AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    bakpo jadi gini?

    Share

    ore kito

    Posts : 13
    Join date : 2009-04-22

    bakpo jadi gini?

    Post  ore kito on Wed May 06, 2009 2:02 am

    PULAU PINANG 5 Mei - Pemuda Pas Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan ada ahlinya akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti walaupun dilarang berbuat demikian.

    Ketua Pemudanya, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, tindakan itu mungkin berlaku berikutan suara akar umbi dan pengundi di kawasan DUN berkenaan yang mahukan Pas bertanding.

    Bagaimanapun, tegasnya, ahli-ahli Pas yang berbuat demikian perlu bersedia menghadapi risiko atas tindakan tersebut.

    ''Kami tidak bersandiwara, malah ia juga bukan sebahagian strategi. Pemuda Pas negeri serius dan sangat berharap dapat bertanding berikutan maklum balas diterima daripada akar umbi serta pengundi di Penanti.

    ''Matlamat kami hanya untuk mempertahankan prinsip dan dasar bagi memastikan kemenangan di kawasan itu dan kami berkeyakinan untuk menang jika calon Pas diletakkan di situ, Pas juga ramai calon yang berwibawa.

    ''Justeru, Pemuda Pas negeri berharap supaya permintaan mereka yang disertakan hujah yang kukuh dapat dipertimbangkan sebelum keputusan muktamad dibuat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata, desakan itu dibuat selepas mendengar pandangan akar umbi iaitu semua 11 cawangan Pas di Penanti yang mahu parti itu bertanding kerana pilihan raya kecil berkenaan diadakan tanpa sebab yang kukuh dan menyakinkan.

    Hakikatnya, Mohd. Yusni berkata, alasan penyandangnya sebelum ini, Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan kerusi DUN itu kerana mahu melanjutkan pelajaran tidak boleh diterima sama sekali.

    ''Kami tidak mahu tindakan wakil rakyat melepaskan kerusi mereka tanpa alasan kukuh menjadi trend, kita semua sudah letih dengan perkara ini, ia hanya buang masa.

    ''Melihatkan peletakan jawatan Mohammad Fairus itu hingga menimbulkan kemarahan, kami merasakan mereka tidak lagi berminat dengan kerusi tersebut, jadi sudah tiba masanya ia diberikan kepada Pas," katanya.

    Tambahnya, Pas telah banyak berkorban dalam pakatan pembangkang iaitu dengan memberikan banyak kerusi kepada PKR.

    Mohd. Yusni berkata, perjanjian berhubung kerusi Penanti antara mereka juga longgar kerana ia dilakukan tanpa perjanjian bertulis, jadi tidak salah jika kali ini ia diberikan semula kepada Pas.

    ''Kami tidak faham mengapa calon PKR itu diumum dengan cepat memandangkan masih ada masa lagi, justeru atas semangat setiakawan kita mahu calon PKR itu disemak kembali," tegasnya.

    Beliau memberitahu, pengundi atas pagar iaitu kira-kira 50 peratus di kawasan itu yang menjadi penentu dan Pas tidak mahu mereka beralih arah disebabkan isu tidak perlu hingga membawa kekalahan pakatan pembangkang di situ.

    ore kito

    Posts : 13
    Join date : 2009-04-22

    pas marah kat nuar pulok?

    Post  ore kito on Wed May 06, 2009 2:03 am

    PAS marah dan kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berunding dengan pemimpin parti itu dan DAP sebelum PKR mengumumkan kekosongan DUN Penanti, kata seorang pemimpin PAS Pulau Pinang.

    PAS juga mendakwa mereka kesal dengan tindakan ketua pembangkang itu yang berlagak seperti "orang besar" dalam Pakatan Rakyat yang "tidak menghormati" pemimpin parti-parti lain.

    "Beliau selalunya bercakap tentang (pentingnya) Pakatan Rakyat, (tetapi) contoh terbaru, isu Fairus letak jawatan (diputuskan) tanpa berbincang dengan DAP dan PAS pusat," kata pemimpin itu yang enggan dikenali.

    "Tak berbincang. Dia buat macam orang besar dalam Pakatan. Tak hormat (rakan Pakatan yang lain)."

    Menurut sumber itu, tindakan sebelah pihak Anwar itu boleh menggugat kesatuan gabungan pembangkang di Pulau Pinang kerana memaksa PAS dan DAP "mengikut caranya."

    "Pakatan Rakyat tidak boleh pergi (bertahan) lama kalau bergantung ikut cara dia, ikut kehendak dia," katanya.

    Tindakan penasihat PKR yang tidak berbincang tentang peletakan Mohamad Fairus tanpa memikirkan kesan kepada Pakatan khususnya menyebabkan akar umbi kecewa dengan situasi tersebut.

    "Pengundi dan ahli akar umbi PAS dan PKR kecewa," katanya.

    Tambah sumber, beliau dimaklumkan kemungkinan penyokong PAS dan PKR di Penanti tidak akan keluar mengundi sekiranya PKR meletakkan calonnya Mansor Othman dalam pilihanraya kecil itu, 31 Mei ini.

    Berdasarkan maklum balas akar umbi parti itu, pemimpin tersebut berasa bimbang dengan situasi itu, kemungkinan calon Pakatan Rakyat kalah.

    Beliau juga mendengar rungutan daripada perayu-perayu undi di kalangan Dewan Muslimat yang menghadapi masalah untuk meyakinkan pengundi setelah menguar-uarkan Mohamad Fairus calon muka baru boleh berkhidmat untuk mereka dalam pilihanraya umum tahun lalu.

    "(Muslimat memberitahunya:) Apa lagi yang kami nak cakap, (dulu) kata Fairus boleh buat kerja, tiba-tiba letak jawatan sebab tidak berprestasi, jadi macam nak yakinkan pengundi (sekali lagi)?" katanya.

    Kemarahan mereka itu diterjemahkan antaranya dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang minta isu pengunduran Mohammad Fairus Khairuddin ditanyakan sendiri kepada Anwar, kata sumber lagi.

    Selain kelambatan Anwar mengumumkan pengganti jawatan timbalan satu ketua menteri yang ditinggalkan Mohammad Fairus, pemimpin DAP itu juga tidak senang apabila tidak dimaklumkan tentang langkah mengosongkan jawatan tersebut.

    Susulan itu, dalam mesyuarat agung kawasannya, PAS Permatang Pauh sebulat suara meminta pucuk pimpinannya meletakkan calon dalam pilihanraya kecil itu.

    Ketua Pemuda PAS negeri waktu itu Mohamed Hafiz Nordin kemudian turut membuat desakan yang sama. Desakan itu disusuli dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Mujahid Yusof Rawa.

    Muktamar Dewan Pemuda Pulau Pinang, Ahad lalu, turut memutuskan sebulat suara daripada kira-kira 100 perwakilan agar PAS meletakkan calon dalam pilihanraya kecil tersebut.

    "Perhubungan (PAS) negeri pun berpandangan yang sama," kata sumber.

      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 5:17 pm