AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Tafsir Lain Keputusan Pilihanraya Kuala Terengganu

    Share

    pokok

    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Tafsir Lain Keputusan Pilihanraya Kuala Terengganu

    Post  pokok on Sun Jan 18, 2009 3:40 am

    KEPUTUSAN pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu yang diumumkan jam 9:19 minit malam semalam memberi sekurang-kurangnya tiga natijah dan induksi yang boleh diukurkan oleh tiga kumpulan atau entiti.

    Tiga kumpulan dimaksudkan itu ialah dua parti terlibat secara langsung dalam pertandingan itu, Pas dan BN manakala satu lagi kumpulan atau entiti ialah Pakatan Rakyat.

    Bagi Pas kemenangan calonnya, Mohd Abdul Wahad Endut dengan mendapat 23,883 undi memberi erti dan makna besar kepada parti itu. Kemenangan itu mengorbarkan semula semangat Pas Terengganu untuk berhadapan dengan BN di masa akan datang. Kemenangan itu juga menunjukkan Pas masih berpengaruh di Terengganu dan sudah pasti kemenangan itu menjadi titik penting bagi Pas memperkejapkan semula panji-panjinya di negeri berkenaan.

    Kemenangan itu juga menunjukkan kepimpinan Pas Terengganu yang cuba diperlekeh dan dipersalahkan kerana gagal mempertahankan kerajaan Terengganu 2004 masih mampu menguruskan parti dan tahu bagaimana mencipta kemenangan

    Adalah wajar kalau Pesuruhajaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali, serta timbalan-timbalan pesuruhjayanya, Datuk Harun Taib, Datuk Wan Mutalib Embong dan Datuk Abu Bakar Chik serta penasihatnya yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri merasakan mereka masih diperlukan untuk mengerakan dan mengemudikan Pas di negeri penyu itu. Kemenangan itu adalah anugerah atas kesabaran dan keulitan jiwa jihad mereka.

    Kemenangan itu menjadi penawar dan pembelaan ke atas mereka serta menempis tohmohan kononnya mereka sudah tidak popular dan ditolak generasi muda. Kononnya pendekatan mereka lapok dan tidak berkembang juga ternafi sama sekali. Justeru mereka juga berhak untuk menuntut kemenangan itu adalah kerana saham mereka begitu tinggi.

    Kenapa dikatakan begitu kerana boleh dikatakan 90 peratus pilihan raya itu digerakan oleh jentera pilihan raya Pas negeri Terengganu sendiri yang dikepalai mereka. Pas Terengganu pada awalnya seakan bergerak bersendirian seperti anak yatim tanpa ada komitmen menonjol dan serius dari beberapa pemimpin peringkat nasional.

    Sesetengah pemimpin lebih suka menjadi pemerhati saja dan menanti untuk menepuk tangan di malam pengumuman! Hanya di hari akhir selepas cula menampakkan bulan purnama semakin terang barulah ada pemimpin Pas peringkat nasional turun mencemar duli dan menampilkan diri bergambar di lokasi-lokasi popular di Kuala Terengganu untuk diposting oleh blog-blog peribadi.

    Dalam hal ini Pas Terengganu kena berterima kasih kepada sokongan padu dari rakan sejiran mereka Kelantan khususnya. Khabarnya Pas Kelantan telah menggerakkan seluruh tenaga mereka bagi menjamin kemenangan di Terengganu apabila mereka menyedari permimpin mereka di peringkat nasional dikatakan hanya melakukan touch and go sahaja di Kuala Terengganu.

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Re: Tafsir Lain Keputusan Pilihanraya Kuala Terengganu

    Post  kumbang_aidc on Sun Jan 18, 2009 3:59 am

    Mungkin juga ia sebagai tanda rakyat menolak kepimpinan Erdogan yang menentang muzakarah dengan UMNO...
    Adakah kemenangan ini petanda UMNO dan PAS akan bergabung?
    Atau petanda Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya?

    Kita bincang isu ini..sila jawab...zas layan Rolling Eyes Rolling Eyes

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: Tafsir Lain Keputusan Pilihanraya Kuala Terengganu

    Post  detective conan on Sun Jan 18, 2009 4:16 am

    ada kemungkinan juga bila haji hadi bukan main puji paklah, SPR dan anggota keselamtan, manakala Tuan Guru Nik aziz pesan kat orang PAS jangan kata2 yang bukan bukan kat UMNO, sementara itu lain pula dengan anwar yang masih lagi mengecam UNMO, berbeza dengan TGNA NIK AZIZ DAN HAJI HADI...ini yang memeningkan kepala nak dikaji..

    adakah anwar dalam hati sekarang dia berfikir sudah susah dia nak mengenakan haji hadi? kerana secara jelas haji hadi pun sebenarnya juga pandai bermain politik...sebelum ini ramai puak erdorgan perli haji hadi pasal muqabalah...

    menarik untuk dibincang...

    yang pasti impian anwar nak tarik orang bukan islam masuk PKR akan terjejas..kerana undi orang cina juga merosot di kuala terengganu...apakah sebabnya? ini kena juga dikaji...

    yuhu

    Posts : 4
    Join date : 2008-09-15

    Re: Tafsir Lain Keputusan Pilihanraya Kuala Terengganu

    Post  yuhu on Wed Jan 21, 2009 2:20 am

    Pada pendapat saya bukan melayu memang menyokong anwar...mereka tidak menyokong PAS kerana takutkan hudud...

    Sponsored content

    Re: Tafsir Lain Keputusan Pilihanraya Kuala Terengganu

    Post  Sponsored content Today at 9:14 am


      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 9:14 am