AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Lawak--- Kisah Biri-Biri

    Share

    Joyah

    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Lawak--- Kisah Biri-Biri

    Post  Joyah on Tue Jan 20, 2009 12:13 am

    Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda

    lalu bertanya, "Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?

    "Oh, boleh saja" kata gembala itu. Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?" "Yang mana,

    yang putih atau yang hitam?" tanya gembala. "Yang putih." "Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam

    kilometer setiap hari." "Dan yang hitam?" "Yang hitam pun sama." "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap

    hari?" "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" "Yang putih." "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput

    setiap hari." "Dan yang hitam?" "Yang hitam pun sama." "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"

    "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" "Yang putih." "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih

    menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur." "Dan yang hitam?" "Yang hitam pun sama."

    Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya, "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dgn yg

    hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja". Gembala itu menjawab, "Mestilah saya

    beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya." "Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu,

    "...kalau yang hitam tu pulak siapa punye?" "Yang hitam pun sama," kata gembala itu. ....sabar je laa... Very Happy

    qasehnuryz

    Posts : 61
    Join date : 2009-01-19

    Re: Lawak--- Kisah Biri-Biri

    Post  qasehnuryz on Tue Jan 20, 2009 12:36 am

    mcm sengal ekeke lol!


    _________________
    ~ Doa Ibu Sepanjang Jalan

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Re: Lawak--- Kisah Biri-Biri

    Post  kumbang_aidc on Tue Jan 20, 2009 7:50 am

    hehehe...

    Orang ni tak lepas belajar matematik bab pembezaan tu kot hahaha Laughing Laughing Laughing

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: Lawak--- Kisah Biri-Biri

    Post  detective conan on Tue Jan 20, 2009 7:56 am

    conan no komen, takleh gelak sakit gigi Sleep

    Joyah

    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Re: Lawak--- Kisah Biri-Biri

    Post  Joyah on Tue Jan 20, 2009 12:33 pm

    conan, kalau kau gelak, mesti baik sakit gigi tue.... laughter is the best medicine... semoga cepat sembuh.. till then, take care.

    Hakeem

    Posts : 9
    Join date : 2009-01-15

    Re: Lawak--- Kisah Biri-Biri

    Post  Hakeem on Fri Jan 23, 2009 9:10 am

    saudari joyah, mana dapat lawak ini. Amat kelakar !!

    Sponsored content

    Re: Lawak--- Kisah Biri-Biri

    Post  Sponsored content Today at 9:16 am


      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 9:16 am