AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


+6
teruna desa
cik kiah
detective conan
Admin
pokok
kumbang_aidc
10 posters

    Siapa Ezam sebenarnya?

    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  kumbang_aidc Tue Jan 13, 2009 5:33 am

    Siapa Ezam sebenarnya? Ezam_p10

    Ezam Mohd Nor lahir 24 April 1967 di Klang, Selangor. Beliau merupakan ahli politik Malaysia bermula dari UMNO. Dia keluar dari parti pada 1998 dan kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat, namun keluar dari parti itu pada 2007 dan memohon menyertai semula parti UMNO pada 28 Mei 2008.

    Pendidikan

    Beliau pernah bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1980 sehingga 1984. Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan ekonomi dari tahun 1987 hingga 1991.

    Penglibatan politik

    Beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Selangor pada 1993 sehingga 1996 kemudian menjadi Setiausaha UMNO Negeri Selangor dari 1996 sehingga 1998. Kemudian beliau menjadi Naib Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1998 sehingga 1999.
    Ezam adalah bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK) dari 1999 sehingga 2005. Beliau pernah menjadi Setiausaha politik
    kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan teks ucapan, perancangan politik dan sebagainya. Beliau juga pernah menulis teks ucapan untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
    Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998, beliau bersama lain-lain pemimpin turut keluar dan mengadakan demonstrasi jalanan di ibu kota Kuala Lumpur. Kehadiran beliau di pentas politik mampu menarik kehadiran ramai penyokong dan penonton.
    Ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, beliau antara yang tetap setia mempertahankan Anwar.
    Beliau merupakan bekas pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya tidak lama selepas beliau bebas dari tahanan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Pada tahun 2001 Ezam telah didakwa di bawah OSA kerana memiliki fail kes rasuah Rafidah Aziz. Pada tahun 2002, Ezam telah dijatuhkan dua tahun penjara. Ezam pernah mendakwa memiliki enam kotak dokumen sulit kerajaan.

    Merajuk

    Beliau dikatakan tidak dapat bekerjasama dengan Mohamed Azmin Ali kerana berlainan cara perjuangan. Baginya Anwar Ibrahim telah menyimpang jauh dari arus perjuangan suatu ketika dahulu.
    Pada 28 Mei, Ezam memohon menyertai semula parti UMNO setelah menyerahkan borang keahlian dan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup kepada Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

    Pendapat anda bagaimana mengenai Ezam?
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  pokok Tue Jan 13, 2009 6:07 am

    oo gitu rupaya , aku pun tak tau
    Admin
    Admin
    Admin


    Posts : 15
    Join date : 2008-08-12

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Ezam merajuk?

    Post  Admin Tue Jan 13, 2009 6:09 am

    Ezam merajuk tu...betul ke?
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Pandangan Husam Musa terhadap Ezam...

    Post  kumbang_aidc Tue Jan 13, 2009 9:04 pm

    Siapa Ezam sebenarnya? 22880710


    Tiada intergriti punca Ezam tidak lagi dihormati - Husam

    KOTA BHARU, 13 Jan (Hrkh) - Kemunculan bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor di Kuala Terengganu tidak mampu membantu Umno memandangkan intergritinya sudah dipertikaikan.

    Biar pun kali ini Ezam hadir dengan ugutan mahu mendedahkan surat damai antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ia tidak lebih sekadar gimik politik.

    Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, integriti bekas Setiausaha Politik Anwar itu sudah tidak boleh dipercayai berdasarkan dakwaan-dakwaan penyelewengan pemimpin negara sebelum ini tidak didedahkan.

    “Saya kenal Ezam, dah berapa kali dia mendakwa akan mendedahkan pelbagai jenis penyelewengan. Dulu dia kata ada menyimpan enam kotak maklumat berhubung penyelewengan yang dilakukan Dr Mahathir.

    “Sehingga kini pun dia tidak didedah apa-apa, ini menunjukkan integriti dia sudah tiada. Dakwaan-dakwaan yang dibuat hanya gimik politik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

    Kelmarin Ezam mendakwa akan mendedahkan surat rahsia mengenai usaha perdamaian antara Anwar dan Dr Mahathir kepada umum sebelum pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

    Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan Ezam dengan membuat pelbagai dakwaan baru hanya akan menjejaskan dirinya sendiri.

    Kata beliau tindakan Ezam menyertai Umno kononnya bagi membanteras rasuah dalam parti berkenaan, tidak sampai ke mana-mana.

    “Bagi saya dia hanya sekadar mahu mencari makan dalam Umno dan bukannya masuk untuk perjuangan membanteras rasuah,” ujarnya.

    Sebelum itu, Husam mempengerusikan Mesyuarat Misi Cakna Palestin bersama 23 wakil pertubuhan bukan kerajaan, jabatan kerajaan, wakil-wakil kaum di Bilik Gerakan Kota Darul Naim.

    http://www.harakahdaily.net

    Pandangan kawan-kawan macam mana?
    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  pokok Wed Jan 14, 2009 5:23 am

    susah aku nak kata
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Tapi yang penting..

    Post  kumbang_aidc Wed Jan 14, 2009 10:25 am

    Tapi yang penting.. Ezam tahu siapa Anwa sebenarnya
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  detective conan Thu Jan 15, 2009 10:28 am

    ezam dedah surat apa tu, kumbang conan tak siasat lagi kandunggannya...kumbang tau ke
    cik kiah
    cik kiah


    Posts : 32
    Join date : 2009-01-16

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  cik kiah Fri Jan 16, 2009 10:00 am

    Dengar cerita,Anwar melebih-lebihkan Azmin.

    Tambahan pula, Dato' Nalla ada menunjukkan video tentang Anwar. Video apa,tak tahu. Selepas lihat video itu,Ezam nekad untuk keluar PKR. Mesti ada sesuatu yang membuatkan Ezam lari dari perjuangan Anwar.

    Dato' Nalla hanya tunggu Anwar saman dia. Malangnya Anwar tarik balik saman terhadap Dato' Nalla.

    Kalau Anwar dah tarik balik tu,biasanya apa yang dikata betul. Itulah peel Anwar alien alien alien
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  detective conan Fri Jan 16, 2009 12:07 pm

    wah kenape conan tak tau cerita nie, tertinggal bas ke, cik kiah boleh cerita habis ke pasal video tu, conan nak tengok juga...Video apa?
    cik kiah
    cik kiah


    Posts : 32
    Join date : 2009-01-16

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  cik kiah Sat Jan 17, 2009 7:56 am

    detective conan....

    Daripada sumber yang cik kiah tahu,video tu memang ada. Kandungan video tu tak tahulah apa kebendanya.
    Tapi Dato' Nalla simpan video tu kat India. Nak simpan kat Malaysia takut nanti kang Anwar pi geledah rumahnya.Anwar ni jenis spesis yang tak boleh dipercayai,dia sanggup lakukan apa sahaja.

    Kalau boleh conan pi siasatlah tentang video tu. Kalau dapat sama-sama kita bongkar rahsia Anwar...biar menangis air mata darah si Anwar al sontot. affraid affraid affraid
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  teruna desa Sat Jan 17, 2009 8:15 am

    salam kenal kepada conan dan cik kiah, video apa yang diperbincangkan? boleh cerita sikit...banyak sangat kisah video nie, entah betul atau tidak...yang ni video mana? sape pelakonnya?
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  kumbang_aidc Sun Jan 18, 2009 4:27 am

    Salam, Video Apa tu Cik Kiah..

    Sebelum itu baca artikel ini di forum di bawah...
    http://www.jomlayan.com/mybb/warkah-buat-anwar-ibrahim-t-10294.html
    Karim Parez
    Karim Parez


    Posts : 14
    Join date : 2009-01-07

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Salam

    Post  Karim Parez Sun Jan 18, 2009 5:50 am

    Ezam ni salah satu bekas orang kuat Anwar je...aku dengar Chandra Muzaffar pun keluar PKR sebab tak sehaluan dgn Anwar...sumthing fishy is going on around here! Aku rasa reason diorang ni sebab diorang tau Anwar ni boneka US dan tali barut Barat...yah, terbukti sudah siapa Anwar sebenarnya!!!
    Admin
    Admin
    Admin


    Posts : 15
    Join date : 2008-08-12

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  Admin Sun Jan 18, 2009 7:36 am

    Salam karim, selamat datang ke forum AIDC...

    Adakah pemimpin PKR lain tahu tentang hal Anwar ada hubungan dengan Amerika atau buat-buat tak tahu..
    Kenapa Anwar ingin menolak Ezam yang menolong beliau ketika beliau dalam penjara?

    pelik kan..
    yuhu
    yuhu


    Posts : 4
    Join date : 2008-09-15

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  yuhu Wed Jan 21, 2009 2:24 am

    Memang pelik bin ajaib...sebab Ezam org yang paling banyak berkorban untuk Anwar...tapi Azmin ali juga yang sentiasa diutamakan oleh anwar.

    Adakah sebab Azmin Ali mudah digula-gulakan oleh anwar?
    Adakah azmin ali sorang yang tidak berprinsip dan hanya mementingkan habuan dari anwar?
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  kumbang_aidc Wed Jan 21, 2009 8:19 am

    Rasa camtula..kak yuhu..dia tak ada prinsip..apa Anwar buat dok angguk je hahha affraid affraid affraid
    WT
    WT


    Posts : 2
    Join date : 2008-10-04

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty EZAM: HULUBALANG ATAU TROJAN HORSE?

    Post  WT Wed Jan 21, 2009 10:40 am

    Salam,

    Kadang saya tak faham permainan Ezam. Saya tahu dan percaya beliau menyimpan byk rahsia `seluar dalam' Anwar tapi kadang dia pun main sorong tarik...macam video Nalla simpan, kalau dia ada tengok apa lagi...dedah dan dedah satu Malaya lah...kata tak nak Anwar alJuburi memegang tampuk kuasa...kalau dah ada byk bukti jgnlah bila ada p/raya baru nak keluar satu...satu... akhirnya bukan orang seronok tapi jadi menyampah...tu pasal sokong bawa rebah tu...

    Anyhow, teruskan segala bentuk usaha agar Anwar alJuburi jatuh tersembam dimuka bumi Allah ini... Evil or Very Mad
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re:Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  kumbang_aidc Wed Jan 21, 2009 1:01 pm

    Salam WT, ini mungkin gaya politik Ezam yang berpolitik bagi masa yang sesuai untuk dirinya.
    Sekarang beliau sibuk dengan NGO di Nusantara dan beliau jarang balik ke Malaysia.

    Soal untuk tidak didedahkan semua itu, mungkin kerana Ezam sudah merancang beberapa pendedahan selepas ini secara berperingkat. Jika didedahlan semua dalam masa sehari, tidak relevanlah Ezam bagi UMNO selepas itu kerana tugasnya sudah selesai.

    Apa-apa pun itulah diri Ezam, kita tidak mengetahui percaturannya. Jika mahu tahu, tunggu. Pendedahan Ezam selepas ini.
    mirP.J
    mirP.J


    Posts : 5
    Join date : 2009-01-02

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  mirP.J Thu Jan 22, 2009 5:12 am

    ezam kawan bapak gua beb..
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  kumbang_aidc Thu Jan 22, 2009 5:25 am

    Cantik mir PJ...storyla sikit siapa itu Ezam sebenarnya?

    Sponsored content


    Siapa Ezam sebenarnya? Empty Re: Siapa Ezam sebenarnya?

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 7:07 pm