AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Share

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  detective conan on Sun Jan 18, 2009 4:25 am

    KUALA LUMPUR, 15 JAN 2008: Kekejaman puak Israel terhadap masyarakat Islam di Selatan Gaza turut mendapat perhatian penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang begitu sedih dengan pencerobohan serta pembunuhan rakyat yang tidak berdosa.

    Bukan saja menyokong saranan kerajaan untuk memboikot produk atau jenama dari Amerika Syarikat (AS) yang disalurkan kepada regim Yahudi itu, malahan penyanyi yang baru lahir dengan album Lentera Timur itu turut mengharapkan agar peminatnya dapat memberikan maklum balas serupa.

    “Memang sekarang Siti tengah boikot produk Amerika Syarikat. Dulu Siti selalu juga minum di Starbucks atau makan di McDonald’s, tapi sekarang tidak lagi. Siti dah mula memboikot produk mereka.

    “Sebenarnya Siti tak sanggup melihat kekejaman mereka. Siti selalu baca menerusi surat khabar dan saksikannya di TV. Melihat kanak-kanak kecil dan nyawa yang tidak berdosa dibunuh, itu adalah terlalu kejam.

    “Siti tak sanggup. Dalam hati Siti selalu berdoa, Ya Allah.. Kau turunkanlah bala kepada Israel. Itulah yang dapat Siti mampu lakukan. Jadi sama-samalah kita berdoa, semoga rakyat Palestin akan dilindungi,” katanya.

    Siti berkata demikian kepada pihak media, selepas pelancaran Lentera Timur di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, di sini petang semalam yang turut dihadiri suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K), ibu bapa dan keluarga terdekat.

    Hadir sama komposer dan penulis lagu yang turut terbabit dalam penerbitan album ini antaranya, Habsah Hassan, M Nasir, Fauzi Marzuki, Pak Ngah, Kahiril Johari Johar dan Zubir Ali.

    Beliau turut menyampaikan sumbangan derma berbentuk wang tunai kepada akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia yang mewaikili syarikatnya, Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd (SNP) bagi membantu mangsa perang terbabit.

    Jelasnya, tindakan memboikot yang dilakukannya itu adalah salah satu cara terbaik untuk menunjukkan keprihatinan rakyat negara muslim terhadap jenayah terbesar Israel.

    Difahamkan, selain sumbangan daripada syarikatnya itu, Siti dan Datuk K turut sama menghulurkan bantuan kewangan secara peribadi kepada mangsa peperangan itu.

    “SNP sudah asingkan agihann ini. Kami memang mempunyai tabung untuk tujuan kebajikan. Malah Siti tidak akan menolak kalau ada persembahan amal bagi membantu rakyat Palestin,” katanya .

    Lentera Timur selit live strings

    Sejak dipasarkan, hujung tahun lalu, album kontemporari tradisional Siti, Lentera Timur telah berjaya mengutip angka jualan 10,000 unit.

    Jauh disudut hati, Siti ingin memastikan agar album itu boleh dijual lebih banyak meskipun sedar kegawatan ekonomi dan gangguan pasaran muzik global sedang berlaku.

    “Siti percaya, dalam masa 6 bulan pasti Siti akan dapat mencapainya. Bagi Siti kelahiran album ini pada masa yang sama dapat merancakkan kembali industri muzik tempatan. Siti tahu untuk capai jumlah 100,000 unit macam dulu bukan senang,” ujarnya.

    Untuk mencapai impiannya itu, dia akan membuat banyak promosi di stesen radio, TV dan media cetak. Malah, Siti sendiri begitu teruja untuk sama-sama turun padang untuk bertemu peminat setianya yang selama ini telah banyak menyokong kejayaannya tanpa jemu.

    “Untuk album ini, Siti akan kerap membuat kemunculan di khalayak umum. Mungkin persetujuan bersama Jaya Jusco adalah langkah paling terbaik untuk bertemu mereka dan memprosikan album inii,” katanya.

    Sebanyak 9 buah lagu yang dimuatkan dalam Lentera Timur adalah hasil daripada komitmen para penerbit menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan di Port Dickson, Januari tahun lalu.

    Kualitinya menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan live strings bagi semua lagu.

    “Memang Siti sangat berpuas hati dengan penghasilannya yang terbaik untuk album ini. Begitu juga dengan kualiti kulit album dan rekaan kulit album ini. Kos untuk menghasilkan album sepenuhnya dengan live strings mencecah RM100,000. Tapi tak apa, selagi Siti berdaya, Siti akan jaga kualiti album Siti. Ia juga untuk kepuasan peminat.

    “Mungkin selepas ini Siti akan lahirkan sebuah album dengan iringan muzik orkestra pula,” katanya.

    Idam konsert besar tahun ini

    Menyedari dirinya masih dihargai, Siti berharap agar 2009 memberikan sinar untuknya meneruskan hasrat bagi melangsungkan sebuah konsert terbesar.

    “Ya, sebuah konsert besar seperti yang pernah Siti buat dulu. Kalau boleh Siti mahu lebih ramai penonton dapat datang menyaksikannya. Bagaimanapun semuanya itu masih dalam perbincangan.

    “Siti mahu pastikan konsert itu berjaya, sebagaimana konsert Siti yang lepas-lepas. Siti sudah memikirkan lokasinya, tetapi masih belum dipastikan lagi. Semuanya masih dalam kertas kerja,” katanya yang semakin anggun dan langsing.

    Murai

    Joyah

    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  Joyah on Sun Jan 18, 2009 4:32 am

    Mari boikot beramai-ramai...Joyah pun dah tak makan mc D ...dan guna produk2 Israel ... Moga Bala Allah ditimpa pada Israel dan sekutu2nya.

    Tadi President Israel minta maaf kepada seluruh dunia atas kekejaman askar2nya. Tapi pada masa yg sama tak suruh hentikan serangan... Memang **&^%$^&*( ....

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  kumbang_aidc on Sun Jan 18, 2009 7:44 am

    Jom boikot siti Laughing Laughing ..oops silap nanti kak joyah marah haha..gurau je...yang betul bawah ni haha

    JOM BOIKOT ISRAEL!!!!!!!!!!! cheers cheers

    Arrow http://analisisringan.blogspot.com/2009/01/boikot-barangan-yahudi-dan-israel.html

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  detective conan on Sun Jan 18, 2009 10:54 am

    nak pulau siti he he he..idea extrim....sape yang nak ganti siti ganti nanti kumbang?

    Joyah

    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  Joyah on Mon Jan 19, 2009 11:58 pm

    kumbang, kalau kau pulau siti, aku akan hantar kau ke kepualauan papua new guinea. Ha, berpulaulah kau di sana ...hahahaha

    qasehnuryz

    Posts : 61
    Join date : 2009-01-19

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  qasehnuryz on Tue Jan 20, 2009 12:42 am

    wah joyah fan ct nombo satu eyh?

    ade member fwd2 emel sal listed brg2 nk d boikot.
    ade lak minah sengal ni reply balik nape nk boikot,brapa lama nk boikot.ade brg alternatif ke..x yah boikot kalau sekadar hangat2 teik ayam..

    dlm ati...
    ade gak melayu mcm ni.dia tamau boikot udah ler.jgn hasut onglain.
    Evil or Very Mad Evil or Very Mad

    teruna desa

    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  teruna desa on Tue Jan 20, 2009 5:47 am

    qasehnuryz wrote:wah joyah fan ct nombo satu eyh?

    ade member fwd2 emel sal listed brg2 nk d boikot.
    ade lak minah sengal ni reply balik nape nk boikot,brapa lama nk boikot.ade brg alternatif ke..x yah boikot kalau sekadar hangat2 teik ayam..

    dlm ati...
    ade gak melayu mcm ni.dia tamau boikot udah ler.jgn hasut onglain.
    Evil or Very Mad Evil or Very Mad


    salam qaseh, orang camtu kalau dia kebulur nanti jangan bagi makan..lansung tak simpati kat saudara seagama, kalau ada seribu orang cam dia..sukalah yahudi dan us....

    Joyah

    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  Joyah on Tue Jan 20, 2009 6:16 am

    alamakkkk.... hensemnya teruna desa ....brad pit look... i likeeeeeee. cik kiah jolie look .... pun i likeeee.

    me, my self .... jessica alba look .... wowwwwwwwwww

    qasehnuryz

    Posts : 61
    Join date : 2009-01-19

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  qasehnuryz on Tue Jan 20, 2009 6:59 am

    ukhh joyah pilih kasih Sad Sad

    aku ni patrick starfish look ko tak like ke? uhuu

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Re:situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  kumbang_aidc on Tue Jan 20, 2009 7:47 am

    Salam semua, teruskan memboikot.

    Kita boleh hidup tanpa barangan buatan Amerika dan yahudi. Di samping itu kita boleh beralih ke barangan buatan Malaysia dan merancakkan ekonomi kita.

    Buat 2 kerja dalam 1 masa..

    Teruskan memboikot.... cheers cheers cheers cheers cheers

    Joyah

    Posts : 101
    Join date : 2008-08-12

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  Joyah on Tue Jan 20, 2009 12:37 pm

    Qaseh, jangan la merajuk ...susah aku nak pujuk nanti ...huhuhuhu ... Patrick dgn spongebob pun i likeeeeee. Joyah ada satu bantal besar Patrick...buat pelukkk ... hehehehe

    Kumbang, betul tu ...kita boleh survive tanpa guna produk yahudi ... K.Joyah dah banyak guna barangan tempatan... termasuk la alat solek ... Sendayu Tinggi Collagen ... I likeeeeee

    Semoga Allah melaknat dan turunkan bala kepada Israel dan sekutu2nya. Juga semoga kita semua dipelihara dari segala kejahatan dan perbuatan jahat mereka... aminn

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  detective conan on Tue Jan 20, 2009 1:12 pm

    qasehnuryz wrote:ukhh joyah pilih kasih Sad Sad

    aku ni patrick starfish look ko tak like ke? uhuu
    salam qaseh meh conan pujuk, conan tak pilih kasih he he he he he... bounce
    conan rasa anwar ni takkan pulau US sebab tiap bulan dia gi sana ...anak dia pun sana gak he he he

    qasehnuryz

    Posts : 61
    Join date : 2009-01-19

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  qasehnuryz on Tue Jan 20, 2009 11:36 pm

    ime acih joyah,ime acih conan Razz Razz

    dpt x emel jgn boikot kfc? ade komen x


    Quote:
    salam semua...

    tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC.
    banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata
    "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah
    banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan
    segenap lapisan masyarakat.

    untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M)
    Bhd.
    Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak
    tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M)
    Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan
    kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya
    membayar yuran penggunaan nama sahaja.

    akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation,
    pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha
    yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang
    mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings
    (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

    Pizza Hut
    Kedai Ayamas
    RasaMas Restaurant
    Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
    Region Food Industries (Sos life)
    bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

    tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh
    itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada
    orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.
    diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa
    sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan
    Jihad Bisnes.


    sekian.


    Muhamad Ammar Abdullah
    Halal Audit Executive
    KFC Holdings (M) Bhd
    03-20263388 ext 282
    012-5678443

    cik kiah

    Posts : 32
    Join date : 2009-01-16

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  cik kiah on Wed Jan 21, 2009 3:38 am

    Wah..ramainya kat sini..meriah sungguh

    Brad pitt pun ada...my favourite actor. Joyah.. i likeee to jesica alba..cute..hang pun ada iras-iras dia..kaka

    Bagus la Siti nak pulaukan barangan Israel. Tapi, manusia yang bernama Anwar Bin ibrahim bila lagi nak declare boikot barangan israel/yahudi? Setakat cakap sahaja tak ada maknanya.Tak payah nak main politik..kita dah tahu temberang kamu

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  kumbang_aidc on Wed Jan 21, 2009 4:10 am

    Anwar tunggu di berpulau kat kepala kot baru boikot barangan Israel hehe...
    geng2 die kan..takut member marah..

    hamba allah

    Posts : 2
    Join date : 2009-01-15

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  hamba allah on Wed Jan 21, 2009 11:16 pm

    kalau dah dia tak nak pulau barang israel...kita pulau kan dia jer lah...kalau tak pun hantar jer dia balik dok pulau pinang

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Re :siti nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  kumbang_aidc on Thu Jan 22, 2009 2:11 am

    Salam hamba Allah..dah lame pulau da haha...jom pulau sama-sama..

    Welcome to the AIDC club..

    Sponsored content

    Re: situ nurhaliza nak pulau barang US, anwar tak mau pulau ke?

    Post  Sponsored content Today at 3:10 pm


      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 3:10 pm