AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


3 posters

    YB Kapar kata Dr Khir Toyo lebih bagus!

    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    YB Kapar kata Dr Khir Toyo lebih bagus! Empty YB Kapar kata Dr Khir Toyo lebih bagus!

    Post  kumbang_aidc Sun Jun 28, 2009 1:45 am

    Oleh Medan Info Kita

    Semalam telah berlangsung satu Round Table Meeting dikediaman rasmi MB Selangor. Mesyuarat yang memanggil kesemua wakil wakil rakyat PKR Selangor, samada ADUN ataupun Ahli Parlimen.


    Tetapi dimaklumkan bahawa Khalid Ibrahim sendiri tidak hadir, besar kemungkina n tidak berupaya untuk mendepani persoalan beberapa isu daripada beberapa wakil rakyat yang telah dilabelkan “outspoken” dan jarang mahu mengangguk-angguk kepada apa sahaja arahan pimpinan atasan PKR.

    Diantara ramai Yb Yb PKR ini, hanya wakil rakyat daripada Parlimen Kapar sahaja mempunyai rekod tidak pernah “sebulu” dengan MB Selangor ini. S Manikavasagam pernah beberapa kali muncul didada akhbar Sinar membidas ddan menghentam Bossnya sendiri. Yb Kapar ini yang lebih dikenalai dengan panggilan “Mike” telah mencetuskan situasi tegang dalaman PKR Selangor apabila mengkritik hebat Khalid Ibrahim kerana gagal menangani isu rebut taufan di Sungai Udang Klang kawasan Parlimen Kapar. Manakala pada penghujung tahun lepas, Mike muncul beberapa kali di telivisyen dan akhbar apabila mencabar Khalid selesaikan isu Terminal Bas Klang Sentral dipekan Meru, dimana akhirnya Yb Kapar itu telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

    Pada mesyuarat yang baru berlangsung semalam, Mike sekali lagi kecewa apabila Khalid Ibrahim takut untuk berdepan dengannya! Yb Kapar itu dinasihatkan agar tidak lagi menghentam MB Selangor secara terbuka tetapi perlulah menggunakan sidang mesyuarat untuk menyelesaikan segala kekusutan dalam parti mereka.

    “Saya hadir sebab mahukan jawapan dari MB bagaimana beliau mahu selesaikan isu tanah di Kampung Perepat, tetapi malam ini tidak ada jawapan yang memuaskan..” kata Mike penuh kecewa. Isu Kampung Perepat dikatakan gagal ditangani dengan baik oleh Khalid Ibrahim. Yb Kapar ini mengingatkan kepada ahli mesyuarat malam itu bahawa sewaktu mereka berkempen pada Pilihanraya ke 12 yang lalu, pihak Pembangkang telah berjanji mahu selesaikan masalah ini, maka kemenangan besar di Parlimen Kapar dengan majoriti lebih 10,000 undi turut disumbangkan oleh pengundi-pengundi Kampung Perepat. Tetapi setelah setahun memerintah negeri Selangor, masih gagal untuk berbuat apa apa…

    Ahli Parlimen Kapar ini merasakan selaku wakil kepada pengundi-pengundinya di Kampung Perepat, beliau tidak mengotakan janji janji kempen Pilihanraya ke 12. Paling mengecewakan ialah apabila Khalid Ibrahim tidak langsung ada masa mahu bersua muka dengan penduduk-penduduk Kampung Perepat ini.

    Mike menganggap Datuk Seri Dr Khir Toyo jauh lebih baik daripada Khalid apabila lebih prihatin dan pernah bertemu dengan penduduk-penduduk Kampung Perepat sewaktu Dr Khir menjadi MB Selangor. Difahamkan bahawa Khir Toyo telah berusaha untuk selesaikan isu tanah penduduk-penduduk ini tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana peralihan kerajaan di Selangor.

    Demikianlah cerita dalam kain PKR yang disampaikan oleh Informer kepada Blogmaster sepanjang kami sembang dan minum minum di Bintang Walk Seksyen 7 Shah Alam malam tadi. Informer tersebut turut berada dimesyuarat yang diceritakan tadi….

    sumber - medan info kita http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/06/yb-kapar-kata-khir-toyo-lebih-bagus.html
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    YB Kapar kata Dr Khir Toyo lebih bagus! Empty Re: YB Kapar kata Dr Khir Toyo lebih bagus!

    Post  pokok Mon Aug 03, 2009 7:41 am

    ye ke YB kapar cakap gitu< maknanya teruk bebenor le si Khalid gagap tu
    udinthegreat01
    udinthegreat01


    Posts : 31
    Join date : 2009-03-18

    YB Kapar kata Dr Khir Toyo lebih bagus! Empty Re: YB Kapar kata Dr Khir Toyo lebih bagus!

    Post  udinthegreat01 Thu Aug 13, 2009 4:33 pm

    pokok wrote:ye ke YB kapar cakap gitu< maknanya teruk bebenor le si Khalid gagap tu

    khalid tu tak teruk...dia SANGAP aje

    Sponsored content


    YB Kapar kata Dr Khir Toyo lebih bagus! Empty Re: YB Kapar kata Dr Khir Toyo lebih bagus!

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 8:08 pm