AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Share

    nangkasedap

    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Post  nangkasedap on Wed Apr 22, 2009 4:25 am

    lupakan liga luar, kita tengok bola tempatan lak,agak2 la sape menang Piala FA nanti?


    kelantan ke selangor?

    nangkasedap

    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    Re: Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Post  nangkasedap on Wed Apr 22, 2009 4:35 am

    Pada musim ini, Selangor berjaya menundukkan Kelantan 3-0 pada saingan Liga Super di Shah Alam, seri 1-1 pada perlawanan pusingan ke-2 di stadium berkecuali - Stadiu Bukit Jalil dan kini sekali lagi Selangor bakal menghadapi karenah Kelantan pada satu lagi perlawanan yang amat penting iaitu Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung Sabtu ini.

    Menyorot kembali tentang kebangkitan Kelantan pada musim ini, pasti mereka akan cuba menebus kembali kekalahan mereka di tangan Selangor tempoh hari. Kelantan yang pada musim ini hadir dengan berwajah baru jelas berjaya mempamerkan mutu persembahan yang amat membanggakan sehingga kerapkali menjadi tumpuan media.

    KAFA yang diterajui oleh Datuk Anuar Musa serta dibimbing oleh jurulatih Peter Butler pasti mengganggap kemunculan Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA buat kali pertama akan membangkitkan semangat yang tinggi. Kemunculan Kelantan pada musim ini dengan dibantu oleh beberapa pemain yang mempunyai nama besar seperti Indra Putra, Khalid Jamlus serta beberapa lagi pemain terkenal sememangnya amat berbaloi. Stadium Sultan Muhammad IV tempat di mana menjadi gelanggang rasmi Kelantan sebelum ini pasti akan dipenuhi tidak kurang dari 30,000 penyokong setia.

    Pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini, Selangor pasti akan berdepan dengan laluan yang cukup getir. Kelantan pasti tidak akan memberi laluan mudah untuk membiarkan Selangor menghukum mereka lagi sebagaimana mereka kecundang 0-3 di tangan Selangor tempoh hari.

    Selangor juga pasti tidak akan membiarkan penyokong Kelantan pulang gembira pada malam tersebutl. K.Devan pernah menyatakan bahawa beliau mengganggap Kelantan sebagai sebuah pasukan underdog yang sedang meningkat naik namun sesekali tidak akan membiarkan mereka menguasai Stadium Bukit Jalil.

    Kapten pasukan Selangor - Amri Yahyah pasti akan cuba beraksi dengan komitment 110% apabila beliau gagal diturunkan pada perlawanan menentang Kelantan pada sebelumnya. Kelibat beliau, Safee Sali, Amri Yahyah serta keseluruhan pasukan Selangor pasti akan menggemuruhkan lagi sorakan penyokong Red Giant di Bukit Jalil. Kelantan juga akan menghadirkan lebih 40,000 penyokong mereka di stadium kelak.

    SelangorFanatik™ mengharapkan agar ramai penyokong Red Giant akan sama-sama turun ke Stadium Bukit Jalil Sabtu ini untuk sama-sama membei sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan kesayangan kita - Selangor! Semoga dengan kehadiran puluhan ribu penyokong setia Red Giant, akan bisa menenggelamkan sorakan penyokong Red Warriors!

    Viva Selangor

    ore kito

    Posts : 13
    Join date : 2009-04-22

    Re: Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Post  ore kito on Wed Apr 22, 2009 6:12 am




    salamm semo,tupe lalu sikit, ambo raso sek kelate mene game tu....

    udinthegreat01

    Posts : 31
    Join date : 2009-03-18

    Re: Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Post  udinthegreat01 on Wed Apr 22, 2009 9:07 am

    SALAM SEMUA...TENTULAH UDIN SOKONG SELANGOR...SEBAB UDIN ANAK SELANGOR...

    TAPI DI DALAM KEGHAIRAHAN FINAL ITU NANTI,UDIN TERINGAT JUGA PADA WIRA WIRA SELANGOR SEBELUM INI..

    KEMANA PERGINYA MEREKA? PERNAHKAH KITA TERTANYA TANYA DI MANA MEREKA??

    TAHUN 2008,MEMBER UDIN BUAT MAJLIS PERKAHWINAN DI SELANGOR CLUB.TERSUA DGN A.JAYAKANTHAN

    TUGAS JAYA SEBAGAI PENGURUS F& B DI SELANGOR CLUB.TAPI YANG MENDUKACITAKAN..HANYA UDIN SORANG YANG PERASAN LELAKI ITU ADALAH JAYA,

    SALAH SEORANG WIRA BOLASEPAK NEGERI SELANGOR SUATU KETIKA DULU...

    SELAMAT MAJU JAYA BUAT JAYAKANTHAN.... flower flower flower

    teruna desa

    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Re: Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Post  teruna desa on Thu Apr 23, 2009 9:12 am

    aku rasa cam kelantan je yang menang, kalau selangor menang pun menang tipis, tapi ada suatu cerita yang bagus pasal bola kelantan

    Bolasepak menjangkaui UMNO-PAS.

    Bolasepak menolak ketepi fahaman politik. Bolasepak menolak ketepi ‘perselisihan’ agama.
    Inilah permainan bolasepak. Ia memang menjadi ‘pendamai’.

    Penyokong Kelantan yang terdiri daripada penyokong UMNO dan PAS boleh duduk beriringan dan bersatu hati menyokong pasukan mereka.

    Lebih 40,000 penyokong Kelantan dijangka memenuhi ruang Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk bersama menyaksikan sejarah bola sepak negeri itu tercipta dalam perlawanan akhir bola sepak Piala FA pada Sabtu ini.

    Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Haron Ali berkata, keghairahan rakyat Kelantan begitu memuncak dan begitu ramai yang akan memberi sokongan padu bagi menjadikan impian menjadi juara suatu kenyataan.

    Uniknya bolasepak, walau di mana juga ‘musuh menjadi kawan’ walau seketika.
    Ketika Perang Dunia Pertama, bolasepak menjadi alat untuk meredakan ketegangan.
    Jepun dan Korea Selatan yang menjadi penganjur Piala Dunia tujuh tahun lalu (2002) berjaya mendekatkan China dan Korea Utara dengan negara lain di dunia.

    Di Kelantan, Stadium Sultan Mohamad Ke IV sebelum digantung, adalah medan berkumpulnya penyokong Kelantan yang terdiri daripada penyokong parti bertentangan UMNO-PAS.

    Namun, kerana sebiji bola, mereka melupakan seketika ‘persengketaan’ mereka demi pasukan Kelantan.

    Kerana kejayaan masuk final Piala FA Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menjanjikan pasukan Kelantan ke Old Trafford.

    Laporan Utusan Malaysia menyebut, beberapa siri perlawanan persahabatan di lubuk Manchester United dan beberapa insentif lain biarpun berdepan dengan kekangan kewangan setelah Kelantan tidak lagi dibenarkan menjadi tuan rumah.

    Presidennya, Tan Sri Anuar Musa yang berhempas pulas memikul bebanan bagi menjayakan misi ini menyifatkan, kemenangan bakal menjadi satu kebangkitan baru dalam arena bola sepak Kelantan.

    Yang menariknya, kerajaan negeri (ditadbir PAS) pula cuba menokok lagi semangat mereka dengan janji imbuhan kecemerlangan RM30,000 bagi membawa pulang piala kebanggaan itu untuk tontonan rakyat Kelantan.

    Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood menyatakan ia merupakan sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri bagi menghargai jasa pemain dan pengurusan mengharumkan nama negeri dalam sukan yang diminati umum ini.

    Jadi, jangan anggap bolasepak permainan murahan dan untuk golongan bawahan. Kesannya besar.

    Keghairahan penonton Kelantan yang berduyun-duyun memberi sokongan di stadium barangkali boleh dilihat dengan jualan tiket yang hampir mencecah 10,000 daripada 20,000 yang diperuntukkan kepada KAFA sepanjang dua hari lalu.

    Berpuluh-puluh buah bas yang disediakan oleh pelbagai pihak, malah termasuk dari selatan Thai bagi kemudahan membawa mereka untuk memenuhi sebahagian daripada ruang stadium itu kelak

    http://hambali1.blogspot.com/2009/04/musuh-menjadi-kawan.html

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Re : Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Post  kumbang_aidc on Thu Apr 23, 2009 10:06 pm

    Ades confirmla Selangor menang hehe Very Happy Very Happy Very Happy Shocked Shocked Shocked Razz Razz

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Post  detective conan on Fri Apr 24, 2009 11:53 am

    wah ada game menarik ke...rasanya cam seri jerk dan ada penalty...sape yang boleg score yang tu menang he he

    ore kito

    Posts : 13
    Join date : 2009-04-22

    Re: Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Post  ore kito on Sat Apr 25, 2009 1:01 am

    boh kelate mene 2-0 Very Happy , gergasi rebah dibukit jalil nanti keno ikat player kelate

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Post  detective conan on Tue Apr 28, 2009 1:32 am

    kelate kaloah pun leh gi ol traford, bagus betul bos kelantan ni...

    Sponsored content

    Re: Piala FA Selangor Kelantah siapa menang?

    Post  Sponsored content Today at 9:12 am

      Similar topics

      -

      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 9:12 am