. Perkenalan Hokage dan AIDC dah terjalin cukup lama. Kami berkenalan melalui satu forum di internet. Bukan forum cari jodoh tau! Forum politik.

    2. Pada satu hari ketika kami berbual di sebuah kedai mamak. Sambil minum air 'antigen-e' dan teh tarik, AIDC cadang supaya
    dibuat satu laman blog untuk mereka yang 'MINAT ANWAR IBRAHIM'. Katanya mungkin ramai lagi yang 'MINAT ANWAR IBRAHIM' tapi tiada tempat untuk mereka luah pendapat dan perasaan mereka.

    3. AIDC cadangkan supaya saya bina satu laman blog khas untuk 'PEMINAT ANWAR IBRAHIM'. Saya kata saya tidak pandai. Untuk tidak hampakan AIDC saya kata saya cuba. AIDC berkata, jika bukan kita jadi pelopor siapa lagi. Kerana semangat yang ditiupkan oleh AIDC kepada saya. Maka saya bersungguh - sungguh belajar cara bina blog dari buku,rakan serta internet.

    4. Akhirnya terciptalah http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com atau ringkasannya AnwarDotCom. Kemudian diringkas hingga menjaid AIDC. Post pertama di blog tersebut ialah video Siapa Anwar-Siri 1. Seni2 cipta skrip sebegini saya tidak pandai.Hanya yang pakar lebih mengetahui. Jadi AIDC lah orangnya. AIDC kata buat video ini buka sebarang orang boleh buat. Setiap skrip ada X faktor katanya. Saya mengiyakan.

    5. Memang susah buat video. Itu saya akui. Saya tak pandai dalam bidang pembuatan video. Satu sahaja semangat yang buat saya terus belajar untuk hasil video ialah 'MINAT ANWAR IBRAHIM. Itu sahaja penguat saya. Itulah azimat AIDC kepada saya!

    6. Ketika dalam proses pembikinan video Siapa Anwar-Siri 2, saya buat cadangan kepada AIDC supaya dia menulis artikel di blog. Alasan saya, blog akan lumpuh jika hanya siar2 video sahaja. Mereka akan beralih kepada channel AIDC di youtube. AIDC menolak cadangan saya. Katanya orang sekarang minat video dari baca artikel dan beliau malas untuk menulis. Saya terima alasan beliau. Dah orang tidak mahu, saya tidak boleh memaksa.

    7. Terus terang saya tidak pandai menulis. Hendak menuntut ilmu gaya penulisan memang susah.Adat orang hendak berguru.Lebih2 lagi dengan guru yang punyai tahap gaya tulisan yang pelbagai.Yang mampu pukau dan tawan hati setiap orang yang membacanya.Bukan mudah seorang guru nak menerima seseorang murid. Lebih2 lagi murid yang tidak punyai latar belakang sastera dan penulisan.Walaupun tidak diterima menjadi murid itu tidak mengapa. Maka jadilah saya peminat setia tulisannya. Saya terus menyiapkan video Siapa Anwar - Siri 2 seperti yang diminta.

    8. Ketika saya dalam proses pembuatan video Siapa Anwar - Siri 3, AIDC beritahu saya betul. Saya tidak faham maksudnya. Kemudian beliau menerangkan apa yang saya kata semalam betul. Blog akan lumpuh jika hanya meletakkan siar video sahaja. Konsep artikel AIDC adalah tulisan diselang seli video beserta gambar.

    9. Setelah artikel disiar. Muncullah peminat2 blog AIDC. Ada yang 'bertelur' dan ada yang 'berbuah di dada'. Antaranya ialah Nora Solehah, Orca, Me_Z, Zek, Cik Kiah, Siti Salma, OM, 300, Yuhu, Faizal dan ramai lagi. Hari berganti hari tahun silih berganti. Peminat serta rangkaian AIDC makin bertambah ramai. Blog AIDC ibarat sebuah rumah dan rangkaian AIDC ibarat tiang seri yang menyokong strukturnya. Jika tiada rangkaian AIDC, ibarat rumah yang menanti masa untuk rebah menyembah bumi.

    10. Rangkaian AIDC punyai kepakaran masing2. Masing2 menawarkan kepakaran mereka untuk 'menghias rumah mereka'. Saya berasa cukup bertuah dapat berkenalan dengan mereka. I'm proud to be one of them.

    11. Kepada rakan2 serta peminat diluar sana yang punyai minat serta fikiran yang beraliran sama seperti kami. Kami alu -alukan kedatangan anda. Tidak kira anda mempunyai 'pedang' atau 'tidak punyai pedang' asalkan aliran fikiran kita sama. Kedatangan serta penyertaan anda amat kami tunggu. Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil kami sediakan.

    Sekian.


    Last edited by hokage on Mon Jan 26, 2009 8:07 am; edited 3 times in total
    cik kiah
    cik kiah


    Posts : 32
    Join date : 2009-01-16

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  cik kiah Mon Jan 26, 2009 7:29 am

    Salam AIDC…

    Pertama sekali aku nak ucapkan TAHNIAH!!! Amazing job...

    Sebelum jari jemari ini lebih laju menukilkan apa terpendam di hati, izinkan untuk aku berbicara menggunakan ’aku’ kerana istilah itu lebih mesra & dekat.

    Tidak dinafikan Anwar Ibrahim mempunyai karismatik sebagai pemimpin. Ditambah pula kelebihan2 yang ada padanya meluncurkan lagi perjalanan politiknya di Malaysia amnya.

    Entah mengapa, aku tidak terkesima & teruja apa yang ada pada Anwar. Bagiku, Tun Dr.Mahathir Mohamad adalah pemimpin sejati yang tiada galang gantinya.

    Sehinggalah berlaku tragedi 1998/1999. Rakyat menggila taksub & fanatik kepada Anwar. Dicercanya Tun seperti manusia itu tidak berperasaan. Terdetik seketika, tidak berakalkah Tun memperlakukan sedemikian terhadap Anwar. Tun lebih bijak & beliau tahu apa yang dilakukannya. Mesti ada sesuatu yang tidak boleh dimaafkan telah dilakukan oleh Anwar. Tika itulah aku melihat sesuatu yang tak kena dengan Anwar. Seperti ada sesuatu cuba disembunyikannya. Persoalan ini terus menghantui aku.

    Akhirnya, kekusutan persoalan yang sekian lama bermukim di fikiranku terjawab. Perkenalan dengan AIDC & Hokage dalam satu seminar di ibukota 5 tahun lalu benar2 menyakinkanku tentang Siapa Sebenarnya Anwar. Fakta yang diberi cukup menyakinkan. Terlintas juga, mereka ini think thank ke? Pengetahuan mereka cukup mendalam. Mulanya dari percakapan biasa sehinggalah bab2 politik dan akhirnya menyentuh tentang Anwar. Bimbang juga jika mereka penyokong fanatik Anwar. Alhamdulillah, mereka sealiran denganku. Dari situlah kami mula menjadi kawan.

    Kebencian & kemarahanku menjadi-jadi. Seumpama api yang menunggu masa menjilat mangsanya. Anwar Ibrahim manusia yang tidak bermaruah. Sanggup menggadaikan agama,bangsa & negara demi mencapai cita-cita politiknya. Sanggup menjadi ’anjing Amerika’. Manusia jenis apakah ini ?

    Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Aku menerima pelawaan AIDC & Hokage untuk membantunya menghidupkan lagi blog ini. Inilah peranan yang aku ada untuk menumbangkan Anwar.

    Aku langsung tidak tahu menahu bagaimana proses pembikinan video dibuat. Kalau menjadi penonton video aku sangat expert. Aku terima pelawaan AIDC secara positif demi matlamat yang satu.

    Hokage merupakan guru aku. Dialah ’sifu’ dalam pembikinan video. Hingga kini aku masih merujuk kepadanya lagi. Betul kata Hokage, bukanlah senang untuk menghasilkan sesuatu video. Nah, aku sendiri mengalaminya. Betapa sukarnya. Kesabaran tunggak utama. Namun, itu semua tidak mengentarkan semangat aku. Paling penting memerangi Anwar. Sebelum aku terlupa, jutaan terima kasih kepada Hokage kerana sanggup mengajar aku bagaimana membuat video. Jutaan kemaafan juga dipohon sekiranya ada kenakalanku sepanjang berguru. Adat berguru, tidak semua ilmu diturunkan. Aku sedaya upaya try & error menjelajah dunia pembikinan video. Alhamdulillah, di mana ada kemahuan di situlah ada jalan.

    Begitu juga dengan blog ini. Aku sangat teruja. Bagaikan ada gelombang baru yang melanda. Lebih hebat dari gelombang tsunami. Tidak sia-sia menyemai benih 10 bulan lalu. Nah, inilah hasilnya. Syabas sekali lagi kepada AIDC & team kerana berjaya membongkar siapa Anwar. Aku berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian AIDC & kita disatukan atas satu nawaitu. Semoga AIDC & rangkaian diperkuatkan lagi & tidak lupa mengalu-alukan kedatangan ahli baru.

    Masih dewakah lagi Anwar ? atau syaitan bertopengkan manusia ?
    Joyah
    Joyah


    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  Joyah Tue Jan 27, 2009 9:44 pm

    joyah dah tulis panjang lebar...tapi masa nak send, tetiba off line ..... huuuuuuuhuhuhuhuhuhu
    nanti tulis semulaa... uuuwwaaaaaaaaa
    hokage
    hokage


    Posts : 34
    Join date : 2008-08-19

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  hokage Wed Jan 28, 2009 12:59 am

    Joyah wrote:joyah dah tulis panjang lebar...tapi masa nak send, tetiba off line ..... huuuuuuuhuhuhuhuhuhu
    nanti tulis semulaa... uuuwwaaaaaaaaa

    hehehe..tue makna nyer kena tulis pendek2 je..hahahahaha
    Joyah
    Joyah


    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  Joyah Wed Jan 28, 2009 3:01 am

    tak mau tulis pendek-pendekkkk .... nak bagi semua tangkap leleh bila baca..... kakakakkaka

    segalanya akan berubah tidak lama lagi...nantikan kemunculan Akademi al-Quran musim terbaru ......
    hokage
    hokage


    Posts : 34
    Join date : 2008-08-19

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  hokage Wed Jan 28, 2009 4:59 am

    Joyah wrote:tak mau tulis pendek-pendekkkk .... nak bagi semua tangkap leleh bila baca..... kakakakkaka

    segalanya akan berubah tidak lama lagi...nantikan kemunculan Akademi al-Quran musim terbaru ......

    hehehe...nanti bila tulis.wat dalam word dulu ye Puan Joyah then paste kat sini..pastue saya nak sedia tisu banyak2 ketika baca.. Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

    Eh..Joyah masuk Akademi Al Quran ke..wah! jadi peserta atau pengacara atau penyibuk.. Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing
    Joyah
    Joyah


    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  Joyah Wed Jan 28, 2009 5:33 am

    ehem ehemmm ... Hokage ... lu mau makan itu sandwich selipar ka??

    geek
    hokage
    hokage


    Posts : 34
    Join date : 2008-08-19

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  hokage Wed Jan 28, 2009 6:49 am

    Joyah wrote:ehem ehemmm ... Hokage ... lu mau makan itu sandwich selipar ka??

    geek

    hohohohohoh..itu sandwich selipar ah..ada selupa itu sandwich roti ah..u terai dulu.ada sedap kasi tau sama gua.ok! wakakakakakaka
    cik kiah
    cik kiah


    Posts : 32
    Join date : 2009-01-16

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  cik kiah Wed Jan 28, 2009 7:31 am

    Joyah wrote:joyah dah tulis panjang lebar...tapi masa nak send, tetiba off line ..... huuuuuuuhuhuhuhuhuhu
    nanti tulis semulaa... uuuwwaaaaaaaaa


    Huhuhu...ciannyer kat Joyah. Ko boleh geng la ngan aku. Aku pun jadik gitu jugak masa nak send. Dah karang baik punyer... pale rabbit

    Moral of the story, kalau nak karang panjang2,kena wat kat word dulu. hehe...
    Joyah
    Joyah


    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  Joyah Wed Jan 28, 2009 11:08 am

    cik kiah....aku takkan putus asa... aku akan tulis dgn panjang lebar sampai Hokage meraung-raung baca sebab horror ... kakakaka ....

    SAY NO TO ANWAR
    cik kiah
    cik kiah


    Posts : 32
    Join date : 2009-01-16

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  cik kiah Thu Jan 29, 2009 3:52 am

    Mana ni Joyah...tak sabar aku nak tunggu karangan ko nih

    Nanti kita suh guru besar AIDC bagi markah.

    Sapa dapat A+, guru besar AIDC kena belanja. Wakakaaa.. rabbit
    Joyah
    Joyah


    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  Joyah Thu Jan 29, 2009 5:55 am

    kakakakka .... jap cik kiah ...

    bukan saja Hokage akan meraung, Sulaiman Saad pun akan nayanyi lagu Scoin lepas nih ...kahkahkah

    AIDC memang kena belanja ... white coffee dgn mee udang satu!!!!!

    Sponsored content


    Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini.. Empty Re: Siapa mahu jadi rangkaian AIDC say hello di sini..

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 9:26 am